omniture

Vantage Memenangi "Platform Perdagangan Dalam Talian Terbaik APAC" di Global Business Magazine Awards 2025

Vantage
2025-05-30 11:55 83

PORT VILA, Vanuatu, 29 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Vantage Markets, broker berbilang aset yang terkemuka, dianugerahkan "Platform Perdagangan Dalam Talian Terbaik APAC" di Global Business Magazine Awards 2025 yang berprestij. Pengiktirafan ini menonjolkan komitmen Vantage untuk menyampaikan penyelesaian perdagangan termaju, alatan kewangan yang inovatif dan perkhidmatan pelanggan yang luar biasa kepada pedagang.

Vantage Wins "Best Online Trading Platform APAC" at the Global Business Magazine Awards 2025
Vantage Wins "Best Online Trading Platform APAC" at the Global Business Magazine Awards 2025

Global Business Magazine Awards meraikan penginovasi perniagaan, pengganggu pasaran dan peneraju industri di seluruh dunia. Dianjurkan oleh Global Business Magazine LLC, anugerah ini memberi penghormatan kepada syarikat-syarikat B2B dan B2C berprestasi tinggi yang menunjukkan kecemerlangan dalam perkhidmatan pelanggan dan inovasi pasaran. Proses pemilihan adalah berasaskan merit sepenuhnya bagi memastikan pemenang diiktiraf semata-mata atas kecemerlangan dan impak mereka dalam industri masing-masing.

Marc Despallieres, Ketua Pegawai Eksekutif Vantage Markets, mengulas mengenai pencapaian ini: "Kami berbesar hati menerima anugerah berprestij ini yang mencerminkan tumpuan kami yang tidak henti-henti untuk memperkasakan pedagang dengan pengalaman perdagangan yang lancar, selamat dan maju dari segi teknologi. Di Vantage, kami sentiasa berusaha untuk menerobos sempadan inovasi sekali gus mengekalkan pendekatan mengutamakan pelanggan kami. Pengiktirafan ini merupakan bukti kerja keras pasukan kami dan kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan kami."

Memandangkan industri pembrokeran berkembang dengan pesat, Vantage membuat perbezaan melalui platform mesra pengguna, harga yang kompetitif, langkah-langkah keselamatan yang teguh dan sumber pendidikan yang dapat memenuhi keperluan pedagang pemula dan juga pedagang mahir. Memenangi anugerah ini dapat memperkukuh kedudukan Vantage sebagai peneraju yang dipercayai dalam pasaran kewangan.

Kunjungi laman web Vantage Markets untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan Vantage yang memenangi anugerah dan inisiatif akan datang.

Latar Belakang Global Business Magazine Awards

Global Business Magazine Awards mengiktiraf kecemerlangan dalam pelbagai industri, bermula daripada teknologi kewangan (fintech) dan blok rantai hinggalah brokeraj dan seterusnya. Anugerah ini menonjolkan organisasi-organisasi yang memacu gangguan pasaran dan dalam masa yang sama memberikan nilai yang cemerlang kepada pelanggan. Proses pemilihan tidak mengenakan bayaran, lantas memastikan keraian yang tidak berat sebelah terhadap peneraju industri yang sebenar.

Latar Belakang Vantage 

Vantage Markets (atau Vantage) ialah broker CFD berbilang aset yang menawarkan pelanggan akses perkhidmatan yang tangkas dan berkuasa bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD), termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.   

Dengan pengalaman pasaran selama lebih 15 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan platform perdagangan yang andal, aplikasi perdagangan mudah alih yang memenangi anugerah dan platform perdagangan mesra pengguna yang menyediakan pelanggan akses kepada peluang perdagangan.

berdagang lebih bijak @vantage 

AMARAN RISIKO: CFD ialah instrumen kompleks dan membawa risiko tinggi mengalami kerugian wang dengan cepat lantaran leveraj. Pastikan anda memahami risiko sebelum berdagang.

Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak terdapat nasihat kewangan, tawaran atau rayuan bagi apa-apa produk atau perkhidmatan kewangan. Kandungan ini bukan bertujuan untuk penduduk di mana-mana bidang kuasa di mana pengedaran atau penggunaan sedemikian akan bertentangan dengan undang-undang atau peraturan tempatan. Pembaca dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat profesional bebas sebelum membuat apa-apa keputusan pelaburan atau kewangan. Apa-apa pergantungan yang anda letakkan pada maklumat yang dibentangkan adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Mobile Entertainment Publishing/Information Service Awards Financial Technology