omniture

Vantage Diiktiraf dengan Anugerah 'Broker Global Terbaik' di Money Expo Mexico 2025

Vantage
2025-03-25 16:17 105

PORT VILA, Vanuatu, 25 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Vantage Markets mengambil bahagian sebagai Penaja Titanium di Money Expo Mexico 2025 yang diadakan pada 26-27 Februari. Acara ini, yang dikenali sebagai salah satu perhimpunan yang paling penting untuk pedagang, pelabur dan pakar kewangan di peringkat global, menyediakan platform yang cemerlang untuk Vantage berinteraksi dengan ahli profesional industri serta mempamerkan tawaran inovatifnya.

Sorotan utama acara ini ialah Vantage diberi penghormatan dengan anugerah 'Broker Global Terbaik 2025'. Pengiktirafan ini mengesahkan sekali lagi komitmen Vantage untuk menyediakan penyelesaian perdagangan termaju, ketelusan dan perkhidmatan berpusatkan pelanggan. Sebagai broker CFD berbilang aset yang dipercayai, Vantage terus menetapkan standard industri baharu dengan platform perdagangan termaju, kecairan mendalam serta penyelesaian perdagangan salinan yang inovatif.

Vantage Recognized with ‘Best Global Broker’ Award at Money Expo Mexico 2025
Vantage Recognized with ‘Best Global Broker’ Award at Money Expo Mexico 2025

Vantage memainkan peranan penting dalam sesi kepimpinan pemikiran persidangan ini, menyumbang kepada perbincangan utama mengenai pengewangan komuniti serta masa depan perbankan pelaburan. Ia bermula dengan Jose Flores, Pengurus Pembangunan Perniagaan di Vantage yang menyampaikan ucaptama yang bernas tentang memanfaatkan perdagangan salinan dan isyarat untuk membina dan mengewangkan komuniti perdagangan. Sesi beliau menarik sejumlah besar khalayak, menyediakan strategi berharga untuk pedagang dan juga broker pengenalan (IB) bagi memaksimumkan potensi pendapatan mereka dalam pasaran yang dinamik hari ini. Pada hari berikutnya, Vantage mengambil bahagian dalam perbincangan panel yang menarik tentang bagaimana teknologi membentuk semula perbankan pelaburan dan pengurusan kekayaan. Tatkala pasaran kewangan terus berkembang dengan strategi yang dipacu AI, penyelesaian rantaian blok dan platform perdagangan digital, Vantage kekal berada di barisan hadapan inovasi, melengkapkan pedagang dengan alatan yang mereka perlukan untuk berada kekal di hadapan.

Vantage Team at Money Expo Mexico 2025
Vantage Team at Money Expo Mexico 2025

Sepanjang acara selama dua hari tersebut, reruai Vantage menjadi tarikan utama, menarik sejumlah pengunjung yang tinggi, hasil daripada penyertaan aktif syarikat dalam sesi penceramah dan ahli panel. Pasukan Vantage memainkan peranan yang amat penting. Kepakaran mereka memberi kesan yang berkekalan kepada golongan profesional industri ini dan juga para hadirin dalam acara tersebut.

Penyertaan Vantage di Money Expo Mexico 2025 mencerminkan komitmennya untuk melibatkan diri dengan komuniti perdagangan dan kekal berada di barisan hadapan dalam perkembangan industri. Menerusi peningkatan bilangan pedagang dan rakan kongsi yang mencari broker yang dipercayai dan inovatif, Vantage terus melabur dalam teknologi, pendidikan dan penglibatan industri untuk meningkatkan pengalaman perdagangan buat pelanggannya.

Pengiktirafan terhadap Vantage di Money Expo Mexico 2025 merupakan bukti komitmennya terhadap kecemerlangan dan keupayaan untuk memacu penglibatan yang bermakna. Tatkala syarikat ini terus berkembang, ia kekal memfokuskan untuk menyediakan penyelesaian perdagangan berkualiti tertinggi, memupuk inovasi industri dan menyokong pedagang serta rakan kongsinya.

Untuk perkembangan terkini yang lebih lanjut mengenai acara dan inisiatif Vantage yang akan datang, kunjungi Vantage Markets.

Latar Belakang Vantage 

Vantage Markets (atau Vantage) ialah broker CFD berbilang aset yang menawarkan pelanggan akses perkhidmatan yang tangkas dan berkuasa bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD), termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.

Dengan pengalaman pasaran selama lebih 15 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan ekosistem perdagangan yang dipercayai, aplikasi perdagangan mudah alih yang memenangi anugerah dan platform perdagangan mesra pengguna yang memperkasakan pelanggan untuk merebut peluang perdagangan. Muat turun Vantage App pada App Store atau Google Play.

berdagang lebih bijak @vantage 

AMARAN RISIKO: CFD ialah instrumen yang kompleks dan membawa risiko tinggi mengalami kerugian wang dengan cepat lantaran leveraj. Pastikan anda memahami risiko sebelum berdagang.

Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak terdapat nasihat kewangan, tawaran atau rayuan bagi apa-apa produk atau perkhidmatan kewangan. Kandungan ini bukan bertujuan untuk penduduk di mana-mana bidang kuasa di mana pengedaran atau penggunaan sedemikian akan bertentangan dengan undang-undang atau peraturan tempatan. Pembaca dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat profesional bebas sebelum membuat apa-apa keputusan pelaburan atau kewangan. Apa-apa pergantungan yang anda letakkan pada maklumat yang dibentangkan adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Awards Trade show news Financial Technology