omniture

Vantage Foundation Bekerjasama dengan Hands of Hope Laos Perkasa Belia Tunakerna Melalui Pendidikan Inklusif

Vantage Foundation
2025-05-10 02:41 100

VIENTIANE, Laos, 10 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Ramai kanak-kanak tunakerna di Laos tidak dapat hadir ke sekolah lantaran diskriminasi, kekurangan guru berkelayakan yang terlatih dalam pendidikan pekak atau bahasa isyarat dan ketidakupayaan untuk membayar yuran sekolah. Hands of Hope School for the Deaf ditubuhkan pada tahun 2010 oleh Sophaphone Heuanglith yang ingin memberikan pendidikan dan peluang kepada belia tunakerna di Laos.

Hands of Hope bertujuan untuk melengkapi pelajar ini dengan kemahiran akademik dan vokasional agar mereka dapat menyara diri sendiri dan menyumbang kepada masyarakat. Sekolah menyediakan persekitaran sokongan, memberikan mereka pendidikan percuma, perumahan, makanan dan rawatan perubatan. Dalam persekitaran pengasuhan ini, tidak ada apa jua halangan – hanya perhubungan dan penerimaan. Kanak-kanak menjalani kehidupan, belajar, makan dan membesar bersama-sama, membina bukan sahaja kemahiran bahasa bahkan rasa kekitaan, keyakinan dan hubungan sosial.

Vantage Foundation Partners with Hands of Hope Laos to Empower Deaf Youth Through Inclusive Education
Vantage Foundation Partners with Hands of Hope Laos to Empower Deaf Youth Through Inclusive Education

Vantage Foundation bertemu Sophaphone Heuanglith, Pengasas Hands of Hope Laos untuk membincangkan komitmen organisasi ini dalam menyokong dan memupuk kanak-kanak ini yang mengalami diskriminasi daripada masyarakat. Mengiktiraf tugas bermakna yang telah diusahakan oleh Hands of Hope Laos, Vantage Foundation berharap dapat membantu meningkatkan kesedaran tentang keperluan dan potensi kanak-kanak tunakerna, mencipta peluang yang inklusif bagi membantu menyokong komuniti tunakerna.

"Setiap kanak-kanak berhak mendapat perhatian, didengari dan merasa diri dihargai," kata Sophaphone Heuanglith, Pengasas Hands of Hope Laos. "Di sekolah kami, kami bukan sekadar mengajar bahasa – kami membantu pelajar kami menemui suara mereka, keyakinan mereka dan tempat mereka di dunia ini."

"Hands of Hope mewakili jenis impak yang kami sasarkan untuk memberi sokongan melalui Vantage Foundation," tambah Steven Xie, Pengarah Eksekutif Vantage Foundation. "Kami berbangga dapat berdiri di samping Sophaphone dan pasukannya untuk membantu memecahkan halangan dan mencipta peluang yang berkekalan untuk kanak-kanak ini."

Kolaborasi ini mencerminkan misi berterusan Vantage Foundation untuk memperjuangkan inisiatif inklusif yang meningkatkan kehidupan masyarakat yang terabai. Dengan melabur dalam pendidikan dan pemerkasaan, kami berharap dapat mencipta masa depan yang lebih saksama – di mana setiap kanak-kanak, tanpa mengira kemampuan, berpeluang untuk mencapai kejayaan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Hands of Hope Laos, kunjungi https://www.facebook.com/HOHlao/.

Latar Belakang Vantage Foundation 

Vantage Foundation ialah sebuah pertubuhan amal bebas yang dilancarkan di McLaren Technology Centre di UK pada tahun 2023. Yayasan ini bekerjasama dengan organisasi-organisasi di seluruh dunia, termasuk Grab Indonesia, iREDE Foundation di Nigeria, Teach For Malaysia dan Instituto Claret di Brazil untuk memacu inisiatif sosial yang memberi impak.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.vantage.foundation

 

Source: Vantage Foundation
Keywords: Banking/Financial Service Education Children-related news Corporate Social Responsibility Handicapped/Disabled Not for profit Financial Technology DEI Page Cision Influencer List - ESG