![]() |
GENEVA, 26 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Edan Instruments, Inc. (300206.SZ), sebuah syarikat peranti perubatan global yang terkemuka, mengambil bahagian dalam Simposium Satelit 2025 Geneva Health Forum (GHF), diadakan sebagai sebuah acara sampingan Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA). Bertajuk "Inovasi Teknologi Perubatan China dan Pelaksanaannya untuk Kesihatan Global," acara ini berlangsung pada 20 Mei di Geneva dan dianjurkan secara bersama oleh Tsinghua University dan Université de Genève. Ia menghimpunkan penginovasi, penggubal dasar dan rakan kongsi pembangunan untuk meneroka bagaimana teknologi perubatan China memajukan penjagaan kesihatan yang saksama, terutamanya di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana (LMIC).
Panelists at the Satellite Symposium on China’s Medical Technology Innovation and Its Implementation for Global Health, held during a World Health Assembly side event in Geneva, May 2025. From left to right: Min Yang, Senior Program Officer, Gates Foundation (Facilitator); Mitoha Ondo’o Ayekaba, Ministry of Health and Social Welfare, Equatorial Guinea; Ira Ovesen, Deputy Representative, UNFPA China; Ye Xu, Senior Health Advisor, Asian Development Bank; and Xicheng Xie, Co-Founder, Edan Instruments, Inc.
Mewakili EDAN, Pengasas Bersama En. Xicheng Xie menyampaikan ucaptama yang berkongsi pengalaman syarikat dalam menyediakan inovasi yang boleh dicapai kepada komuniti yang terabai. "Inovasi sebenar bukan sekadar mengenai teknologi canggih — ia mengenai membawakan penyelesaian yang betul kepada mereka yang paling memerlukannya," kata En. Xie, sambil mengimbau perjalanan syarikat selama tiga dekad dan erti inovasi yang semakin berkembang.
Dalam semangat itu, En. Xie mengetengahkan usaha EDAN untuk membangunkan teknologi perubatan yang boleh dicapai, praktikal dan memberi impak dalam persekitaran dunia sebenar. Beliau berkongsi perincian mengenai inisiatif berterusan menggunakan sistem ultrabunyi diagnostik pegang Nano Series EDAN bagi menyokong penjagaan pranatal asas dalam persekitaran terhad sumber. Projek ini memfokuskan untuk memperlengkapkan petugas penjagaan kesihatan primer dengan alatan untuk pemeriksaan awal dan rujukan tepat pada masanya untuk kehamilan berisiko. Beliau turut menyebut teknologi lain yang memberi impak, termasuk doppler fetus bersaiz tapak tangan, algoritma pintar IQ EDAN dan platform web ECG pintarnya — setiap satu direka untuk merapatkan jurang infrastruktur dan mengurangkan pergantungan kepada kakitangan perubatan yang tidak mencukupi.
Dengan kehadiran sejak dahulu lagi dalam pasaran tercanggih dan terhad sumber, EDAN membina jejak yang benar-benar bersifat global – dari Eropah hinggalah Afrika. Bagi mengukuhkan penglibatan setempat dan memastikan perkhidmatan yang lebih responsif, ia menubuhkan 22 subsidiari di seluruh dunia. Sokongan setempat ini, digabungkan dengan komitmen terhadap maklum balas barisan hadapan, memacu penambahbaikan produk yang berterusan dan impak yang bermakna.
EDAN juga terlibat secara aktif dalam pelbagai projek bermakna merentas LMIC, bekerjasama dengan NGO, agensi kesihatan awam dan rakan kongsi pembangunan. Ini termasuk inisiatif kesihatan ibu dan penjagaan wanita di Afrika Selatan, penggunaan diagnostik mudah alih di Afrika Barat dan program pemeriksaan ultrabunyi di Amerika Latin. Setiap tahun, hampir 1,000 peranti ultrabunyi digunakan di peringkat global melalui program yang diterajui NGO. Perkongsian ini bukan sahaja meluaskan capaian kepada penjagaan penting tetapi juga membantu membina kapasiti tempatan melalui latihan dan sokongan.
"Di EDAN, kami percaya dalam membawa inovasi dan nilai secara bersama untuk menambah baik keadaan manusia," simpul Xie. "Misi berkenaan merupakan teras bagi segala-gala yang kami lakukan — bermula daripada reka bentuk produk hinggalah perkongsian global."
Tatkala EDAN meraikan ulang tahunnya yang ke-30 pada tahun 2025, syarikat ini tetap teguh dalam misinya untuk menyampaikan inovasi yang penting — terutamanya untuk mereka yang paling memerlukannya.
Latar Belakang Edan Instruments, Inc.
EDAN berdedikasi untuk menambah baik keadaan manusia di seluruh dunia dengan menyediakan produk dan perkhidmatan perubatan dipacu nilai, inovatif dan berkualiti tinggi, mempelopori barisan penyelesaian perubatan komprehensif yang menumpukan kepada pelbagai amalan penjagaan kesihatan termasuk Pemantauan Pesakit, ECG Diagnostik, OB/GYN, Pengimejan Ultrabunyi, Pengujian Tempat Rawatan, Diagnostik In-Vitro dan Penjagaan Haiwan.