SINGAPURA, 20 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Hari ini MetaOptics mengumumkan pelancaran Penguji Metalens Automatik baharunya, sistem termaju yang dibangunkan dengan kerjasama Elsoft Research Bhd (KLSE:0090.KL), pengilang peralatan pengujian untuk jenama-jenama teknologi global terkemuka. Penguji ini menandakan penambahan penting kepada aliran proses pengeluaran MetaOptics kerana ia meningkatkan pengeluaran volum optik generasi seterusnya.
Dibina khas untuk wafer metalens berasaskan kaca 12-inci MetaOptics yang berfungsi dalam panjang gelombang tampak, sistem ini mengautomasikan langkah-langkah ujian kritikal termasuk kecekapan optik dan polarisasi bersandar panjang gelombang dan kualiti fokus. Ia menyokong rangkaian pengujian yang luas, dengan medan pandangan 360° x 120° dan untuk jarak kerja daripada beberapa sentimeter hingga infiniti. Kefungsian pilih-dan-letak bersepadu mengupayakan pengendalian yang tepat bagi setiap acuan daripada wafer dipotong dadu 12-inci. Ini dapat memperkemas pengujian, mengupayakan pengebinan berdasarkan prestasi optik dan memudahkan pengisihan ke dalam dulang JEDEC yang berbeza untuk metalens yang bagus dan yang rosak.
"Penguji Metalens Automatik kami menandakan satu langkah penting ke hadapan dalam meningkatkan keupayaan pengeluaran kami," kata Mark Thng, Ketua Pegawai Eksekutif MetaOptics Technologies. "Dengan menggabungkan pengesahan prestasi yang ketat dengan pengendalian dan pengkategorian automatik, kami melabur dalam keupayaan jaminan kualiti yang diharapkan oleh pelanggan ketika mereka membuat persediaan untuk peranti optik generasi seterusnya."
Sistem ini meningkatkan daya pemprosesan, ketekalan pengukuran dan kebolehkesanan merentas faktor-faktor kritikal barisan pembuatan â€" untuk menyokong pengeluaran volum tinggi dengan standard keandalan yang dituntut oleh jenama-jenama teknologi global yang terkemuka.
Susulan kemunculan sulung teknologi metalens rintisnya di CES 2025, MetaOptics tetap memberi tumpuan untuk menterjemahkan inovasi kepada penyelesaian boleh kilang untuk aplikasi mudah alih, realiti terimbuh dan aplikasi dipacu kejituan yang lain.
Penguji Metalens Automatik akan sedia digunakan pada S4 2025.
Latar Belakang MetaOptics Inc.
MetaOptics Inc. ialah syarikat optik semikonduktor termaju yang merintis penyelesaian metalens berasaskan kaca yang ditingkatkan oleh pemprosesan imej dipacu AI. Dengan menggunakan reka bentuk optik termaju dan proses litografi DUV 12-inci boleh skala, ia memperkasakan kepada aplikasi generasi seterusnya dalam pasaran mudah alih, AR VR, automotif dan pasaran baru muncul yang lain. Beribu pejabat di Singapura, MetaOptics menyasarkan untuk menyampaikan optik berprestasi tinggi dengan keandalan dan kebolehskalaan yang dituntut oleh jenama-jenama teknologi yang paling inovatif hari ini.
Latar Belakang Elsoft Research Bhd
Elsoft Research Bhd (KLSE:0090), sebuah syarikat yang berpangkalan di Pulau Pinang, Malaysia, mengkhusus dalam reka bentuk dan pembuatan penyelesaian pengujian dan pengukuran automatik berkejituan tinggi. Ia menyokong beberapa syarikat elektronik pengguna dan semikonduktor yang terkemuka di dunia, dengan kepakaran terbukti dalam platform pengujian dengan daya pemprosesan tinggi yang membantu pelanggan mencapai standard kualiti dan prestasi yang ketat secara meluas.
Untuk pertanyaan media, sila hubungi: ir@metaoptics.sg