omniture

Vantage Foundation Lawat SOS Children's Villages Portugal: Tangani Pengabaian dan Memecah Kitaran

Vantage Foundation
2025-04-16 08:17 105

LISBON, Portugal, 16 April 2025 /PRNewswire/ -- Pengabaian ialah salah satu ancaman terhadap kesejahteraan kanak-kanak yang paling berleluasa namun sering tidak diberikan perhatian. Tidak seperti pembuangan, pengabaian sering kali berlaku tanpa disedari—membiarkan kanak-kanak terperangkap dalam kitaran kemudaratan emosi yang kronik, penghapusan rasa percaya dan pergelutan perkembangan dalam tempoh jangka panjang.

Semasa lawatan baru-baru ini ke SOS Children's Villages Portugal di Lisbon, Vantage Foundation bertemu dengan Penyelaras Pengumpulan Dana Korporat Teresa Conceição dan Ketua Jenama dan Komunikasi Emerson Marques untuk membincangkan komitmen 60 tahun organisasi ini dalam melindungi kanak-kanak yang telah mengalami pengabaian, pembuangan atau penderaan.

Vantage Foundation Visits SOS Children’s Villages Portugal: Addressing Neglect and Breaking the Cycle
Vantage Foundation Visits SOS Children’s Villages Portugal: Addressing Neglect and Breaking the Cycle

Di Portugal, setiap 10 minit, seorang kanak-kanak membesar tanpa sokongan yang mereka perlukan untuk hidup sejahtera—ramai yang mengalami masalah pengabaian yang boleh menjangkau beberapa generasi. Memandangkan pengabaian kurang kelihatan berbanding bentuk bahaya yang lain, ia sering terlepas daripada campur tangan, lalu mengakibatkan kanak-kanak mengalami trauma yang senyap dan berpanjangan. SOS Children's Villages Portugal berusaha untuk memecahkan kitaran ini melalui pencegahan, perlindungan dan advokasi, demi memastikan tiada seorang kanak-kanak pun yang ditinggalkan.

Pengabaian bukan sekadar ketiadaan penjagaan—ia merupakan kehilangan rasa percaya yang kronik, dengan kesan yang mengakibatkan kebinasaan ke atas kesihatan mental dan perkembangan. Kanak-kanak yang mengalami pengabaian sering mengalami tekanan emosi, masalah perapatan dan kesukaran dalam menjalin hubungan yang sihat. Tanpa campur tangan, kitaran pengabaian berterusan, lalu memerangkap keluarga dalam pergelutan generasi.

SOS Children's Villages Portugal menangani isu pengabaian pada peringkat asasnya dengan mengukuhkan ikatan kekeluargaan melalui pendidikan, sokongan kesihatan mental dan bantuan kecemasan. Dengan menangani cabaran sistemik lebih awal, mereka membantu mencegah perpecahan keluarga dan mengurangkan keperluan terhadap penjagaan di luar rumah.

Apabila perpisahan keluarga menjadi sesuatu yang tidak dapat dielakkan, organisasi ini memastikan kanak-kanak mendapat penjagaan yang berkualiti tinggi dalam persekitaran pengasuhan. Ini termasuk mengekalkan adik-beradik bersama, menyesuaikan penjagaan dengan keperluan individu dan menyediakan penjaga dengan latihan khusus dalam amalan termaklum-trauma. Mereka turut menyokong perlindungan undang-undang yang lebih kukuh untuk golongan muda yang beralih keluar daripada penjagaan, memastikan mereka mempunyai alatan untuk membina kehidupan berdikari.

Vantage Foundation Visits SOS Children’s Villages Portugal: Addressing Neglect and Breaking the Cycle
Vantage Foundation Visits SOS Children’s Villages Portugal: Addressing Neglect and Breaking the Cycle

Vantage Foundation menyedari bahawa usaha menghapuskan pengabaian memerlukan kolaborasi. Dengan bekerjasama bersama organisasi-organisasi seperti SOS Children's Villages, perniagaan, penggubal dasar dan komuniti boleh menguatkan suara kanak-kanak yang berada dalam keadaan yang mendedahkan mereka pada bahaya—dan membantu memecahkan kitaran pengabaian dalam keluarga.

"Pengabaian kanak-kanak ialah suatu isu yang mendalam, tidak kelihatan dan mengakibatkan kebinasaan," tegas Emerson Marques, Ketua Jenama dan Komunikasi di SOS Children's Villages Portugal. "Semakin didiamkan isu ini, semakin berbahayalah akibatnya. Perkongsian mesej ini penting untuk memecahkan kitaran—kita memerlukan lebih ramai orang untuk mengetahui, menitikberatkan dan menyertai usaha ini. Hanya dengan cara inilah kita boleh memastikan bahawa tiada kanak-kanak membesar tanpa kasih sayang, rasa hormat dan keselamatan yang mereka berhak terima."

"Usaha daripada SOS Children's Villages Portugal benar-benar memberi inspirasi," kata Steven, Pengarah Eksekutif Vantage Foundation. "Ia merupakan bukti apa yang mungkin dicapai apabila kita mengutamakan masa depan kanak-kanak dan memperkukuh kepentingan tindakan kolektif. Pengabaian merupakan satu krisis senyap—namun secara bersama, kita boleh membawanya keluar daripada bayang-bayang dan mencipta perubahan sebenar."

Dengan menghadapi isu pengabaian secara langsung, kita boleh membina sebuah dunia di mana setiap kanak-kanak membesar dengan kasih sayang, rasa hormat dan keselamatan.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Vantage Foundation untuk memperkasakan masyarakat rentan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SOS Children's Villages Portugal, kunjungi https://www.aldeias-sos.org/.

Latar Belakang Vantage Foundation  

Vantage Foundation ialah sebuah pertubuhan amal bebas yang dilancarkan di McLaren Technology Centre di UK pada tahun 2023. Yayasan ini bekerjasama dengan organisasi-organisasi di seluruh dunia, termasuk Grab Indonesia, iREDE Foundation di Nigeria, Teach For Malaysia dan Instituto Claret di Brazil untuk memacu inisiatif sosial yang memberi impak.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.vantage.foundation

Source: Vantage Foundation
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Mental Health Children-related news Corporate Social Responsibility Not for profit Cision Influencer List - ESG