omniture

SERES Diundang Hadiri Forum Ekonomi ASEAN-China-GCC

SERES
2025-05-31 12:22 69

CHONGQING, China dan KUALA LUMPUR, Malaysia, 31 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 27 Mei, Forum Ekonomi ASEAN-China-GCC dimulakan secara rasmi di Kuala Lumpur yang bermatlamat untuk mencipta peluang pembangunan dan kemakmuran bersama dengan memperkukuh kerjasama dalam bidang ekonomi, perdagangan, pelaburan dan bidang-bidang lain. SERES, sebagai wakil daripada sebuah perusahaan kenderaan tenaga baharu (NEV) China, diundang untuk menghadiri forum ini.

Malaysia’s Deputy Prime Minister I Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi meets with Chairman and President of SERES Group John Zhang
Malaysia’s Deputy Prime Minister I Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi meets with Chairman and President of SERES Group John Zhang

John Zhang, Pengerusi dan Presiden SERES Group menyatakan bahawa menerusi slogan jenama ini iaitu "Kecerdasan Mentakrifkan Semula Kemewahan" ("Intelligence Redefining Luxury"), SERES memberi tumpuan pada pasaran kenderaan mewah bermutu tinggi dan meneroka laluan pembangunan untuk pembuat auto Cina. Bagi pasaran negara-negara anggota ASEAN dan GCC yang mengambil bahagian dalam forum ini, SERES akan menggiatkan usaha pembangunan setempat dan pensijilan untuk model-model berkaitan, khususnya siri AITO yang mewah bagi memperkenalkannya dengan pantas ke pasaran sasaran dan mencapai liputan penuh pada masa akan datang.

Perniagaan eksport kenderaan SERES bermula pada tahun 2005. Selepas menjalani pembangunan selama bertahun-tahun lamanya, syarikat ini sudahpun mengeksport lebih 550,000 buah kenderaan secara kumulatif ke lebih daripada 70 negara dan wilayah, termasuk Jerman, Perancis, UK dan Itali. Pada tahun 2018, SERES menubuhkan dan mengoperasikan kilang pembuatan yang sangat automatik di Indonesia yang mengintegrasikan empat proses utama - penghentakan, kimpalan, pengecatan dan pemasangan yang seterusnya menjadi pengeluar kenderaan elektrik tulen yang pertama di Indonesia. Dengan bertapak kukuh di Indonesia, SERES meluaskan jangkauannya ke seluruh ASEAN dan memperluas kehadirannya secara terus-menerus di pasaran Asia Tenggara.

Dengan menghadiri Forum Ekonomi ASEAN-China-GCC, SERES dijangka akan mengukuhkan lagi pertukaran dan kerjasama bersama negara-negara anggota ASEAN dan GCC, lalu mempercepat proses pelaksanaan pengembangan pasaran luar negaranya.

John Zhang interviewed by Fortune during the forum
John Zhang interviewed by Fortune during the forum

Semasa sesi wawancara, John Zhang memperkenalkan bahawa SERES diasaskan pada tahun 1986 dan telahpun melalui tiga fasa keusahawanan—peralihan daripada alat ganti kereta kepada kenderaan lengkap dan kini kepada kenderaan elektrik pintar—mencapai pembangunan yang melonjak tinggi dalam setiap fasa. Pada masa ini, jenama AITO mentakrifkan semula kemewahan dengan kecerdasan dan mempelopori konsep "Kemewahan Baharu" yang menggabungkan Kemewahan Tradisional dan Kemewahan Teknologi. Menerusi kekuatan produk yang utama, AITO meraih pengiktirafan daripada lebih 600,000 pengguna, lantas memantapkan kedudukannya sebagai penanda aras bagi "Kemewahan Baharu" di China.

Sebagai sebuah syarikat dipacu teknologi, SERES komited terhadap inovasi teknologi teras dalam elektrifikasi dan kecerdasan dengan membangunkan SERES MF Platform, SERES Super Range Extender, SERES Intelligent Safety dan SERES Super Factory, seterusnya membina benteng teknologi yang teguh.

Dalam mendepani peluang dan cabaran yang dibawa oleh integrasi ekonomi global, SERES akan menerima penetapan minda yang lebih terbuka dan inklusif, saling bekerjasama dengan rakan kongsi daripada semua sektor untuk bersama-sama mencipta lembaran baharu dalam pembangunan industri kenderaan tenaga baharu China.

Latar Belakang SERES 

Ditubuhkan pada tahun 1986, SERES ialah sebuah syarikat teknologi terkemuka yang mengkhusus dalam kenderaan tenaga baharu (NEV). Dengan tenaga kerja seramai kira-kira 20,000 orang pekerja, SERES tersenarai awam di pasaran saham-A dan mendapat kedudukan sebagai antara Fortune China 500. Syarikat ini berdedikasi terhadap penyelidikan dan pembangunan, pembuatan, penjualan dan perkhidmatan kenderaan tenaga baharu serta komponen NEV teras.

Nama SERES diilhamkan daripada perkataan Yunani "daratan sutera" bagi membangkitkan kemewahan warisan Timur. SERES menawarkan dua jenama NEV untuk pasaran luar negara: AITO dan DFSK. Jenama-jenama ini menyediakan pelbagai jenis produk yang disesuaikan untuk segmen-segmen pasaran berbeza yang mana AITO memfokuskan terutamanya pada segmen mewah bermutu tinggi. Setakat ini, SERES sudahpun mengeksport lebih 550,000 buah kenderaan ke lebih 70 negara dan wilayah, termasuk Jerman, Perancis, United Kingdom, Itali dan banyak lagi negara lain.

Source: SERES
Keywords: Auto Environmental Products & Services Green Technology Mining/Metals Transportation General Manufacturing