![]() |
SCOTTSDALE, Ariz., 16 April 2025 /PRNewswire/ -- Sebuah platform yang menghubungkan pakar dalam bidang tertentu dengan wartawan, Featured.com, pada hari ini mengumumkan bahawa mereka telah mengambil alih Help A Reporter Out (HARO) daripada Cision, sebuah syarikat peneraju global dalam kecerdasan media dan penyelesaian komunikasi, yang telah memiliki HARO sejak tahun 2014.
Ditubuhkan pada tahun 2008, HARO telah menjadi alat yang dipercayai oleh wartawan untuk mencari sumber pakar, serta bagi profesional yang ingin berkongsi pandangan mereka melalui media yang diperoleh. Dengan pengambilalihan oleh Featured, HARO akan dihidupkan semula untuk membantu wartawan mencari kepakaran manusia sebenar di saat kandungan yang dijana oleh AI semakin meluas.
Mengulas tentang pengambilalihan HARO, Brett Farmiloe, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Featured berkata, "Ini merupakan masa yang tepat untuk menghidupkan semula HARO. Dengan lambakan kandungan generik hasil AI di Internet, wartawan kini lebih memerlukan sumber manusia yang dipercayai. Matlamat kami adalah untuk mengekalkan ciri-ciri yang menjadikan HARO begitu berharga, sambil menyesuaikan platform ini dengan keperluan landskap media masa kini."
HARO akan kekal menawarkan perkhidmatan percuma untuk wartawan dan sumber, dan perkara ini disokong oleh iklan dalam buletin, dan akan kembali kepada format asalnya dengan menghantar peluang harian melalui e-mel. Wartawan boleh mengemukakan pertanyaan dan menerima respons pakar yang relevan, membantu mereka menemui sumber dengan lebih cepat dan efisien. Mereka yang berminat boleh mendaftar untuk mendapatkan akses awal di www.helpareporter.com.
"Kami teruja untuk meneruskan legasi HARO dan memudahkan wartawan bagi menampilkan suara yang dipercayai dan pelbagai dalam cerita mereka," kata Farmiloe.
Dengan kebangkitan semula HARO, Featured akan menggandakan usahanya untuk membuka akses kepada ilmu pakar dan menjadikan platform ini lebih mudah dicapai oleh pihak media. Pengambilalihan ini turut disokong oleh sekumpulan pelabur, termasuk Great North Ventures.
Rob Weber, Rakan Kongsi Urusan di Great North Ventures berkata, "Kami teruja untuk menyokong Featured dalam usaha menghidupkan semula HARO. Pelaburan ini mencerminkan keyakinan kami terhadap platform berasaskan komuniti yang membina jaringan kepercayaan antara pakar dan pencipta kandungan."
Featured.com akan terus beroperasi secara bebas, dengan kedua-dua platformnya dan kebangkitan semula HARO berpaksikan kepercayaan bahawa "setiap orang ada kepakaran tersendiri."
Maklumat tentang Featured.com
Featured.com ialah sebuah platform perkongsian ilmu yang menghubungkan pakar dalam pelbagai bidang dengan penerbit ternama bagi menghasilkan kandungan berkualiti dan sedia untuk diterbitkan. Dengan komuniti melebihi 50,000 pakar dan lebih daripada 1 juta jawapan yang telah dihantar, Featured menyokong penerbitan artikel di lebih 2,500 saluran media. Dengan menjadikan ilmu pakar lebih mudah diakses oleh wartawan dan pembaca, Featured membantu membuka potensi sebenar kepakaran manusia — satu jawapan pada satu masa.
Hubungan Media:
Brett Farmiloe
brett@featured.com
602-910-1214
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2664475/Featured_Logo.jpg?p=medium600