![]() |
SINGAPURA, 11 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Bertempat di ATxSummit baru-baru ini, acara kemuncak bagi Asia Tech x Singapore (ATxSG) 2025, anjuran Penguasa Pembangunan Infokom Media Singapura (IMDA), usaha global dan serantau yang utama berkisarkan AI, model LLM, penerimagunaan AI untuk perusahaan dan peningkatan kemahiran untuk bakat telahpun diumumkan.
Membina ekosistem AI yang dipercayai merupakan tumpuan utama untuk Singapura memandangkan penerimagunaan maksimum dan inovasi boleh terjadi yang membawa kepada produktiviti dan manfaat masyarakat yang lebih besar. Singapura telahpun mempengaruhi norma global untuk AI dengan:
Memajukan sains AI di peringkat tempatan dan global
"Konsensus Singapura mengenai Keutamaan Penyelidikan Keselamatan AI Global", Konsensus Singapura, telahpun dibentangkan di persidangan Meja Bulat Menteri bagi merapatkan penyelidikan dan dasar berhubung keselamatan AI. Hal ini berpaksikan bukti yang berasaskan sains bagi mengenal pasti keutamaan untuk membina AI yang dipercayai, andal dan selamat serta menterjemah penyelidikan kepada dasar demi memastikan pembangunan dan penggunaan AI yang bertanggungjawab.
IMDA telahpun bekerjasama dengan rakan kongsi global bagi membangunkan kerangka yang praktikal dan boleh dilaksanakan, umpamanya Kerangka Pengujian Penentusahan AI dipertingkat daripada IMDA kini dapat menangani risiko GenAI dan sejajar dengan standard US NIST yang memperkemas tadbir urus AI dalam kedua-dua pasaran.
Singapura dan AS akan menerajui Pensijilan Peraturan Privasi Rentas-Sempadan Global (CBPR) untuk perniagaan mempermudah aliran data rentas sempadan yang dipercayai. Ini memberikan perniagaan dengan capaian kepada 9 ekonomi dengan kira-kira 40 trilion saiz pasaran.
Menyediakan panduan dan alatan ujian praktikal bersama AI Verify Foundation
Di peringkat global, terdapat keperluan yang semakin meningkat untuk menguji dan membuat prototaip AI dalam persekitaran dunia sebenar dan Global AI Assurance Pilot menghimpunkan para penguji pakar dan syarikat-syarikat dari seluruh dunia untuk melaksanakan tugas melalui set tindakan. Perintis ini mendapat minat di peringkat tempatan dan antarabangsa yang kukuh. 16 penguji AI pakar dipasangkan dengan 17 pengguna GenAI daripada 10 industri yang berbeza. Cerapan yang berharga akan mempengaruhi norma global untuk AI.
Diumumkan pada 29 Mei, IMDA membangunkan Kit Pemula Pengujian untuk Aplikasi Gen AI yang pertama seumpamanya, menawarkan panduan ujian praktikal untuk perniagaan yang membangunkan atau menggunakan aplikasi GenAI. Kit alat ujian praktikal sumber terbuka seperti Kit Pemula Pengujian membantu syarikat-syarikat menguji prestasi dan keandalan model AI dalam konteks perniagaan mereka.
Memangkinkan inovasi dengan penggunaan dunia sebenar
LLM bahasa serantau yang dibangunkan melalui Program Model Bahasa Besar Multimod Nasional yang disokong oleh IMDA termasuk SEA-LION LLM berasaskan teks dan MERaLiON LLM multimod.
Diumumkan pada 28 Mei, MERaLiON (Multimodal Empathetic Reasoning and Learning in One Network) yang dibangunkan oleh A*STAR Institute for Infocomm Research (I²R) ialah LLM Multimod empatetik Asia Tenggara (SEA) yang dicipta untuk memahami pelbagai bahasa, budaya dan gaya komunikasi rantau ini. Versi pertama MERaLiON memperoleh lebih 90,000 muat turun di peringkat global sejak dilancarkan dalam bulan Disember 2024, menarik minat pengguna daripada makmal penyelidikan korporat, penyedia perkhidmatan media, syarikat pemula dan dunia akademik.
MERaLiON Versi 2 membawakan penaiktarafan seperti liputan yang lebih luas bagi bahasa Asia Tenggara, keupayaan penukaran kod, pintar dari segi emosi dan pemahaman paralinguistik. Penambahbaikan ini membuka jalan untuk aplikasi AI yang lebih intuitif dan peka budaya di SEA. Ini akan dapat membantu perniagaan membina produk dan perkhidmatan di SEA yang memenuhi nuansa budaya bagi meningkatkan perkhidmatan dan keterlibatannya bersama pelanggan. Melalui projek-projek sebegini, Singapura dan SEA dapat mengekalkan suara dan identiti yang tersendiri dalam era digital ini.
A*STAR I2R dan IMDA melancarkan MERaLiON Consortium baharu untuk memanfaatkan kepakaran dalam ekosistem dan menjalin perkongsian dalam kalangan organisasi, pengguna akhir, penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengusaha teknologi bagi mempercepat pembelajaran dan penerimagunaan demi membangunkan aplikasi AI yang praktikal (cth. daripada sokongan pelanggan berbilang bahasa kepada pengesanan cerapan kesihatan dan emosi serta sistem membuat keputusan agentik).
Bagi bidang-bidang yang kritikal seperti penjagaan kesihatan – SingHealth, kumpulan penjagaan kesihatan yang terbesar di Singapura, mengumumkan bahawa Enigma, AI penjagaan kesihatan agentik Singapura yang dibangunkan secara bersama oleh doktor dan saintis AI, menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Roche dan ST Engineering bagi meluaskan jangkauan dan penggunaan Enigma.
Teknologi perbatasan mencapai kemajuan dan Singapura bekerjasama dengan perusahaan dan bakat untuk maju
IMDA bekerjasama dengan perusahaan untuk mempercepat penerimagunaan teknologi mereka melalui inisiatif yang disesuaikan dengan tahap kematangan digital mereka. Dengan menerima ciri digital, perniagaan boleh mengurangkan kos, meningkatkan produktiviti, meneroka barisan produk dan pasaran baharu.
Tahun lalu, Singapura melancarkan Rangka Tindakan Perusahaan Digital (DEB), iaitu peta hala tuju untuk membantu PKS kekal berada di hadapan keluk dengan menggabungkan teknologi seperti AI, Awan, Kebingkasan Siber dalam operasi mereka.
Tanggal 27 Mei, Singapura mengumumkan tiga perkongsian baharu bersama Alibaba Cloud, Prudential Singapore dan ST Engineering Info di bawah DEB bagi meningkatkan keupayaan digital seperti AI, teknologi awan dan kebingkasan siber.
IMDA meningkatkan perkongsiannya bersama syarikat-syarikat gergasi teknologi seperti AWS dan Microsoft melalui GenAI x Digital Leaders Programme bagi mempercepat capaian kepada kepakaran/sumber teknologi, khidmat nasihat mengenai projek, impak perniagaan dan sokongan pelaksanaan untuk PKS yang matang dari segi digital.
Seiring dengan hal ini, Singapura memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap bakat dengan melatih dan memahirkan semula bakat teknologi.
IMDA memperoleh 400 peluang pekerjaan dan latihan di bawah TechSkills Accelerator yang melaluinya penduduk tempatan boleh mengambil peranan sebagai Pengamal AI dengan syarikat-syarikat yang terkemuka seperti AWS, Microsoft, Oracle dan SingTel.
Diumumkan pada 27 Mei, IMDA memperluas usaha dan bekerjasama dengan AI Singapore dan syarikat-syarikat yang terkemuka untuk menyediakan 400 lagi peluang pekerjaan dan latihan Pengamal AI untuk penduduk tempatan. 800 peluang latihan baharu ini bertujuan untuk mempercepat perancangan pengamal AI dan membolehkan penduduk tempatan mengambil tugasan bernilai lebih tinggi di syarikat-syarikat perbatasan.
HUBUNGI: atxsg.imda@archetype.co