omniture

Vantage Berkongsi Matlamat Pasaran Strategik di Forex Trader Summit Dubai 2025

Vantage
2025-05-15 16:34 97

PORT VILA, Vanuatu, 15 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Vantage Marketsbangga untuk  mengumumkan penyertaannya dalam Forex Trader Summit Dubai 2025 yang akan datang, berlangsung mulai 14–15 Mei di Dubai Festival Arena. Sebagai peneraju global dalam perdagangan berbilang aset, Vantage akan mengadakan pameran di Reruai No. 4, memaparkan penyelesaian dan pandangan termajunya di hadapan khalayak yang terdiri daripada peneraju industri, pelabur institusi, pedagang runcit dan penginovasi teknologi kewangan (fintech).

Vantage to Share Strategic Market Insights at Forex Trader Summit Dubai 2025
Vantage to Share Strategic Market Insights at Forex Trader Summit Dubai 2025

Acara ini berperanan sebagai platform untuk komuniti kewangan rantau ini bertukar-tukar idea, meneroka perkongsian baharu dan kekal berada di hadapan keluk dalam landskap pasaran yang berkembang pesat hari ini. Vantage akan berucap di atas pentas melalui beberapa siri pembentangan ucaptama dan perbincangan panel yang merangsang fikiran.

Pada 14 Mei, Nibal Abu Assaly, Pengurus Pembangunan Perniagaan di Vantage, akan menyertai perbincangan panel bagi meneroka kuasa makroekonomi yang membentuk persekitaran kewangan hari ini. Sesi ini akan menyelami bagaimana perubahan kadar faedah mempengaruhi perbelanjaan pengguna, memberi penjelasan tentang kesan riak daripada keputusan bank pusat ke atas tingkah laku isi rumah dan aktiviti ekonomi yang lebih luas. Di samping itu, ahli-ahli panel akan menumpukan pada strategi yang boleh digunakan oleh negara-negara untuk memerangi inflasi yang tinggi, diambil daripada kajian kes global dan alat dasar untuk memberikan pandangan yang komprehensif tentang pengurusan inflasi. Diikuti oleh Souhail Fadlallah, Pengurus Pembangunan Perniagaan di Vantage yang akan menyampaikan sesi ucaptama yang bertajuk: "Mengemudi Cabaran: Perspektif tentang Pengurusan Risiko Strategik dalam Pasaran Tidak Menentu." Beliau akan berkongsi rangka kerja praktikal dan pandangan pakar tentang bagaimana pedagang dan institusi dapat kekal bingkas di tengah-tengah ketidaktentuan global dan turun naik pasaran yang sedang berlaku.

Pada 15 Mei, Souhail Fadlallah akan menyertai panel yang berpandangan jauh untuk memfokuskan pada daya saing brokeraj pada tahun 2025. Perbincangan ini akan meneliti elemen utama yang menjadikan platform brokeraj menarik kepada pedagang baharu, termasuk kepentingan antara muka mesra pengguna, alatan pendidikan dan ketersampaian pasaran. Sesi ini juga akan meninjau bagaimana spread, kelajuan pelaksanaan dan keandalan platform memainkan peranan penting dalam pengekalan pelanggan, terutamanya dalam landskap pasaran yang semakin sesak dan didorong oleh prestasi. Diikuti oleh Nibal Abu Assaly, yang akan naik ke pentas dengan ucaptama yang bertajuk: "Pandangan Institusi: Memahami Bagaimana Penggiat Utama Mengemudi Pasaran Forex." Sesi ini akan menyelami strategi yang digunakan oleh institusi-institusi kewangan besar bagi mengurus kecairan, menjangkakan risiko dan mencapai penyesuaian dengan anjakan kawal selia dan ekonomi.

Penyertaan Vantage akan menampilkan ramai pakar industri dan berfungsi sebagai forum terbuka bagi menjawab beberapa persoalan yang paling mendesak dalam pasaran kewangan global hari ini.

"Acara-acara seperti Forex Trader Summit Dubai amat penting untuk berkongsi pandangan dan membina hubungan yang lebih kukuh dalam ekosistem perdagangan," kata Souhail Fadlallah, Pengurus Pembangunan Perniagaan di Vantage. "Kami teruja untuk memanfaatkan kepakaran kami dan berinteraksi dengan komuniti kewangan yang lebih luas di rantau ini."

Sepanjang sidang kemuncak selama dua hari itu, pasukan Vantage akan berada di Reruai No. 4 untuk berinteraksi dengan pelanggan, rakan kongsi dan bakal pedagang. Para hadirin diundang untuk meninjau platform perdagangan syarikat ini yang memenangi anugerah, mempelajari tentang penawaran produk terkininya dan mengetahui bagaimana Vantage terus mendahului dalam ketelusan, prestasi dan inovasi berpusatkan pelanggan.

Latar Belakang Vantage 

Vantage Markets (atau Vantage) ialah broker CFD berbilang aset yang menawarkan pelanggan akses perkhidmatan yang tangkas dan berkuasa bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD), termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.

Dengan pengalaman pasaran selama lebih 15 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan ekosistem perdagangan yang dipercayai, aplikasi perdagangan mudah alih yang memenangi anugerah dan platform perdagangan mesra pengguna yang memperkasakan pelanggan untuk merebut peluang perdagangan. Muat turun Vantage App pada App Store atau Google Play.

berdagang lebih bijak @vantage 

AMARAN RISIKO : CFD ialah instrumen yang kompleks dan membawa risiko tinggi mengalami kerugian wang dengan cepat lantaran leveraj. Pastikan anda memahami risiko sebelum berdagang.

Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak terdapat nasihat kewangan, tawaran atau rayuan bagi apa-apa produk atau perkhidmatan kewangan. Kandungan ini bukan bertujuan untuk penduduk di mana-mana bidang kuasa di mana pengedaran atau penggunaan sedemikian akan bertentangan dengan undang-undang atau peraturan tempatan. Pembaca dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat profesional bebas sebelum membuat apa-apa keputusan pelaburan atau kewangan. Apa-apa pergantungan yang anda letakkan pada maklumat yang dibentangkan adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Trade show news Financial Technology