omniture

ChangAn Dorong Inovasi dan Pembangunan Jenama di Eropah, "Di Eropah, Untuk Eropah," Bentuk Masa Depan Pasaran Global

ChangAn Automobile
2025-03-26 08:42 113

MUNICH, 26 Mac 2025 /PRNewswire/ -- ChangAn Automobile ("ChangAn" atau "Syarikat"), sebuah syarikat teknologi mobiliti rendah karbon pintar, mengukuhkan masa depannya di pasaran Eropah menerusi kemasukan rasminya baru-baru ini. Melaksanakan "Vast Ocean Plan" ("Pelan Lautan Luas") yang mentransformasikan Syarikat daripada pengeksport produk kepada peneraju standard teknikal, ChangAn komited untuk melabur, berinovasi dan bekerjasama di Eropah bagi membina sistem pembangunan tempatan yang mampan.


Sebagai sebahagian daripada perjalanan Eropahnya, ChangAn memfokuskan pada tiga bidang utama untuk memupuk pertumbuhan jangka panjang:

Mencipta secara bersama dengan pengguna: Lapan model baharu akan diperkenalkan di Eropah sepanjang tempoh tiga tahun akan datang, setiap satu disesuaikan untuk memenuhi keperluan pelanggan yang pelbagai. Susulan pelancaran DEEPAL S07, DEEPAL S05 akan diperkenalkan buat julung kalinya pada separuh kedua tahun 2025.


Membina secara bersama dengan industri: Menjelang akhir tahun 2025, ChangAn bermatlamat untuk mengembangkan rangkaiannya daripada sekitar 100 pengedar di 10 negara Eropah kepada lebih 1,000 menjelang tahun 2030. Syarikat ini akan turut menubuhkan pusat alat ganti Eropah pertamanya di Belanda, berfungsi sebagai hab pusat bagi rangkaian wakil pengedar dan perkhidmatan. MOU strategik telahpun ditandatangani dengan pemimpin industri KUHNE+NAGEL dan Allianz Partners.

Memenuhi tanggungjawab sosial: Dengan matlamat "dwikarbon" untuk memuncakkan emisi karbon menjelang tahun 2027 dan mencapai keneutralan karbon menjelang tahun 2045, ChangAn akan terus berkolaborasi dengan rakan kongsi di seluruh Eropah untuk memajukan biodiversiti, penggunaan tenaga bersih dan peningkatan kualiti udara.

ChangAn memacu inovasi melalui tiga strategi utama: Misi Shangri-La untuk kenderaan tenaga baharu, Pelan Dubhe 2.0 untuk mobiliti pintar dan Vast Ocean Plan untuk jangkauan global bagi membina asas teknologi yang berorientasikan masa depan.

Di bawah Dubhe 2.0, ChangAn akan membangunkan kenderaan pintar secara eksklusif, melancarkan 35 model digital menjelang tahun 2026. Syarikat ini mengintegrasikan AI dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengeluaran dan perkhidmatan sekali gus memajukan teknologi bateri generasi seterusnya.

Sistem GOLDEN SHIELD Shangri-La menawarkan sel standard 87Aj dan penebat yang utama industri, dengan pengeluaran besar-besaran bateri keadaan pepejal (>400Wj/kg) menjelang tahun 2030. Rangkaian kuasa BlueCore 2.0nya membawakan teknologi PREV, platform 800V berkecekapan tinggi dan 163 paten. Vast Ocean Plan menyasarkan pelaburan antarabangsa sebanyak $10 bilion, 1.2 juta jualan luar negara dan 10,000 pekerja di peringkat global menjelang tahun 2030.

ChangAn melihat Eropah sebagai hab strategik, bukan sahaja sebagai peserta pasaran tetapi sebagai rakan kongsi jangka panjang yang komited kepada penciptaan nilai tempatan. Dengan melabur dalam teknologi elektrik pintar dan memajukan matlamat pembangunan mampan, Syarikat ini menyasarkan untuk memacu inovasi dan berkolaborasi dengan pasaran Eropah untuk membentuk masa depan mobiliti hijau yang pintar.

"Menerajui mobiliti yang mampan dan memberi manfaat kepada kehidupan manusia menjadi misi kami. Dalam budaya Cina, lebih banyak anda berkongsi, lebih banyak keuntungan anda. Ia diterjemahkan ke dalam strategi perniagaan kami di sini: Di Eropah, untuk Eropah," ujar Zhu Huarong, Pengerusi ChangAn Automobile. "Bersama-sama rakan kongsi Eropah dan global kami, ChangAn komited untuk menyampaikan reka bentuk ikonik, teknologi pintar dan perkhidmatan tanpa penjagaan. Bersama-sama, kami memacu inovasi demi masa depan yang lebih baik."

Latar Belakang ChangAn Automobile
ChangAn ialah sebuah syarikat teknologi mobiliti rendah karbon pintar yang mempunyai pasukan reka bentuk antarabangsa dan terdiri daripada lebih 915 pakar dari 31 negara, jenama-jenama yang pelbagai seperti CHANG-AN, DEEPAL, AVATR dan usaha sama ChangAn Ford, ChangAn Mazda dan JMC. ChangAn Automobile mempunyai keluasan dan kepelbagaian produk yang mantap termasuk kenderaan penumpang, trak pikap dan kenderaan komersial ringan. Dengan keupayaan yang lebih kukuh dan penaiktarafan industri yang didorong oleh inovasi teknologi, ChangAn Automobile komited terhadap inovasi mobiliti yang mampan di atas jalan raya bagi menjadi jenama auto bertaraf dunia.

 

 

Source: ChangAn Automobile
Keywords: Auto Transportation Corporate Expansion New products/services