omniture

Metamorphoses | 2025 CAA Graduation Season

China Academy of Art
2025-06-11 10:36 64

HANGZHOU, China, 11 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Tatkala tahun 2025 menghampiri musimnya yang paling ceria dan memberi erti kepada kehidupan, China Academy of Art (CAA) sudahpun memancarkan daya tenaganya yang tidak terbatas sejak beberapa bulan yang lalu. Sementara Black Myth: Wukong Art Exhibition terus menempa kecemerlangannya, ketika ini CAA memperkenalkan satu lagi persembahan budaya yang penting untuk Hangzhou— Metamorphoses: 2025 CAA Graduation Season (Metamorfosis: Musim Pengijazahan CAA 2025).

Musim pengijazahan pada tahun ini berkisar pada tema "Metamorphoses" ("Metamorfosis"). Konsep ini berasal daripada tanggapan tradisional Cina mengenai tujuh puluh dua pentad. Dalam falsafah ini, pentad ialah perubahan dan perubahan pula ialah Dao; melalui metamorfosis yang tidak berkesudahan, teras primordial yang berterusan. Justeru itu, "Metamorfosis" bererti kemungkinan yang tidak terhingga, untuk kapasiti, visi dan lebih-lebih lagi, untuk semangat.

Metamorphoses: 2025 CAA Graduation Season dilancarkan secara rasmi pada 31 Mei. Edisi pada tahun ini menjangkau tujuh tempat utama di seluruh Hangzhou: kampus CAA Xiangshan, Liangzhu dan Nanshan; Muzium Kesenian Zhejiang; Muzium Pelancongan Dunia; Pusat Seni Quan Shanshi; dan zon pameran media seluruh bandar. Sejumlah 2,971 siswazah daripada 20 unit akademik, termasuk 1,815 pelajar sarjana muda, 1,006 pelajar pascasiswazah dan 150 pelajar daripada sekolah menengah gabungan, mempersembahkan lebih 3,000 karya pengijazahan untuk bandar ini. Pada malam pembukaan, sebuah persembahan bertema yang digabung jalin dengan pertunjukan pentas fesyen dibentangkan di bawah rintik hujan, lalu mengubah waktu malamnya menjadi sebuah pertunjukan lenggang-lenggok yang indah.

Presiden Yu Xuhong daripada CAA menyatakan, "Pameran Pengijazahan 2025 merupakan satu manifestasi tertumpu bagi pembangunan disiplin dan pemupukan bakat CAA. Ia merupakan sebuah pentas besar yang melaluinya 2,971 orang individu muda yang kreatif menampilkan diri mereka bagi mendapatkan ulasan masyarakat dan lebih penting lagi, arena awam bersama bagi pendidikan estetik yang melaluinya kuasa penciptaan dapat dirasai dan difahami secara kolektif. Marilah kita bersama-sama mencipta seni dalam era kita, menulis bab baharu dalam sejarah seni global dan membentuk landskap seni dunia yang baharu."

Liu Yihong, Pengarah Artistik majlis perasmian dan Naib Dekan Pusat Pengajian Komunikasi Visual menyatakan bahawa reka bentuk pentas pada tahun ini tidak lagi mengikut format menghadap khalayak yang konvensional. Sebaliknya, ia dibentangkan dalam arena imersif empat sisi yang selari dengan semangat tematik Metamorfosis.

Mengambil inspirasi daripada konsep Metamorfosis, Profesor Chen Peng, Profesor Wang Shuying, Profesor Wu Jie dan Profesor Hu Nan daripada Pusat Pengajian Reka Bentuk Fesyen mengetuai pembentangan kolektif yang terdiri daripada 158 koleksi fesyen siswazah.

Pada tahun 2009, CAA menjadi akademi seni pertama yang mempersembahkan karya pengijazahan para pelajarnya daripada semua disiplin kepada orang ramai dalam bentuk "Minggu Pameran Pengijazahan" serba baharu. Perayaan ini bermatlamat untuk mengesyorkan bakat-bakat cemerlang kepada masyarakat dan memaparkan CAA sebagai "Akademi Tanpa Dinding" yang mengintegrasikan sumber dalaman dan sumber luaran.

Dalam menghadapi kosmos tanpa sempadan dan landskap global yang sentiasa berubah-ubah, ayuhlah kita menempa teras dalaman bagi kehidupan kita dan membentangkan perjalanan artistik kita dengan semangat pencipta. Melalui tindakan pencipta, ayuhlah kita mendorong inovasi sosial dan mengharungi arus zaman kita. Masa depan seni sememangnya akan berkembang maju melalui saling tindakan antara pencapahan dan penumpuan yang seterusnya mencetuskan kemungkinan yang tidak terbatas.

Pameran ini akan berlangsung sehingga 20 Jun.

Source: China Academy of Art
Keywords: Art Education Entertainment Higher Education Trade show news