omniture

Bir Paling Halus Cipta Krim Kulit Paling Lembut? Heineken® Silver Kaburkan Sempadan dengan The Heineken® Smootheriser

Heineken
2025-04-01 09:00 125
  • Heineken® Silver membawa sifat kehalusannya melangkaui bir dengan pelancaran The Heineken® Smootheriser; krim kulit selembut sutera seperti minumannya yang dibru
  • Minuman edisi terhad baharu ini mengaburkan garisan antara bir dan kecantikan, mengambil rasa istimewa Heineken® Silver yang sangat halus dan mengubahnya menjadi ciptaan yang tidak dijangka
  • The Heineken® Smootheriser akan dilancarkan di Kemboja dan wilayah Taiwan, membawa kelainan yang menyegarkan kepada penjagaan kulit dan mentakrifkan semula erti kehalusan

SINGAPURA, 1 April 2025 /PRNewswire/ -- Heineken® Silver, bir yang terkenal dengan kehalusannya yang sangat menyegarkan, hari ini memperkenalkan The Heineken® Smootheriser, krim kecantikan "menghaluskan kulit". Mengaburkan sempadan antara bir dan kecantikan, krim ini mendapat inspirasi daripada formula Heineken® Silver yang segar dan mudah diminum, mengambil kehalusannya melebihi sekadar bir. 

Bir yang paling halus menghasilkan krim kulit yang paling lembut_ Heineken® Silver mengaburkan sempadan dengan The Heineken® Smootheriser
Bir yang paling halus menghasilkan krim kulit yang paling lembut_ Heineken® Silver mengaburkan sempadan dengan The Heineken® Smootheriser

Bilamana pengguna terlibat dengan jenama-jenama menerusi cara yang lebih tidak dijangkakan, Heineken® Silver cenderung kepada trend budaya, melangkah melangkaui pemasaran tradisional untuk mencipta sesuatu yang membawa keriangan dan disruptif. Dilancarkan di Asia, hasil ciptaan yang tidak dijangka ini memanfaatkan lonjakan populariti penjagaan kulit dan kemunculan aspek penjagaan diri untuk melibatkan khalayak yang lebih luas dengan sesuatu yang membawa keriangan dan disruptif.

Mengubah Jangkaan, Satu Pergerakan Lancar pada Satu-satu Masa

Menerobos sempadan kategori berada dalam DNA Heineken® Silver. Dibru pada suhu -1°C untuk rasa segar yang menyegarkan, bir ini sentiasa mentakrifkan semula kehalusan. Kini, dalam gaya Heineken® Silver yang sebenar, jenama ini mencetuskan gelombang dengan pendekatan tidak konvensional terhadap penglibatan jenama dan membangkitkan rasa ingin tahu serta perbualan.

Sesuatu yang bermula sebagai gurauan terlalu lancar untuk tidak menjadi kenyataan.

"The Heineken® Smootheriser bukan sekadar tentang mengikuti trend terkini. Ini berkenaan dengan langkah Heineken®untuk menggabungkan humor, inovasi dan perkaitan budaya untuk menghasilkan perpindahan yang tidak dapat dilupakan yang membuatkan orang ramai berbicara tentangnya sama ada mereka meminati bir, penjagaan kulit atau kedua-duanya. Lagipun, apabila sesuatu itu selembut Heineken® Silver, mengapa berhenti dengan bir?" kata Nabil Nasser, Ketua Global Jenama Heineken®.

Suatu Perbualan Budaya dalam Pembikinan

Walaupun ia membuat kemunculan sulungnya pada 1 April, The Heineken® Smootheriser bukanlah jenaka April Fool. Produk ini sebenarnya wujud, mengaburkan garisan antara parodi dan kemungkinan. Diseduh dengan barli dan hop berkualiti sama yang memberikan Heineken® Silver rasa segarnya yang istimewa, The Heineken® Smootheriser dibungkus dengan cantik dengan formulasi premium yang direka untuk melembapkan dan menyuburkan kulit. Lebih 1,000 kotak edisi terhad kini tersedia secara eksklusif melalui pengaktifan dan hadiah terpilih.

The Heineken® Smootheriser akan dilancarkan di wilayah Taiwan dan Kemboja, bertepatan dengan pelancaran rasmi Heineken® Silver di pasaran terkemudian.

Peminat yang tidak sabar untuk menyaksikan gabungan bir dan kecantikan yang menarik boleh mengikuti @heineken_tw dan @heineken_kh di Instagram untuk lebih banyak perkembangan terkini mengenai The Heineken® Smootheriser.

Latar Belakang HEINEKEN

HEINEKEN ialah pembuat bir paling bertaraf antarabangsa di dunia. Ia merupakan pembangun dan pemasar yang terkemuka bagi jenama bir dan sider premium dan bukan alkohol. Diterajui oleh jenama Heineken®, Kumpulan ini mempunyai portfolio yang terdiri daripada lebih 340 bir dan sider antarabangsa, serantau, tempatan dan khusus. Dengan lebih 85,000 pekerja HEINEKEN, kami menghasilkan kegembiraan menerusi kebersamaan sejati untuk memberi inspirasi kepada dunia yang lebih baik. Impian kami adalah untuk membentuk masa depan bir dan selanjutnya demi memenangi hati pengguna. Kami komited terhadap inovasi, pelaburan jenama jangka panjang, pelaksanaan jualan yang berdisiplin dan pengurusan kos berfokus. Melalui "Brew a Better World", kemampanan diterapkan dalam perniagaan. HEINEKEN mempunyai jejak geografi yang seimbang dengan kedudukan kepimpinan dalam kedua-dua pasaran maju dan sedang membangun. Kami mengendalikan kilang bir, kilang malt, kilang sider dan kemudahan pengeluaran yang lain di lebih 70 negara. Maklumat terkini tersedia di laman web Syarikat kami dan ikuti kami di LinkedIn dan Instagram

Source: Heineken
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services