![]() |
MALÉ, Maldives, 7 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Pada musim panas ini, ciptalah kenangan yang paling dihargai yang berkekalan sepanjang hayat apabila Grand Park Kodhipparu, Maldives mengundang seisi keluarga untuk keluar daripada kepompong kebiasaan dan menghayati sebuah dunia mewah tropika yang mempesonakan. Pakej Percutian Musim Panas Keluarga daripada pusat peranginan ini menjanjikan gabungan yang indah antara santaian, keseronokan dan masa berkualiti bersama-sama — kesemua ini berlatarkan keindahan alam semula jadi putih suci Lautan Hindi.
Sedia menerima tempahan sehingga 30 September 2025, tawaran masa terhad ini dicipta dengan teliti bagi memenuhi keperluan keluarga yang menginginkan pengalaman membebaskan diri di Maldives yang lancar dan imersif. Sama ada pengembara merancang percutian tiga malam yang singkat atau tinggal sementara lanjutan di pulau sehingga tiga puluh malam, Grand Park Kodhipparu memastikan setiap detik tidak mudah dilupakan.
Terletak hanya 20 minit perjalanan dengan menaiki bot laju dari Lapangan Terbang Antarabangsa Velana, Grand Park Kodhipparu yang memenangi anugerah ini terkenal dengan reka bentuknya yang elegan, suasana mendamaikan dan perkhidmatan intuitif. Pakej Percutian Musim Panas Keluarga merupakan bukti komitmen pusat peranginan ini untuk mengkurasikan pengalaman bermakna buat para tetamu daripada semua peringkat usia.
Sorotan Pakej Termasuk:
"Kami memahami betapa pentingnya untuk keluarga meluangkan masa berkualiti bersama-sama dan kami mencipta pakej ini bagi memastikan setiap ahli keluarga berasa dimanjakan dan juga mendapat inpirasi," kata Citra Suriah, Pengarah Pemasaran Grand Park Kodhipparu, Maldives. "Menerusi keseimbangan yang harmoni antara santaian dan pengembaraan, Pakej Percutian Musim Panas Keluarga kami merangkum intipati tempat mencari ketenangan di pulau yang mewah namun menyentuh hati."
Larikan diri daripada rutin harian dan nikmati pengalaman di sebuah tempat yang mana lagun berwarna biru pirus, pokok palma yang meliuk lentok dan juga layanan mesra bergabung bagi mencipta sebuah syurga keluarga yang sebenar. Terokai percutian musim panas yang sempurna di Grand Park Kodhipparu, Maldives — apabila kenangan abadi menanti di bawah sinar matahari Maldives.
Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila kunjungi www.parkhotelgroup.com/grand-park-kodhipparu-maldives.