omniture

Vantage Bawa Pulang "Sokongan Pelanggan Terbaik" di Global Business Review Magazine Awards 2025

Vantage
2025-06-09 09:50 72

PORT VILA, Vanuatu, 6 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Vantage Markets dengan bangganya mengumumkan pengiktirafannya sebagai pemenang "Sokongan Pelanggan Terbaik" di Global Business Review Magazine Awards 2025 yang berprestij. Anugerah ini menonjolkan komitmen Vantage yang tidak berbelah bahagi dalam memberikan perkhidmatan yang luar biasa dan memupuk kepercayaan dalam kalangan pelanggannya.

Vantage Takes Home "Best Customer Support" at Global Business Review Magazine Awards 2025
Vantage Takes Home "Best Customer Support" at Global Business Review Magazine Awards 2025

Global Business Review Magazine Awards memberi penghormatan kepada kecemerlangan merentasi industri, meraikan syarikat-syarikat yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang Perbankan, Kewangan, Insurans, Hartanah, Kepimpinan dan Teknologi. Anugerah ini dikenali lantaran proses penilaiannya yang ketat dan telus, diselia oleh panel yang terdiri daripada pakar industri dan penganalisis pasaran disegani dalam memastikan kesaksamaan serta mendukung piawaian tertinggi.

Kemenangan Vantage menekankan dedikasinya terhadap kepuasan pelanggan, dibuktikan dengan markah Trustpilot sebanyak 4.3, diperkukuh oleh lebih 4,000 penarafan lima bintang*. Pencapaian ini merupakan bukti fokus syarikat yang tidak henti-henti bagi menyediakan sokongan yang lancar, responsif dan bertumpukan pelanggan.

Marc Despallieres, Ketua Pegawai Eksekutif Vantage Markets, berkongsi semangatnya: "Kemenangan 'Sokongan Pelanggan Terbaik' merupakan satu penghormatan yang amat besar dan pengesahan terhadap kerja keras dan semangat pasukan kami dalam mengutamakan pelanggan kami. Di Vantage, kami percaya perkhidmatan yang luar biasa menjadi asas perhubungan yang berkekalan dan anugerah ini mendorong kami untuk terus meninggikan standard kami."

Vantage merakamkan ucapan terima kasih kepada pelanggan dan rakan kongsinya atas sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi dan berharap dapat meneruskan kejayaan ini pada tahun-tahun mendatang.

Kunjungi laman web Vantage Markets untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan Vantage yang memenangi anugerah dan inisiatif yang akan datang.

Latar Belakang Global Business Review Magazine Awards

Global Business Review Magazine Awards meraikan kecemerlangan dalam industri-industri, mengiktiraf syarikat-syarikat yang mendorong inovasi, kepimpinan dan perkhidmatan yang unggul. Anugerah ini mendapat nama lantaran proses penilaian yang telus dan panel hakim yang disegani.

Latar Belakang Vantage

Vantage Markets (atau Vantage) ialah broker CFD berbilang aset yang menawarkan pelanggan akses perkhidmatan yang tangkas dan berkuasa bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD), termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.

Dengan pengalaman pasaran selama lebih 15 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan ekosistem perdagangan yang andal, aplikasi perdagangan mudah alih yang memenangi anugerah dan platform perdagangan mesra pengguna yang menyediakan capaian peluang perdagangan kepada pelanggan.

berdagang lebih bijak @vantage

* Penarafan Trustpilot tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa apabila ulasan baharu dimasukkan.

AMARAN RISIKO: CFD ialah instrumen kompleks dan membawa risiko tinggi mengalami kerugian wang dengan cepat lantaran leveraj. Pastikan anda memahami risiko sebelum berdagang.

Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak terdapat nasihat kewangan, tawaran atau rayuan bagi apa-apa produk atau perkhidmatan kewangan. Kandungan ini bukan bertujuan untuk penduduk di mana-mana bidang kuasa di mana pengedaran atau penggunaan sedemikian akan bertentangan dengan undang-undang atau peraturan tempatan. Pembaca dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat profesional bebas sebelum membuat apa-apa keputusan pelaburan atau kewangan. Apa-apa pergantungan yang anda letakkan pada maklumat yang dibentangkan adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Awards Financial Technology