![]() |
SINGAPURA, 9 April 2025 /PRNewswire/ -- Terletak di kawasan pusat perniagaan Marina Bay Singapura, Pan Pacific Singapore yang ikonik menjadi lambang kecanggihan dan layanan mesra yang berkelas tinggi. Sebagai pilihan utama untuk Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran (MICE), hotel ini menawarkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang direka khas untuk memenuhi keperluan para pengunjung korporat.
Menurut Melvin Lim, Pengurus Besar Pan Pacific Singapore, 'Sejak dibuka pada tahun 1986, hotel kami telah membina warisan sebagai salah satu hotel mewah terawal di kawasan Marina Bay. Dengan 790 bilik tamu yang direka indah, kami menjadi destinasi pilihan untuk pemimpin global dan acara-acara berprestij. Komitmen kami terhadap kecemerlangan terserlah melalui ruang mesyuarat bertingkat tiga dan seluas 2,329 meter persegi, dilengkapi dengan teknologi audiovisual terkini dan sajian kulinari yang inovatif.'
Para tetamu boleh bersantai di spa pemenang anugerah St. Gregory, atau berehat di kolam renang. Gimnasium 24 jam membolehkan para tetamu untuk mengekalkan rutin kecergasan mereka. Penggemar makanan akan teruja dengan pelbagai pilihan hidangan, termasuk koktel dan kanape istimewa di PLUME, masakan Kantonis asli di Hai Tien Lo, citarasa Jepun tradisional di Keyaki serta sajian antarabangsa di Edge and Pacific Emporium.
Sempena sambutan Hari Kebangsaan Singapura yang ke-60 (SG60) tahun ini, Pan Pacific Singapore menawarkan pakej MICE SG60 yang menampilkan sentuhan tempatan, ditawarkan kini hingga 31 Mac 2026. Setiap waktu rehat untuk pakej persidangan menyajikan pelbagai juadah tempatan yang menyelerakan. Antara hidangan yang disediakan secara langsung di stesen Chef termasuklah
Hidangan tempatan istimewa ini bukan sahaja meningkatkan pengalaman para delegasi mesyuarat malah mengukuhkan komitmen Pan Pacific Singapore dalam meraikan ulang tahun Singapura yang ke-60.
Pakej mesyuarat sehari ditawarkan dari S$155.00++ bagi setiap tetamu, termasuk makan tengah hari dan dua waktu rehat berhidangkan jamuan ringan. Manakala, pakej mesyuarat setengah hari disediakan dari S$140.00++ bagi setiap tetamu, termasuk makan tengah hari dan satu waktu rehat berhidangkan jamuan ringan. Butiran lanjut di sini.
Dengan legasi kecemerlangan layanan hospitaliti, Pan Pacific Singapore adalah destinasi utama bagi mereka yang ingin memanfaatkan interaksi bersemuka. Di sini, acara terbilang menggabungkan keanggunan dan inovasi untuk mencipta pengalaman yang sukar dilupakan.
Pan Pacific Singapore juga menitikberatkan kelestarian, dengan pensijilan GSTC, pensijilan Sistem Pengurusan Alam Sekitar ISO 14001 (ISO 14001 Environmental Management Systems), pensijilan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan ISO 45001 (ISO 45001 Occupational Health and Safety) dan anugerah BCA Green Mark Gold (BCA Green Mark Gold award). Ini memastikan setiap mesyuarat dan acara yang dianjurkan bukan sahaja memenuhi piawaian tertinggi tetapi juga menyokong amalan yang selamat dan mesra alam.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.panpacific.com/en/hotels-and-resorts/pp-marina/meetings.html, atau emel ke sales.ppsin@panpacific.com (Nyatakan kod SG60).
Pan Pacific Singapore – di mana kecanggihan dan keanggunan bergabung untuk memperhalusi seni persidangan.
Lihat galeri imej MICE kami di sini. Ketahui lebih lanjut tentang Pan Pacific Singapore di sini.