omniture

Xinhua Silk Road: Forum Selari mengenai Kewangan Inklusif dan Pendekatan kepada Pembangunan Industrialisasi Tenaga Baharu diadakan di Beijing

Xinhua Silk Road
2025-03-24 01:34 106

BEIJING, 24 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Forum Selari mengenai Kewangan Inklusif dan Pendekatan kepada Pembangunan Industrialisasi Tenaga Baharu telahpun diadakan di Beijing pada 20 Mac.

Sebagai acara sampingan Forum Pembiaya Selatan Global 2025, forum ini, dihoskan oleh Brand Work Office Xinhua News Agency, China Economic Information Service dan Xinhua News Agency Cawangan Shanxi, memupuk pelbagai dialog dan pertukaran di bawah tema "Kewangan Inklusif dan Pendekatan kepada Pembangunan Industrialisasi Tenaga Baharu", berkongsi pengalaman serta membina konsensus.

The photo shows the site of the Parallel Forum on Inclusive Finance and Approaches to New Energy Industrialization Development.
The photo shows the site of the Parallel Forum on Inclusive Finance and Approaches to New Energy Industrialization Development.

Klaus-Dieter Kaempfer, Ketua Eksekutif Absa China, mengetengahkan usaha Absa dalam memacu pertumbuhan ekonomi merentas 12 pasaran Afrika selama 130 tahun. Absa menubuhkan subsidiari bukan perbankan di Beijing setahun yang lalu untuk menyokong perusahaan dan pelabur Cina dalam meninjau pasaran Afrika.

China menjadi pengeluar kenderaan elektrik yang terbesar di dunia, manakala Indonesia turut menggiatkan usaha dalam hal ini, ujar Mohammad Faisal, Pengarah Eksekutif Center of Reform on Economics (CORE Indonesia). CORE Indonesia menjalankan penyelidikan dalam bidang ini sebagai badan pemikir ekonomi, namun dengan mengambil kira cabaran ketara yang dihadapi oleh negara-negara sedang membangun bagi menggalakkan tenaga hijau dan industrialisasi hijau, forum ini berfungsi sebagai platform berharga untuk pembelajaran bersama dan perkongsian pengalaman.

Lyuliang memanfaatkan kekuatan industrinya untuk memupuk kuasa produktif berkualiti baharu dalam sektor tenaga di tengah-tengah pembangunan hijau dan mampan, menurut Xiong Yizhi, datuk bandar bagi Bandar Lyuliang. Dengan memperkenalkan dasar yang menggalakkan dan produk kewangan yang inovatif, Lyuliang mempercepat pembangunan industri tenaga baharunya, dengan kapasiti pemasangan tenaga baharu kini menyumbang lebih 30 peratus daripada jumlah keseluruhannya.

Zheng Peng, Pengerusi dan Presiden Pengfei Group, menyampaikan ucaptama mengenai usaha syarikat dalam pembangunan hijau. Sebagai salah satu daripada 500 perusahaan teratas China, ia mengikuti matlamat dwikarbon China dan pelan pembangunan tenaga hidrogen Shanxi.

Semasa berlangsungnya acara ini, China Economic Information Service mengeluarkan Laporan Indeks Pembangunan Kualiti Tinggi Tenaga Hidrogen (Xiaoyi, Lyuliang) China semasa acara ini. Indeks ini, yang memantau pembangunan tenaga hidrogen yang berkualiti tinggi di peringkat nasional dan tempatan, menunjukkan pertumbuhan yang mantap dari tahun 2021 hingga 2023.

Selain itu, sesi perbincangan meja bulat forum ini menghimpunkan pembiaya dan wakil kerajaan yang terkemuka untuk meneroka peranan serta mekanisme kewangan inklusif dalam memajukan industrialisasi tenaga baharu.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/344869.html

 

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Products & Services Green Technology Publishing/Information Service Trade show news