omniture

AI WAN Pimpin Rangkaian AI Menuju Era Pintar, Percepat Pertumbuhan Perkhidmatan Baharu untuk Pembawa

Huawei
2025-03-26 21:02 115

PARIS, 26 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 24 Mac 2025, semasa berlangsungnya Kongres Dunia MPLS & SRv6 AI Net 2025, Huawei menganjurkan IP GALA yang berjaya dan bertemakan "AI WAN: Memimpin Rangkaian IP Menuju Era Pintar." Sidang kemuncak ini menghimpunkan pembawa, organisasi piawaian dan organisasi industri untuk meneroka trend yang terkini dalam inovasi AI WAN. Pembawa terkemuka, termasuk Telecom Argentina dan Turkcell Türkiye, berkongsi amalan inovatif rangkaian IP mereka. Sementara itu, Huawei menawarkan penerokaan yang mendalam terhadap bagaimana penyelesaian AI WAN memperkasakan rangkaian IP menggunakan AI. Acara ini turut menyaksikan pelancaran Inisiatif AI WAN oleh IPv6 Forum, Persatuan Jalur Lebar Dunia (WBBA), Turkcell Türkiye, Telecom Argentina, European Advanced Networking Test Center (EANTC) dan Huawei yang bertujuan untuk menggalakkan evolusi inovasi dan penggunaan rangkaian IP.

Zuo Meng, Presiden Domain Penghala Huawei dalam Barisan Produk Komunikasi Data, berkata dalam ucapan perasmiannya bahawa ketika ini pembawa menghadapi beberapa cabaran, termasuk pertumbuhan perkhidmatan tradisional yang tidak berubah, pembangunan perkhidmatan baharu yang lebih perlahan daripada jangkaan serta kerumitan dan juga kos rangkaian tinggi yang memerlukan penaiktarafan kepada rangkaian generasi akan datang. Dengan memperkenalkan AI kepada bidang seperti O&M, sambungan dan peranti penghalaan, penyelesaian AI WAN daripada Huawei membantu meningkatkan keupayaan dan nilai rangkaian.

Zuo Meng, President of Router Domain, Huawei's Data Communication Product Line, delivering an opening speech
Zuo Meng, President of Router Domain, Huawei's Data Communication Product Line, delivering an opening speech

Latif Ladid, Presiden IPv6 Forum percaya bahawa integrasi AI ke dalam infrastruktur rangkaian seperti AI WAN merupakan satu keperluan demi masa depan. Bagi mempercepat penggunaan SRv6, IPv6 Forum melancarkan SRv6 Ready Logo Program, dengan Huawei menjadi salah satu vendor peranti pertama yang lulus pensijilan.

Santiago Costanzo, Pengurus Evolusi Pengangkutan Telecom Argentina, berkongsi penggunaan dan amalan inovatif teknologi utama untuk rangkaian IP dalam era AI. Beliau menyatakan bahawa SRv6 membantu pembawa meningkatkan kecekapan automasi E2E dan mencapai kependaman berketentuan. Dalam era AI, Telecom menggunakan teknologi AI untuk mempermudah O&M dan meningkatkan kecekapan, seterusnya mencipta nilai untuk pelanggan.

Durmus Mehmet, Pengarah Bersekutu Rangkaian Teras dan Pusat Data IP/MPLS Turkcell, mendedahkan bahawa Turkcell membina ultra-jalur lebar dan rangkaian autonomi yang amat andal untuk menyediakan perkhidmatan terbeza kepada pelanggan. Beliau menekankan bahawa Turkcell mengiktiraf hala tuju evolusi AI WAN dan akan bekerjasama dengan Huawei untuk melaksanakan inovasi bersama yang bertumpukan pada penjimatan tenaga, pemantauan gentian berasaskan FHC, pengenalpastian aplikasi AI dan ejen AI.

Xu Huan, Naib Presiden Domain Penghala Huawei dalam Barisan Produk Komunikasi Data, memberikan pandangan pakar tentang penyelesaian AI WAN. Beliau menjelaskan bahawa penyelesaian yang inovatif ini membawakan seni bina tiga lapisan yang terdiri daripada penghala AI, sambungan baharu AI dan otak baharu AI. Penyelesaian ini membantu pembawa membina rangkaian dengan TCO optimum, memperluas perkhidmatan baharu, meningkatkan kecekapan operasi dan memacu pertumbuhan perkhidmatan baharu. Wu Qin, arkitek rangkaian komunikasi data Huawei dan Ahli Lembaga Seni Bina Internet (IAB) IETF, menyatakan bahawa otak baharu AI terdiri daripada AssurSpirit, ChangeSpirit dan OptimSpirit. Melalui kolaborasi model besar-kecil, ketiga-tiga ejen AI mengupayakan operasi pintar dan mempercepat evolusi kepada Rangkaian Autonomi (AN) L4. Zied Ben Houidi, Ketua Pakar LLM bagi Barisan Produk Komunikasi Data Huawei, turut berkongsi aplikasi AI pada rangkaian IP.

Carsten Rossenhövel, Ketua Pegawai Teknologi dan Pengasas Bersama European Advanced Networking Test Center (EANTC) — organisasi ujian pihak ketiga yang berwibawa di Eropah — berkongsi kemajuan ujian saling kendali berbilang vendor pada tahun 2025. Ini menunjukkan bahawa keupayaan utama rangkaian IP dalam era AI telah mencapai tahap kematangan yang lebih tinggi dari segi kesalingkendalian.

AI WAN Initiative: Promoting the Evolution of IP Network Innovation and Deployment
AI WAN Initiative: Promoting the Evolution of IP Network Innovation and Deployment

Pada penghujung IP GALA, IPv6 Forum, WBBA, Turkcell Türkiye, Telecom Argentina, EANTC dan Huawei bersama-sama melancarkan Inisiatif AI WAN untuk menggalakkan evolusi inovasi dan penggunaan rangkaian IP.

Memandang ke hadapan, Huawei akan terus bekerjasama dengan pembawa dan rakan kongsi industri untuk meneroka pasaran baharu dalam era pintar, membantu pelanggan mencapai kejayaan perniagaan dan mempercepat pertumbuhan perkhidmatan baharu.

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Artificial Intelligence