omniture

Dynatrace Menobatkan DXC Sebagai Rakan Kongsi Global Terbaik Tahun Ini

DXC Technology Company
2025-05-31 00:07 150

ASHBURN, Va., 31 Mei 2025 /PRNewswire/ -- DXC Technology, penyedia perkhidmatan teknologi global Fortune 500 yang terkemuka, pada hari ini mengumumkan bahawa syarikat itu telah dinobatkan sebagai Rakan Kongsi Global Terbaik Tahun Ini semasa acara Pelancaran Dynatrace Menguatkan Jualan Rakan Kongsi. Anugerah tersebut mengiktiraf kerjasama strategik 15 tahun DXC dengan Dynatrace—ditunjukkan dengan hasil kepakaran teknikal, pelaburan strategik dan transformatif yang mendalam untuk pelanggan perusahaan di seluruh dunia. 

Dynatrace Names DXC Global Partner of the Year
Dynatrace Names DXC Global Partner of the Year

Anugerah Rakan Kongsi Global Terbaik Tahun Ini mengiktiraf organisasi yang mempamerkan inovasi luar biasa dan memacu penerimagunaan pasaran untuk penyelesaian Dynatrace. DXC memperoleh pengiktirafan unik ini kerana keupayaan syarikat itu memanfaatkan penyelesaian berinovatif daripada Dynatrace untuk memupuk pertumbuhan dan kejayaan, secara konsisten melebihi jangkaan dan menangani keperluan perusahaan yang semakin berkembang.  DXC juga diiktiraf kerana menerajui penubuhan unit perniagaan strategik Dynatrace, dengan lebih daripada 280 jurutera bertauliah dan lebih 1,500 ahli profesional terlatih di seluruh dunia.

"Pengiktirafan ini menegaskan kuasa perkongsian kami dan kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan dalam penyelesaian bersama kami," kata Howard Boville, Presiden, DXC Consulting & Engineering Services yang Dikuasakan oleh AI. "Hanya dalam tempoh 15 bulan yang lalu, kami telah membantu lebih daripada 200 organisasi, termasuk beberapa perusahaan yang paling kompleks di dunia—menerima guna Dynatrace. Bersama pasukan jurutera bertauliah Dynatrace yang terbesar dalam industri, unit perniagaan khusus dan automasi yang memudahkan suai tugas dalam beberapa minit, kami membolehkan pelanggan mempercepat transformasi, menyelesaikan isu dengan lebih cepat dan merealisasikan nilai penuh pemerhatian yang dikuasakan AI."

"Ini merupakan penghormatan kepada saya untuk mengucapkan tahniah kepada DXC Technology kerana dinobatkan sebagai Rakan Kongsi Global Terbaik Tahun Ini bagi Tahun 2025. Anugerah yang sememangnya wajar ini mencerminkan komitmen luar biasa DXC untuk melakukan inovasi dan memacu pertumbuhan pasaran, serta kami cukup berbangga untuk mengiktiraf pencapaian syarikat itu. Potensi gabungan kami untuk menyampaikan hasil perniagaan sebenar semakin meningkat dan kami berharap dapat membina kejayaan ini dan memberikan impak lebih besar bagi tahun akan datang ,"  kata Jay Snyder, Timbalan Presiden Kanan, Rakan Kongsi dan Gabungan Global, Dynatrace. 

DXC membawa skala dan kepakaran yang tiada tandingannya kepada ekosistem Dynatrace, dengan satu daripada pelaburan terbesar dalam bakat Dynatrace di seluruh industri IT. Kumpulan Perniagaan Strategik Dynatrace Global DXC yang berdedikasi mencerminkan komitmen untuk menyampaikan penyelesaian pemerhatian generasi akan datang bagi pelanggan kami. DXC juga merupakan satu-satunya penyedia perkhidmatan IT dengan Pusat Kecemerlangan yang tertumpu kepada Pengurusan Log Grail, yang menyerlahkan kepimpinan kami dalam menggunakan AI kepada aplikasi berskala perusahaan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara DXC bekerjasama dengan Dynatrace untuk memacu inovasi dan menyampaikan hasil yang hebat pada skala global, kunjungi di sini.

Maklumat Tentang DXC Technology

DXC Technology (NYSE: DXC) membantu syarikat global menjalankan sistem dan operasi kritikal misi sambil memodenkan IT, mengoptimumkan seni bina data dan memastikan keselamatan dan kebolehskalaan merentasi awan awam, persendirian dan hibrid. Syarikat terbesar di dunia dan organisasi sektor awam mempercayai DXC untuk mengatur kedudukan perkhidmatan bagi memacu tahap prestasi, daya saing dan pengalaman pelanggan baharu di seluruh estet IT masing-masing. Ketahui lebih lanjut tentang cara kami menyampaikan kecemerlangan untuk pelanggan dan rakan sekerja kami di DXC.com.

Dynatrace dan Grail ialah tanda dagangan kumpulan syarikat Dynatrace, Inc. 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2699461/DXC_Technology_Company_Dynatrace_Names_DXC_Global_Partner_of_the.jpg?p=medium600 

 

Source: DXC Technology Company
Related Stocks:
NYSE:DXC
Keywords: Computer/Electronics Awards