omniture

George Clinical Dijenamakan Semula sebagai Emerald Clinical Trials

George Clinical
2025-04-07 08:00 155

Nama baharu mencerminkan pertumbuhan dan wawasan syarikat untuk membantu membawa kepastian dan ketelusan kepada ujian klinikal global

SINGAPURA, 7 April 2025 /PRNewswire / -- George Clinical, organisasi penyelidikan klinikal (CRO) terkemuka yang beroperasi di seluruh dunia, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa syarikat tersebut telah dijenamakan semula sebagai Emerald Clinical Trials. Perubahan nama strategik ini menegaskan kedudukan syarikat yang kukuh sebagai CRO yang berdedikasi, andal, tekal dan fleksibel, sambil mengurangkan risiko pembangunan klinikal global melalui kepakaran terapeutik dan tempatan yang mendalam, dipupuk selama lebih 20 tahun.

Emerald Clinical Trials terus memberikan tumpuan kepada perkhidmatan menyeluruh merentasi semua bidang terapeutik yang direka bentuk untuk mengubah kehidupan sambil memajukan inovasi yang membantu mengembangkan amalan penyelidikan klinikal global. Bersama rekod prestasi yang kukuh dalam bidang terapeutik Onkologi dan Kardiorenal Metabolik (CRM), kepakaran yang dipercayai di Asia Pasifik dan kepimpinan saintifik global, Emerald Clinical Trials ialah CRO klinikal yang amat berbeza di pentas dunia. Jangkauan luas syarikat beroperasi secara langsung di 42 negara dan di 70 negara melalui perkongsian memastikan pelaksanaan ujian klinikal yang lancar di seluruh dunia.

Jenama baharu ini menguatkan usaha luar biasa Emerald Clinical Trials dan menyerlahkan kepelbagaian dan kelainan pengalaman syarikat kepada khalayak yang lebih luas. Jenama ini menekankan komitmen yang kuat kepada pesakit, pelanggan dan rakan kongsi.

Komitmen mendalam syarikat terhadap keutamaan pelanggan memupuk hubungan jangka panjang yang dibina berdasarkan kepercayaan, keandalan dan kejayaan yang boleh diukur. Keupayaan Emerald menyampaikan kebolehramalan dalam ujian klinikal ditegaskan oleh rekod prestasi perniagaan berulang, anugerah kecemerlangan industri dan prestasi yang tekal dalam usaha membawa terapi ke pasaran.

"Sejak dua dekad yang lalu, Emerald Clinical Trials telah memberikan tumpuan kepada menyampaikan ujian berkualiti tinggi yang menggabungkan jangkauan global dengan pendekatan hubungan yang kukuh. Kami menawarkan jejak dan kepakaran CRO yang besar dengan perhatian dan fleksibiliti yang diperibadikan bagi rakan kongsi yang lebih kecil, memastikan setiap pelanggan, daripada syarikat bioteknologi baharu muncul kepada syarikat farmaseutikal terbaik, menerima sokongan secara langsung dan tertumpu yang diperlukan untuk mengurangkan risiko program klinikal masing-masing," kata Mary Gunn, Ketua Pegawai Eksekutif, Emerald Clinical Trials. "Transformasi yang menarik ini mengukuhkan kedudukan kami sebagai rakan kongsi yang dipercayai dalam ujian klinikal, sambil menegaskan semula komitmen kami kepada pelanggan dan nilai teras kami."

"Kami membuat keputusan awal bahawa kami mahu bekerjasama dengan CRO yang mempunyai pendekatan fleksibel dan penyelesaian disesuaikan mengikut keperluan khusus setiap ujian, sama ada mempercepat garis masa, menyesuaikan diri dengan keperluan kajian yang semakin berkembang, atau menskalakan sumber dengan cekap," kata Dr. Daniel Tillett, Ketua Pegawai Eksekutif, Race Oncology, pelanggan Emerald. "Ketangkasan amat penting untuk syarikat biofarmaseutikal yang memerlukan rakan kongsi yang boleh beralih bersama syarikat masing-masing dan bukannya memperlahankan dengan ketidakcekapan birokrasi dan itu benar-benar merupakan kekuatan Emerald Clinical Trials."

Maklumat Tentang Emerald Clinical Trials
Emerald Clinical Trials ialah organisasi penyelidikan klinikal terkemuka yang beroperasi di seluruh dunia dan menyediakan perkhidmatan kepada lebih 100 syarikat bioteknologi dan 6 daripada 10 syarikat farmaseutikal terbaik. Beribu pejabat di Singapura dan didorong oleh kepakaran operasi dan kecemerlangan saintifik, syarikat itu menyediakan perkhidmatan ujian klinikal yang menyeluruh kepada pelanggan di seluruh dunia, menawarkan penyelesaian merentasi semua fasa ujian. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.emeraldclinical.com.

Hubungan Media: Shannon Severino, shannon@severinocommunications.com, T +1 412 608 2393

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2657673/George_Clinical__Emerald_Clinical_Trials__logo.jpg?p=medium600

Source: George Clinical
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries