omniture

Trinseo Perkenal Pelekat Baharu Direka Khas untuk Label Filem di Asia Tenggara

Trinseo
2025-06-09 12:00 63

Rintangan pemplastik dirumus khas meningkatkan padan pasang dan lekatan pada bentuk mencabar

SHANGHAI, 9 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Trinseo (NYSE: TSE), penyedia bagi penyelesaian bahan khusus, memperkenalkan LIGOSTM A9615, iaitu pelekat serba guna inovatif yang direka khusus untuk label filem. Berdasarkan kepakaran selama berdekad-dekad dalam pembangunan pelekat, LIGOSTM A9615 merupakan produk akrilik baharu yang disesuaikan untuk pasaran GPL (Label Serba Guna) dan dicipta dengan ciri-ciri unik dan mendapat permintaan yang dapat meningkatkan pelbagai atribut prestasi.

Faedah-faedah utama LIGOSTM A9615 termasuk:

  • Rintangan Penuaan: Memastikan lekatan yang berkekalan tanpa degradasi dari semasa ke semasa.
  • Jeleketan Sangat Baik: Memudahkan kebolehtanggalan label yang senang sekali gus mengekalkan keupayaan peletakan semula.
  • Rintangan Pemplastik: Meningkatkan prestasi lekatan pada filem PVC, membolehkan label filem mencapai penyesuaian dengan lancar pada pelbagai permukaan plastik melengkung.

Menyasarkan pasaran Asia Tenggara, LIGOSTM A9615 amat sesuai untuk pelbagai jenis aplikasi, termasuk barangan pengguna dan pembungkusan. "Kami berasa teruja untuk memperkenalkan LIGOSTM A9615 ke pasaran Asia Tenggara," kata Jeffrey Li, Pengurus Pemasaran dan Produk, Pengikat Latex di Trinseo. "Produk ini bukan sahaja menggabungkan lekatan yang kuat dengan keupayaan meletakkan semula dan menanggalkan label dengan bersih, bahkan rintangan pemplastiknya turut memastikan bahawa label dapat mengikut pelbagai permukaan, seterusnya memenuhi pelbagai keperluan pelanggan kami."

LIGOSTM A9615 kini boleh dibeli dan bersedia untuk meningkatkan penyelesaian pelabelan dalam pelbagai industri.

Untuk maklumat lanjut mengenai LIGOSTM A9615 dan tawaran produk Trinseo yang inovatif, sila kunjungi www.Trinseo.com.

Latar Belakang Trinseo   

Trinseo (NYSE: TSE), penyedia bagi penyelesaian bahan khusus, bekerjasama dengan syarikat-syarikat untuk merealisasikan idea dengan cara yang imaginatif, pintar dan berfokus secara mampan dengan menggabungkan kepakaran utamanya, inovasi berpandangan jauh dan bahan terbaik dalam kelasnya bagi memperoleh nilai-nilai untuk syarikat-syarikat dan para pengguna. Bermula daripada reka bentuk hinggalah pembuatan, Trinseo memanfaatkan pengalaman selama berdekad-dekad dalam pelbagai penyelesaian bahan bagi mengatasi cabaran unik pelanggan dalam beraneka industri, termasuk bangunan dan pembinaan, barangan pengguna, perubatan dan mobiliti. Kakitangan Trinseo memanfaatkan kreativiti yang tidak berpenghujung untuk membayangkan semula kemungkinan yang boleh dicapai dengan pelanggan di serata dunia dari lokasi-lokasi syarikat ini di Amerika Utara, Eropah dan Asia Pasifik. Trinseo melaporkan jualan bersih sebanyak kira-kira $3.5 bilion pada tahun 2024. Temui lebih banyak lagi dengan mengunjungi www.trinseo.com dan berhubung dengan Trinseo di LinkedInTwitterFacebook dan WeChat.

