omniture

Mercuria Umumkan Perluasan kepada Perniagaan Bahan Bakar Maritim Minerva

Mercuria
2015-03-13 20:14 87

GENEVA, 13 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Syarikat akan Mengambil 20 hingga 40 Pakar Bahan Bakar Bunker

Dalam satu kenyataan hari ini, ketua perdagangan global Mercuria, salah satu kumpulan tenaga dan komoditi bebas terbesar dunia, membincangkan perluasan perniagaan bahan bakar maritim kumpulan tersebut, Minerva.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150312/735085 )

"Kami yakin kami sedang membentuk model baharu yang kukuh dalam perniagaan bahan bakar maritim. Ini merupakan model yang telus dan andal yang mendahulukan pelanggan untuk memastikan kualiti dan penyampaian keperluan tenaga mereka kepada kapal marin mereka," kata Magid Shenouda.

"Kami sedang melaburkan sumber yang banyak ke dalam perniagaan mengisi minyak kapal. Minerva merupakan pelengkap semula jadi kepada struktur dagangan minyak bahan bakar Mercuria," sambung ketua dagangan global itu.

"Kami sedang mengembangkan set kemahiran dan helaian imbangan Mercuria untuk meluaskan perhubungan dalam perniagaan minyak bahan bakar fizikal. Hasilnya, kami mencari bakat terbaik berkaitan bahan bakar marin untuk menyertai persekitaran dagangan kami yang rancak dan memberikan kepakaran kepada mereka yang bergantung kepada pengetahuan tentang bidang tenaga. Kami berharap untuk mengisi jawatan-jawatan ini di Asia, Eropah dan Amerika Syarikat," simpul Shenouda.

Untuk peluang pekerjaan di Minerva, lawati http://www.mercuria.com/our-people/vacancies/application-form?vacancy=161

Sumber: Mercuria

Source: Mercuria
Keywords: Banking/Financial Service Maritime/Shipbuilding Oil/Energy Transportation Utilities Workforce Management/Human Resources Corporate Expansion