HONG KONG, 15 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Bersiap sedia sempena Campaign360 2025 pada 27-28 Mei di Marina Bay Sands yang ikonik di Singapura! Tahun ini, Campaign Asia-Pacific, dimiliki oleh Haymarket Media Limited, meningkatkan pemasaran jenama dengan Pentas Teaterdiperluas, di samping Pentas Utama kami untuk lebih 400 Ketua Pegawai Pemasaran — lantas menjadikan acara ini sebagai perhimpunan ulung bagi lebih800 pemasar jenama di Asia!
Pentas Teater kami membawa tenaga yang bersemangat dan pandangan ke hadapan:
Terokai kemajuan rintis dalam teknologi pemasaran bersama peneraju industri seperti Edelweiss Life insurance, Kobe, Meltwater, Menarini Asia-Pacific, Mondelez, Ocean Network Express, Rewardz, Trip.com dan The Medical City South Luzon. Ketahui bagaimana AI dan automasi mentransformasikan strategi, memacu pertumbuhan yang mampan dan meningkatkan pengalaman pelanggan. Para hadirin akan mengambil bahagian dalam perbincangan interaktif dan kajian kes yang mengetengahkan aplikasi dunia sebenar bagi alatan dan teknologi terkini.
Selami kuasa transformatif pemasaran pengalaman. Dengarkan daripada jenama-jenama seperti DigiSalad, Kopi Kenangan, H&M, Mazda, Samsung Electronics America, Plaza Premium Group, RBI, Shein dan TLC tentang menjalin hubungan bersama pengguna yang tidak dapat dilupakan. Pentas ini akan membawakan bengkel praktikal dan pameran kreatif yang membolehkan para peserta mempercambah idea inovatif yang sesuai dengan pengguna masa kini. Para hadirin akan meninggalkan pentas serba lengkap dengan strategi yang boleh diambil tindakan bagi meningkatkan pengalaman jenama mereka.
Kami teruja untuk mengalu-alukan Eric Sim sebagai penceramah ucaptama kedua kami di Pentas Utama! Seorang pemimpin pemikiran global dan individu hebat LinkedIn dengan 2.8 juta pengikut di LinkedIn, Eric memberi inspirasi kepada ahli profesional yang tidak terkira banyaknya dengan pandangannya mengenai pembangunan kerjaya dan penjenamaan peribadi. Buku terlarisnya, "Small Actions: Leading Your Career to Big Success", menekankan kuasa tindakan yang kecil dan konsisten dalam mencapai matlamat profesional. Menerusi perjalanan yang memberi inspirasi daripada penjaja makanan jalanan kepada Pengarah Urusan di UBS Investment Bank, Eric menarik minat khalayak di seluruh dunia. Dalam ucaptamanya, "Forget Your Job Title! Build a Brand That Outlasts Any Employer" ("Lupakan Jawatan Anda! Bina Jenama Yang Bertahan Lebih Lama Daripada Mana-mana Majikan"), beliau akan mencabar anda untuk memikirkan semula identiti profesional anda dan menyerlahkan potensi sebenar anda.
Jangan ketinggalan mengikuti Pentas Utama kami, di mana lebih daripada 400 Ketua Pegawai Pemasaran akan terlibat dalam perbincangan peringkat tinggi yang dikhususkan untuk pemimpin kanan. Inilah peluang anda untuk berinteraksi dengan eksekutif tertinggi dan mendapatkan pandangan strategik yang memacu kejayaan dalam landskap pemasaran yang bergerak pantas hari ini.
Campaign360 bukan hanya tentang sesi, ia mengenai perhubungan! Nikmati rangkaian tanpa had di tingkat pameran, membawakan lebih 40 reruai yang mempamerkan teknologi marcom (komunikasi pemasaran) yang terkini. Berinteraksi dengan pemimpin industri dan temui alatan yang akan membentuk masa depan pemasaran.
Campaign360 2025 berjanji untuk menjadi perhimpunan ulung bagi lebih 800 pemasar jenama di APAC. Jangan lepaskan peluang anda untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman transformatif ini!
Pendaftaran kini dibuka! Pemasar jenama, dapatkan pas percuma anda di https://bit.ly/4jBOqHW.
Kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa PR Newswire telahpun dilantik sebagai rakan media rasmi Campaign360.
Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Danika Wong
danika.wong@haymarket.asia
Pengurus Kanan Pemasaran
Haymarket Media Limited
Latar Belakang Campaign Asia-Pacific
Campaign Asia-Pacific terus memberikan pandangan yang tiada tandingan tentang idea, kerja dan personaliti yang membentuk industri pemasaran-komunikasi. Dengan memupuk dialog yang terbuka, jujur serta mempamerkan inovasi yang mengubah keadaan, platform ini kekal sebagai sumber yang amat diperlukan untuk ahli profesional pemasaran di seluruh dunia.
www.campaignasia.com
Latar Belakang Haymarket Media Limited
Menerusi lebih 70 jenama yang utama di pasaran dan bertapak di pasaran utama seperti UK, AS, Hong Kong, Singapura dan India, Haymarket Media Group, syarikat induk Campaign Asia-Pacific, mengkhusus untuk menyampaikan kandungan dan pengalaman pakar yang menghubungkan orang ramai dan komuniti di seluruh dunia. Campaign360 2025 menjanjikan sebuah acara penting, menyediakan pentas untuk masa depan pemasaran di Asia-Pasifik dan selanjutnya.