Nota Amaran bagi Kenyataan Pandang ke Hadapan  

Siaran akhbar ini mungkin mengandungi kenyataan pandang ke hadapan termasuk, tanpa had, kenyataan berkenaan rancangan, objektif, matlamat, unjuran, ramalan, strategi, peristiwa atau prestasi masa depan dan andaian asas dan kenyataan lain, yang bukan kenyataan fakta sejarah atau jaminan atau asurans prestasi masa depan. Kenyataan pandang ke hadapan boleh dikenal pasti melalui penggunaan perkataan seperti "jangka," "harap," "percaya," "berniat," "ramalan," "anggaran," "lihat," "tinjauan," "akan," "mungkin," "sepatutnya," "berpotensi," "berkemungkinan," "sasaran," "rancang," "renung," "mencari," "berusaha," "seharusnya," "dapat", "akan," atau ungkapan yang sama maknanya. Kenyataan pandang ke hadapan menggambarkan penilaian maklumat oleh pengurusan yang ada ketika ini dan berdasarkan jangkaan dan andaian semasa kami berkenaan perniagaan kami, ekonomi, keberhutangan semasa kami dan keadaan masa depan yang lain. Memandangkan kenyataan pandang ke hadapan berkaitan dengan masa depan, ia tertakluk kepada ketidakpastian, risiko dan perubahan yang ada dalam keadaan yang sukar diramalkan. Faktor-faktor yang mungkin menyebabkan keputusan masa depan berbeza daripada yang dinyatakan oleh kenyataan pandang ke hadapan termasuk, tetapi tidak terhad kepada, keadaan dalam ekonomi global dan pasaran modal, termasuk keadaan kemelesetan dan kesan tarif ke atas hubungan perdagangan global; keupayaan kami untuk berjaya menjana penjimatan kos melalui penstrukturan semula dan inisiatif pengurangan kos; keupayaan kami untuk berjaya melaksanakan strategi perniagaan dan transformasi kami; peningkatan kos atau gangguan dalam bekalan bahan mentah; kemerosotan profil kredit kami mengehadkan akses kami kepada kredit komersial; peningkatan kos tenaga; pengaturan masa, dan keupayaan kami untuk menyempurnakan, penjualan kepentingan kami dalam Americas Styrenics; pematuhan undang-undang dan peraturan yang memberi impak ke atas perniagaan kami; apa-apa gangguan dalam pengeluaran di kemudahan pembuatan kimia kami, termasuk yang terhasil daripada tumpahan atau pelepasan yang tidak disengajakan; tahap keberhutangan semasa dan masa akan datang kami dan keupayaan kami untuk menyediakan perkhidmatan, membayar balik atau membiayai semula keberhutangan kami; keupayaan kami untuk memenuhi perjanjian di bawah keberhutangan sedia ada kami; keupayaan kami untuk menjana aliran tunai daripada operasi dan mencapai aliran tunai ramalan kami; dan yang dibincangkan dalam Laporan Tahunan kami pada Borang 10-K, di bawah Bahagian I, Perkara 1A —"Faktor-faktor Risiko" dan pada bahagian lain dalam laporan, pemfailan dan kelengkapan kami yang lain yang dibuat dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa A.S. dari semasa ke semasa. Hasil daripada faktor-faktor ini atau faktor-faktor lain, keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar kami mungkin banyak bezanya daripada yang dipertimbangkan oleh kenyataan pandang ke hadapan. Justeru itu, kami memberi peringatan kepada anda agar tidak bergantung pada mana-mana kenyataan pandang ke hadapan ini. Kenyataan pandang ke hadapan yang disertakan dalam siaran akhbar ini hanya dibuat pada tarikh ini. Kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini kepada umum atau menyemak mana-mana kenyataan pandang ke hadapan lantaran maklumat baharu, peristiwa masa depan atau sebaliknya, kecuali sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang.

Source: Trinseo
Related Stocks:
NYSE:TSE
Keywords: Chemical Entertainment Film & Motion Picture General Manufacturing