omniture

Bakery China 2025 Dijadualkan Dibuka di Shanghai: Mencetuskan Trend Bakeri Global

Bakery China
2025-05-14 09:30 93

SHANGHAI, 14 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Bakery China 2025, platform yang terkemuka di dunia untuk inovasi dan perdagangan dalam industri bakeri dan konfeksioneri akan berlangsung pada 19–22 Mei di NECC, Shanghai. Anjuran bersama oleh Persatuan Industri Bakeri dan Konfeksioneri China (CABCI) dan Bakery China Exhibitions Co., Ltd., pameran pada tahun ini—"Memperkasakan Inovasi, Merapatkan Dunia, Membina Masa Depan"—meliputi keluasan 320,000 meter persegi, membawakan lebih 2,200 peserta pameran dari lebih 30 negara dan menjangkakan 400,000 lawatan profesional. Para hadirin akan dapat meninjau beribu-ribu produk, termasuk lebih 1,000 pelancaran baharu dan menyaksikan potensi besar dalam pasaran bakeri China yang berkembang pesat.

Pada tahun 2023, pasaran bakeri runcit China mencecah 561.42 bilion RMB, menandakan pertumbuhan 9.2% tahun ke tahun. Menjelang tahun 2029, pasaran ini diunjurkan berkembang kepada 859.56 bilion RMB.

Skala Tiada Tandingan dan Liputan Rantaian Industri Penuh

Sebagai pameran perdagangan bakeri konfeksioneri terbesar di peringkat global, Bakery China 2025 akan meliputi 12 dewan di NECC. Acara ini merangkumi seluruh rantaian nilai — bermula daripada bahan mentah dan peralatan hinggalah pembungkusan, kopi, kudapan dan banyak lagi.

Zon khusus akan menonjolkan tema-tema utama seperti:

  • Bakeri Prabuat
  • Trend Bakeri Cina
  • Reroti Sihat
  • Runcit
  • Jenama Persendirian
  • Operasi Francais & Rantaian
  • Jalur dan Jalan
  • Kelestarian

Susun atur yang komprehensif ini memastikan platform semua-dalam-satu untuk perolehan, rangkaian perniagaan dan pembelajaran profesional.

Inovasi Menjadi Teras: Penetap Trend dalam Industri

Inovasi memacu pengaruh Bakery China. Acara 2025 akan menampilkan pelancaran produk termaju dari segi ramuan, peralatan dan pembungkusan. Ceramah Inovasi Bakery China khususnya akan mendedahkan cerapan industri utama dan laporan trend.

Kesihatan dan teknologi akan menjadi tumpuan utama dengan:

  • Rerotian rendah gula, probiotik dan fungsian yang diilhamkan oleh konsep homologi makanan & perubatan — menampilkan ramuan seperti ginseng dan beri goji dalam roti sourdough, berserta penyelesaian berasaskan enzim "tanpa gula tambahan".
  • Ekosistem pembuatan pintar muncul buat julung kalinya, menggabungkan peralatan pintar, pengurusan pemakanan digital dan penyelesaian karbon sifar bersih

Hab Global Menghubungkan Sumber Seluruh Dunia

Lebih 20% daripada peserta pameran akan tiba daripada pasaran antarabangsa di luar China. 'Koridor Bakeri Jalur dan Jalan' yang unik akan menonjolkan gabungan yang beraneka antara tradisi bakeri global dan lakuran budaya.

Perkhidmatan perdagangan yang dipertingkat termasuk:

  • Pemadanan perniagaan berbilang bahasa
  • Perundingan logistik & kastam rentas sempadan
  • Program pembeli antarabangsa tersuai

Suatu Perayaan Bakat dan Kreativiti

Bakery China 2025 akan menganjurkan pertandingan yang berprestij, seperti Top Patissier of Asia 2025. Lebih 100 acara imersif—termasuk Pemilihan Pasukan China Pertandingan Roti Dunia dan Festival Bakeri Sihat—menjanjikan pengalaman yang meriah seakan-akan sebuah festival.

Laluan jelajah dipilih susun akan menawarkan penerokaan mendalam tentang:

  • Pembuatan Pintar
  • Pastri Cina Perindustrian
  • Inovasi Reroti Sihat

Pemadanan Jitu dan Pemerkasaan Digital

Pembeli peringkat teratas daripada rantaian runcit, pasar raya, platform e-dagang akan berhubung dengan pembekal melalui perkhidmatan pemadanan yang tepat, disokong oleh pasukan berbilang bahasa.

iBakeryChina akan mengintegrasikan lebih 4,000 peserta pameran dan lebih 500,000 pengguna, menawarkan pengalaman dalam-talian-luar-talian yang lancar.

Bakery China bermatlamat untuk menjadi hab super bagi industri reroti global, mempromosikan produk, teknologi dan penyelesaian baharu. Ia memupuk hubungan yang efisien merentas rantaian bekalan, mendayakan pembangunan yang berkualiti tinggi melalui sumbang saran global mengenai masa depan reroti.

 

Source: Bakery China
Keywords: Food/Beverages Retail New products/services Trade show news Future Events General Manufacturing