omniture

CHINA CYCLE 2025: Menghubungkan Dunia Melalui Inovasi Berbasikal

China International Bicycle Fair
2025-03-27 11:25 125

SHANGHAI, 27 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Pameran Basikal Antarabangsa China ke-33 (CHINA CYCLE 2025) dijangka akan berlangsung mulai 5 hingga 8 Mei di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai. Di bawah tema "New Quality Productivity for the Shared Future" ("Produktiviti Kualiti Baharu demi Masa Depan Dikongsi Bersama"), acara ini akan menghimpunkan peserta pameran, pembeli dan media global untuk menerokai trend dan inovasi terkini dalam industri basikal serta e-basikal.

CHINA CYCLE 2025: Connecting the World Through Cycling Innovation
CHINA CYCLE 2025: Connecting the World Through Cycling Innovation

Sebagai pengeluar dan pasaran yang utama di dunia untuk basikal dan e-basikal, China menyumbang sebanyak lebih 60% daripada volum perdagangan global. Pada tahun 2024, pengeluaran basikal China mencapai paras tertinggi mencatat rekod, dengan eksport e-basikal menunjukkan prestasi yang luar biasa bagus dalam pasaran di seluruh Eropah, benua Amerika dan Jepun. Dengan pembangunan selama lebih 30 tahun, CHINA CYCLE berkembang menjadi salah satu pameran basikal yang terbesar dan paling berpengaruh di seluruh dunia.

Edisi pada tahun ini memperkenalkan empat penaiktarafan utama: ruang pameran diperluas dengan susun atur yang dioptimumkan, kolaborasi yang dipertingkat dengan media antarabangsa, pavilion tematik yang diperbaharui untuk navigasi yang lebih lancar dan pengalaman produk yang imersif dengan ciri-ciri interaktif.

Sorotan CHINA CYCLE 2025: 

  • Skala yang tidak pernah berlaku sebelum ini: Hampir 1,600 peserta pameran akan mempamerkan produk terkini mereka merentas 13 dewan profesional, meliputi basikal, e-basikal, komponen, peralatan luar dan e-motosikal. Dewan N1 yang baru dilancarkan akan memfokuskan pada inovasi, berfungsi sebagai hab untuk teknologi dan reka bentuk termaju.
  • Inovasi di Barisan Hadapan: "Pameran Demonstrasi Kreatif" akan menampilkan 70 produk perintis, termasuk basikal elektrik gentian karbon dan sistem anjakan elektronik. "Pameran Demonstrasi Transformasi dan Penaiktarafan Industri" akan menonjolkan syarikat-syarikat yang memacu inovasi hijau.
  • Aktiviti Menarik: Para hadirin dapat menikmati pertunjukan secara langsung, tunggang uji dan zon teknologi yang mempamerkan navigasi pintar serta sistem e-bantuan. Pertandingan e-sukan yang unik akan menggabungkan aktiviti berbasikal dengan permainan demi pengalaman penonton yang baharu.
  • Peluang Perdagangan Global: Berdasarkan kadar kejayaan 95% pada tahun lalu, Mesyuarat Penyumberan Antarabangsa akan menghubungkan pembeli antarabangsa dengan pembekal Cina, memupuk perkongsian merentas basikal, e-basikal, basikal kanak-kanak dan produk luar. Peserta pameran dari Eropah, Asia Tenggara, Timur Tengah dan Amerika Latin akan mengambil bahagian.
  • Festival Keseronokan: Acara ini akan membawakan pasar basikal, pertunjukan fesyen basikal jenama, pengalaman gaya hidup dan aktiviti kebudayaan yang meraikan budaya berbasikal.

Impak dan Tinjauan: 
CHINA CYCLE 2025 akan berfungsi sebagai platform yang dinamik untuk pertukaran industri global, menggalakkan transformasi hijau dan perdagangan antarabangsa.

Sertai Kami: 
Kami mengundang dengan mesra peserta pameran, pembeli dan media antarabangsa untuk menyertai kami di acara industri yang tiada tandingan ini.

Untuk prapendaftaran dan butiran lanjut, sila kunjungi https://wx-chinacycle.tonggao.info/EN/Customer/Index?source=.

Hubungi:
E-mel: zhangzheng@e-chinacycle.com

Source: China International Bicycle Fair
Keywords: Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Railroads and Intermodal Transportation Sports Sports Equipment & Accessories Transportation Utilities New products/services Trade show news Outdoors/Camping/Hiking