omniture

TUMI LANCARKAN KOLEKSI EMAS EDISI TERHAD SEMPENA ULANG TAHUN KE-50

Tumi, Inc.
2025-04-25 21:00 96

Jenama ini mempersembahkan 250 unit eksklusif 19 Degree dalam warna Bullion Gold sempena sambutan ulang tahun emasnya yang bersejarah.

NEW YORK, 25 April 2025 /PRNewswire/ -- Hari ini, jenama gaya hidup dan perjalanan antarabangsa TUMI melancarkan koleksi kapsul edisi terhad bernombor yang menampilkan beg dan aksesori berlapis keemasan sempena sambutan ulang tahun emas ke-50 jenama tersebut.

TUMI 50th Anniversary Gold Collection Assortment
TUMI 50th Anniversary Gold Collection Assortment

"Kami ingin melakukan sesuatu yang benar-benar istimewa untuk ulang tahun ke-50 kami," kata Pengarah Kreatif TUMI, Victor Sanz. "Dan apa cara yang lebih sempurna untuk meraikannya selain dengan memberi sentuhan emas metalik yang berani kepada rekaan ikonik 19 Degree kami? Pelancaran edisi ultra-terhad ini adalah untuk meraikan perjalanan kami—50 tahun mendorong batas dalam reka bentuk dan kraf—dan ke mana arah tuju kami di masa hadapan. Ia adalah gabungan sempurna antara inovasi, gaya, dan perayaan."

Koleksi edisi terhad ini menampilkan empat siluet daripada koleksi ikonik 19 Degree Aluminum jenama ini—sebuah Beg Bimbit, Beg Galas Antarabangsa, Beg Perjalanan dan Minaudiere—dalam warna Bullion Gold yang memukau. Setiap bahagian berseri menampilkan cengkerang aluminium gred pesawat dengan kontur 19 Degree yang ikonik serta butiran-butirannya yang unik,- lengkap dengan tampalan kisah      ulang tahun ke-50 dan yang turut menyertakan nombor edisi uniknya. Hanya 250 unit bagi setiap siluet tersedia di seluruh dunia, menjadikan kepingan ini sebagai barang koleksi eksklusif yang diidamkan oleh peminat TUMI.

Ketersediaan

Koleksi ini akan tersedia bermula pada 9:00 AM EST pada 25 April di TUMI.com. Harga untuk edisi terhad ini bermula dari $650 hingga $1995.

Beberapa kepingan terpilih akan ditawarkan dalam kuantiti yang sangat terhad di butik-butik TUMI terpilih di Amerika Utara: Aventura Mall, Copley Place, Houston Galleria, Lenox Square, North Michigan Avenue, North Park Center, Rockefeller Center, Scottsdale Fashion Square, South Coast Plaza, Stanford Shopping Center, Tysons Galleria dan Yorkdale Shopping Center.

Gaya-gaya terpilih juga akan tersedia di butik utama dan kedai-kedai TUMI di seluruh dunia, termasuk lokasi-lokasi di Asia, Eropah dan Amerika Latin. Walaupun ketersediaan di peringkat kedai mungkin berbeza, negara-negara dan rantau-rantau yang mengambil bahagian termasuk: Tanah Besar China, Hong Kong SAR, India, Indonesia, Jepun, Korea, Macau SAR, Malaysia, Timur Tengah, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam, Perancis, Jerman, Itali, Belanda, Sepanyol, Switzerland, United Kingdom, Brazil, Mexico dan Panamá.

Maklumat Tentang TUMI
Sejak tahun 1975, TUMI telah mencipta perniagaan, perjalanan dan keperluan mewah prestasi bertaraf dunia, direka bentuk untuk menaik taraf, tidak merumitkan dan mencantikkan semua aspek kehidupan semasa sedang bergerak. Menggabungkan fungsian yang sempurna dengan semangat kepintaran, kami komited untuk memperkasa perjalanan sebagai rakan kongsi seumur hidup kepada penggerak dan pembuat dalam usaha mengejar minat mereka. Untuk maklumat lanjut tentang TUMI, sila kunjungi TUMI.com dan ikuti kami di Instagram, TikTok, Facebook dan YouTube.

Logo TUMI dan TUMI adalah tanda dagangan berdaftar Tumi, Inc. © 2025 Tumi, Inc.

Hubungan Media TUMI

Jerad Hulsejerad.hulse@tumi.com

Gambar -https://mma.prnasia.com/media2/2660577/TUMI_50th_Anniversary_Gold_Collection_Assortment.jpg?p=medium600
Logo- https://mma.prnasia.com/media2/2423872/TUMI_BLACK_Logo.jpg?p=medium600

Source: Tumi, Inc.
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services