omniture

Vakum Robotik Dreame X50 Membuat Penampilan Sulung Global di IT Show 2025: Kejayaan dalam Pembersihan Pintar dengan Inovasi Kaki Boleh Tarik Pertama Dunia

Dreame Technology
2025-03-15 18:55 104

Dreame Mempamerkan Ekosistem Penuh Perkakas Pintar, Memantapkan Kepimpinan dalam Pasaran Rumah Pintar Global 

SINGAPURA, 15 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Di IT Show 2025, Dreame Technology memikat khalayak dengan visinya, "All Dreams in One Dreame" ("Semua Impian dalam Satu Dreame"), memperkenalkan rangkaian inovasi rumah pintar yang mentakrifkan industri. Mengetuai pameran ini ialah Vakum Robotik Dreame X50, pembersih robotik pertama di dunia yang dilengkapi dengan kaki boleh ditarik bionik—kemajuan tidak pernah berlaku sebelum ini yang dijangka akan mentakrifkan semula pembersihan rumah automatik.


Dreame turut memperkenalkan barisan penyelesaian rumah pintar yang pelbagai, termasuk vakum robotik, vakum basah dan kering, vakum batang tanpa wayar, mesin cuci pinggan mangkuk, pembersih udara dan alat penggayaan rambut pelbagai fungsi, dengan pratonton tidak rasmi teknologi Tangan Robotik Berbilang Sendi Bionik di Singapura. Portfolio yang luas ini menggariskan komitmen Dreame untuk menerobos sempadan kehidupan pintar dan menyampaikan penyelesaian transformatif kepada pengguna di seluruh dunia.


Mentakrifkan Semula Inovasi Rumah Pintar dengan Teknologi Revolusioner

Antara pelancaran terkini daripada Dreame, Vakum Robotik Dreame X50 menonjol sebagai pengubah keadaan. Menampilkan kaki boleh ditarik bionik pertama di dunia, ia dapat mengharungi halangan sehingga 6cm* tinggi dengan mudah, menawarkan kebolehsesuaian yang tiada tandingan dalam seluruh persekitaran rumah yang berbeza. Ditingkatkan oleh teknologi VersaLift dan Dual Flex Arm yang dipatenkan oleh Dreame, X50 memastikan prestasi pembersihan yang unggul, lantas menetapkan penanda aras industri yang baharu.


Vakum Basah dan Kering H15 Pro Heat menggamit perhatian yang ketara menerusi teknologi lengan robotik GapFree™ AI DescendReach, direkayasa untuk menghapuskan zon mati dan sisa air. Dengan menyepadukan pergerakan adaptif, lengan robot memastikan pembersihan bahagian tepi yang tepat sambil menangani kesan air dengan berkesan menerusi mekanisme "lekat dan kikis" yang dinamik. Inovasi ini dapat meningkatkan kecekapan dalam pemvakuman basah dan juga kering, seterusnya mengatasi cabaran pembersihan biasa di dalam rumah.


Reka bentuk pintar lengan robotik Vakum Basah dan Kering H15 Pro Heat menekan ke bawah secara aktif semasa penarikan balik, menggunakan bar pengikis untuk mengeluarkan lebihan air manakala sikat gigi terapung mengekstrak lembapan daripada berus guling. Digabungkan dengan struktur dwilekat tepinya, H15 Pro Heat mencapai liputan bahagian tepi lekat tiga yang lancar—mentakrifkan semula bagaimana rumah mengurus pembersihan dinding dan ruang tepi.

Pelbagai Produk Baharu Dilancarkan, Mempamerkan Imej Pintar Dreame Technology

Semasa pameran, Dreame Technology melancarkan beberapa produk baharu, termasuk Airstyle Pro, Pembersih Udara PM10 dan Mesin Cuci Pinggan Mangkuk Z2000. Antara kesemua ini, Airstyle Pro Styler menonjol sebagai produk penjagaan diri yang popular. Ia mengintegrasikan tujuh fungsi—meniup, menggulung dan meluruskan—dan dalam masa yang sama menggabungkan penggayaan dan pengeringan pantas dengan pintar melalui pelbagai penyambung muncung, lalu memberikan pengalaman penggayaan yang serba boleh dan cekap kepada pengguna.


PM10, mewakili kemasukan Dreame ke dalam sektor pembersihan udara, membawakan reka bentuk kepala bulat yang diilhamkan oleh angkasawan, robot pintar dan konsep apungan, lalu memberikannya rasa futuristik. Ia menggabungkan teknologi penderiaan persekitaran AI inovatif daripada Dreame, dwikawalan aliran udara salur udara dan sistem penapisan jitu enam lapisan.

