omniture

PetroSaudi International Nyatakan Kedudukan tentang Kerjasama Pelaburan Terdahulu dengan Malaysia

PetroSaudi International
2015-03-13 20:20 95

RIYADH, Arab Saudi, 13 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Syarikat penerokaan dan perkhidmatan minyak berpangkalan di Saudi PetroSaudi pada hari ini telah menafikan kritikan kurang tepat dalam talian tentang usaha sama terdahulunya dengan syarikat pembangunan strategik Malaysia, 1MDB.

Seorang jurucakap PetroSaudi berkata: "Sebarang kenyataan tentang salah laku berkaitan dakwaan dalam talian tentang usaha sama itu adalah palsu. Semua modal yang dilaburkan oleh 1MDB telah dipulangkan – dengan keuntungan."

"Sebenarnya usaha sama tersebut, yang berakhir pada 2012, telah menguntungkan Malaysia dan juga PetroSaudi. Maklumat berkaitan usaha sama tersebut boleh didapati secara umum dalam akaun beraudit 1MDB di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Serangan tidak adil atau palsu ke atas pelabur dan rakan kongsi Malaysia hanya akan membawa keburukan kepada negara tersebut.

"PetroSaudi komited terhadap menyampaikan projek yang berjaya dalam sektor petroleum global, bekerjasama dengan rakan kongsi kami mengikut piawaian pentadbiran korporat dan ketekunan antarabangsa. Kami tidak akan dihalang oleh cerita-cerita tidak tepat dan berniat buruk yang telah tersebar dalam talian.

"Sesetengah laporan tersebut kelihatan berasaskan ekstrak selektif dan diputar belit daripada salinan e-mel dan dokumen dalaman syarikat, yang mana dokumen asli dipercayai telah diperoleh melalui jalan yang tidak sah dan dalam sesetengah kes diubah suai. Kami secara aktif sedang mempertimbangkan pilihan perundangan kami."

Nota kepada editor

1. PetroSaudi International (PSI) merupakan syarikat penerokaan dan perkhidmatan minyak global, beroperasi di Amerika Latin, Asia dan Afrika. PSI diuruskan oleh pasukan eksekutif kanan dengan pengalaman yang luas dalam minyak & gas, kemampuan pelaksanaan terbukti dan fokus pengendalian yang kukuh. Syarikat ini beribu pejabat di Al-Khobar, Arab Saudi dan mempunyai pejabat di London, Geneva, Houston, Jakarta, Carupano dan Caracas.

Sumber: PetroSaudi International

Source: PetroSaudi International
Keywords: Banking/Financial Service Oil/Energy Utilities Legal issues