HEFEI, China, 21 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Mulai 16 hingga 17 Mei, Gotion mengadakan Persidangan Teknologi Global 2025, di mana ia memperkenalkan enam produk tenaga baharu. Barisan produk ini termasuk bateri semua-keadaan-pepejal GEMSTONE yang telahpun memasuki fasa prapengeluaran, bateri keadaan-separa-pepejal G-Yuan dengan jarak 1,000 kilometer, bateri G-Series yang direka untuk kegunaan 12 tahun, sistem storan tenaga 20MWj yang pertama di dunia dan sebagainya.
Konstantin Novoselov, Pemenang Nobel 2010 dalam Fizik dan Profesor di University of Manchester turut hadir, lantas menonjolkan peranan utama Gotion dalam industri bateri global. Sependapat dalam hal ini, Olaf Korzinovski, Naib Presiden Eksekutif Volkswagen Group China, menekankan perkongsian strategik mereka dan menyeru satu pakatan yang bersedia untuk mentakrifkan semula penanda aras industri.
Bateri Semua-Keadaan-Pepejal GEMSTONE: melengkapkan barisan perintis 0.2GWj pertama
Dilancarkan pada tahun 2024, bateri semua-keadaan-pepejal GEMSTONE daripada Gotion kini menggapai suatu pencapaian dengan melengkapkan barisan pengeluaran perintis 0.2GWj, dengan kadar hasil 90%. Lelaran 2025 menunjukkan peningkatan sebanyak 60% dalam kekonduksian ion elektrolit sulfida, kapasiti sel 150% lebih tinggi dan pengurangan 90% daya prategangan tekanan tindanan. Keselamatannya disahkan melalui ujian seperti penembusan paku, ujian hancur, ujian kestabilan terma dan lain-lain. Selain itu, ujian jalan telahpun dimulakan.
Bateri Keadaan-Separa-Pepejal G-Yuan: menawarkan Jarak 1,000 km dengan keselamatan komprehensif
Bateri G-Yuan memberikan ketumpatan tenaga 300Wj/kg, mengupayakan jarak EV melebihi 1,000 kilometer. Teknologi antara muka pepejal-pejal adaptif proprietarinya memastikan pengangkutan ion yang stabil manakala keupayaan bertahan daripada ujian penembusan paku keluli 3mm mengesahkan tahap keselamatan yang luar biasa. Wajar dinyatakan bahawa barisan pengeluaran 12GWj kini sedang dibangunkan, dengan kenderaan prototaip sudahpun melebihi 10,000 km dalam ujian jalan.
Bateri G-series: Pek Tunggal 116kWj menyokong pengecasan ultra-pantas tahap megawatt
Sebagai kotak standard berkapasiti tinggi 116kWj yang pertama di dunia untuk trak tugas berat, ia mempunyai ketumpatan tenaga 175Wj/kg, seterusnya menyokong pengecasan ultra-pantas tahap megawatt dan julat kawalan suhu -40°C hingga 65°C. Dengan "pereputan sifar" perintis, ia menawarkan pereputan kapasiti sifar dalam 3,000 kitaran pertama dan kehilangan tenaga sifar sepanjang 1.2 juta kilometer pemanduan dan hayat kitaran ultra-panjang selama 12 tahun atau 10,000 kitaran.
BESS 20MWj Grid Q: Kapasiti Peneraju Global dengan pendinginan hibrid dan O&M AI
Ia mencapai kapasiti 20MWj seunit yang tidak pernah berlaku sebelum ini, disokong oleh hayat reka bentuk selama 25 tahun. Reka bentuk modular menjimatkan ruang dan memberikan kapasiti tinggi manakala pendinginan Air+Cecair membawakan pengurusan terma yang cekap. Sistem ini dilengkapi dengan rangka kerja perlindungan keselamatan tujuh peringkat bagi meningkatkan keandalan dalam keadaan yang melampau. Dengan memanfaatkan teknologi AI-O&M, ia dapat memastikan prestasi yang optimum.
Bateri Gen-2 Astroinno: LMFP Pertama di dunia yang menyokong pengecasan ultra-pantas
Bateri LMFP yang dinaik taraf merealisasikan pengecasan ultra-pantas selama 10 minit, ketumpatan tenaga 240Wj/kg dan penahanan kapasiti cuaca-sejuk 93% pada suhu -20°C. Bateri ini lulus ujian larian terma pada peringkat PACK, mencapai "perambatan terma sifar." Ia memenuhi keperluan jarak 850 km untuk BEV dan 1,500+ km untuk REEV.
Axtrem: Ejen AI Industri merevolusikan pembuatan bateri
Axtrem membawakan sistem pintar dipacu AI yang berupaya dalam pembelajaran berautonomi, lelaran dan pertumbuhan. Penyelesaian ini mengoptimumkan hasil produk, kecekapan pengeluaran dan kawalan kos. Justeru itu, ia membantu memfokuskan pada tugas utama, seterusnya meningkatkan inovasi.