Teknologi penderiaan AI menggunakan radar kejituan tinggi untuk mengesan dan menjejaki pengguna. Apabila pengguna menghampiri, ia dihidupkan secara automatik dan melaraskan saluran keluar udara ke kedudukan pengguna, memberikan pembersihan terarah dalam julat 120° sehingga 5 meter, lalu membolehkan "angin yang mengikuti pergerakan." Matriks pembersihan udara enam lapisan termasuk bahagian luar berliang yang teguh, penapis komposit berkecekapan tinggi gred H13 (HEPA H13) dan lapisan karbon teraktif yang padat untuk menyekat zarah besar, zarah kecil dan gas meruap yang berbahaya. Penapis pemangkin formaldehid lubang hitam menguraikan formaldehid yang diserap dengan teliti kepada air dan karbon dioksida yang tidak berbahaya tanpa memerlukan penggantian penapis tambahan. Cahaya UV-C bertenaga tinggi menembusi sel mikrob dan mengganggu struktur DNA, lalu menyahaktifkan sembilan jenis bakteria untuk dwipembersihan penapis dan juga udara. Sementara itu, penjana plasma pada saluran keluar udara boleh menghilangkan bau dan habuk serta menyingkirkan bau sambil memastikan pembersihan yang sekata merentas keluasan 100 meter persegi.


Sebagai mesin cuci pinggan mangkuk atas kaunter, terbina dalam boleh tukar pertama daripada Dreame yang dilancarkan di Singapura, Z2000 menawarkan operasi pintar dan ciri-ciri yang komprehensif. Reka bentuknya yang kompak dapat memuatkan sehingga enam set pinggan mangkuk dan menawarkan lima program pencucian pintar: Cuci Kuat, Cuci Pantas, Cuci Jimat Tenaga, Cuci Standard dan Cuci Bersih Bersinar. Dengan dua lengan semburan dan cucian suhu tinggi 72°C, ia melarutkan gris dengan berkesan untuk memberikan pembersihan yang mendalam dan menyeluruh. Selepas mencuci, mesin ini menggunakan pengeringan udara panas PTC dan penyahjangkitan UV untuk penjagaan selanjutnya kesihatan keluarga, manakala fungsi penyimpanan segar 72 jam memastikan pinggang mangkuk kekal kering dan bebas bau sehingga penggunaannya diperlukan.


Memperluas Jangkauan Global dengan Fokus pada Pertumbuhan Setempat

Sejak penubuhannya pada tahun 2017, Dreame Technology menetapkan standard secara konsisten dalam penyelesaian rumah pintar berkualiti tinggi, menyepadukan inovasi global dengan strategi pasaran setempat. Hari ini, kehadiran Dreame menjangkau lebih 100 negara dan wilayah, dengan lebih 5,500 kedai runcit luar talian dan 100 kedai utama merentas pasaran utama, termasuk China, Amerika Syarikat, Poland, Sweden, Singapura dan Malaysia. Menawarkan perkhidmatan kepada lebih 21 juta isi rumah, Dreame terus merevolusikan industri rumah pintar.

Dengan mengambil bahagian dalam IT Show 2025, Dreame mengukuhkan dedikasinya kepada kecemerlangan teknologi dan inovasi yang mengutamakan pengguna. Memandang ke hadapan, syarikat ini akan terus melabur dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk meningkatkan lagi penyelesaian pintar demi kehidupan seharian. Dengan tumpuan untuk membina sebuah ekosistem rumah pintar global yang komprehensif, Dreame tetap komited untuk menyampaikan pengalaman pembersihan diperibadikan, cekap dan pintar yang memperkaya kehidupan pengguna di seluruh dunia.

*6cm: 6cm merujuk kepada ketinggian dua langkah. Satu halangan adalah 4.2cm tinggi dan satu ketinggian lintasan tikar panjat ialah 1.8cm. Berdasarkan ujian makmal dalaman kami, keputusan sebenar mungkin berbeza bergantung pada faktor-faktor persekitaran.

Latar Belakang Dreame Technology 

Ditubuhkan pada tahun 2017, Dreame Technology ialah syarikat produk pengguna inovatif yang memfokuskan pada peralatan pembersihan rumah pintar dengan visi untuk memperkasakan kehidupan melalui teknologi. Ikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Youtube.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://www.dreame.sg/

Source: Dreame Technology
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics New products/services Trade show news