![]() |
TULSA, Okla., 11 Jun 2025 /PRNewswire/ -- T.D. Williamson ("TDW"), peneraju global dalam teknologi dan perkhidmatan infrastruktur talian paip, pada hari ini mengumumkan pelaburan strategik daripada dana yang diuruskan oleh Apollo (NYSE: APO) ("Dana Apollo"). SCF Partners, firma ekuiti persendirian berpangkalan di Houston dengan kepakaran dalam pelaburan perkhidmatan tenaga & infrastruktur yang mengambil alih TDW pada bulan Jun 2022, akan terus mengekalkan pegangan pemilikan majoriti.
TDW telah menjadi peneraju dalam industri penyelenggaraan dan integriti talian paip selama lebih 100 tahun. Syarikat berkenaan menawarkan rangkaian penyelesaian penyelenggaraan dan pengoptimuman aset secara menyeluruh yang meningkatkan keselamatan, keandalan dan prestasi sepanjang kitaran hayat penuh infrastruktur talian paip. Peneraju teknologi yang diiktiraf, TDW memegang lebih daripada 500 paten berdaftar, termasuk inovasi dalam pemencilan lanjutan, sondol bersepadu, penilaian dan pembaikan berintegriti sebaris — yang digunakan di pasaran akhir infrastruktur dan utiliti.
Bob McGrew, Ketua Pegawai Eksekutif TDW, berkata, "Di TDW, kami komited untuk menyampaikan penyelesaian yang terbaik seumpamanya dan berbeza dari segi teknikal untuk menyokong keperluan pengendali infrastruktur talian paip kritikal yang sentiasa berubah. Pelaburan oleh Dana Apollo ini, bersama hubungan sedia ada kami dengan SCF Partners, menandakan pencapaian penting dalam perjalanan kami apabila kami terus melabur dalam memenuhi keperluan pelanggan kami melalui inovasi dan mengembangkan jangkauan global kami."
Scott Browning, Rakan Kongsi di Apollo, berkata, "TDW mempunyai rekod inovasi yang lama dan memberikan perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh rantaian nilai industri talian paip. Kami berharap dapat menyokong pengurusan TDW dan SCF untuk mempercepat inisiatif pertumbuhan strategik yang menyumbang kepada keselamatan, keandalan dan kecekapan infrastruktur tenaga bagi membantu memenuhi trend permintaan tenaga global."
"Selama lebih satu abad, TDW telah berada di barisan hadapan dalam integriti dan inovasi talian paip," ulas Deviyani Misra-Godwin, Pengarah Urusan di SCF. "Sepanjang tiga tahun yang lalu, kami telah melihat pertumbuhan luar biasa dalam syarikat, dengan pasukan mengembangkan teknologi dan portfolio produk, mengeratkan hubungan dengan pelanggan dan terus menerajui keselamatan dan kecemerlangan operasi. Kami berbesar hati untuk terus bekerjasama dengan pasukan bertaraf dunia TDW dan amat teruja untuk mengalu-alukan Dana Apollo sebagai rakan kongsi strategik dalam lembaran pertumbuhan seterusnya ini."
TDW dan SCF Partners di bawah khidmat nasihat Vinson & Elkins LLP, manakala Kirkland & Ellis LLP menyampaikan khidmat nasihat kepada Dana Apollo.
Maklumat Tentang T.D. Williamson
T.D. Williamson ("TDW") memberikan perkhidmatan dalam sektor pengumpulan, penghantaran dan pengedaran industri talian paip dengan portfolio produk dan perkhidmatan global, termasuk pemencilan lanjutan, sondol bersepadu, penilaian dan penyelesaian pembaikan berintegriti. Dengan aplikasi dalam dan luar pesisir, TDW menawarkan aktiviti penyelenggaraan talian paip dan pengoptimuman aset yang luas. TDW memupuk hubungan jangka panjang dengan pengendali talian paip yang bertahan sepanjang hayat talian paip. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi www.tdwilliamson.com.
Maklumat Tentang Apollo
Apollo ialah pengurus aset alternatif global dengan pertumbuhan yang tinggi. Dalam perniagaan pengurusan aset ini, kami berusaha memberikan pulangan lebihan kepada pelanggan kami pada setiap titik di sepanjang spektrum ganjaran risiko daripada kredit gred pelaburan kepada ekuiti persendirian. Selama lebih daripada tiga dekad, kepakaran pelaburan kami merentasi platform kami yang bersepadu sepenuhnya telah memenuhi keperluan pulangan kewangan pelanggan kami dan menyediakan peluang perniagaan dengan penyelesaian modal berinovatif untuk pertumbuhan. Melalui Athene, perniagaan perkhidmatan persaraan, kami pakar dalam membantu pelanggan mencapai keterjaminan kewangan dengan menyediakan rangkaian produk simpanan persaraan dan bertindak sebagai penyedia penyelesaian kepada institusi. Pendekatan kami yang penuh kesabaran, kreatif dan berpengetahuan untuk melabur menjajarkan pelanggan kami, perniagaan yang kami laburkan, para pekerja kami dan komuniti yang menerima impak daripada kami, untuk mengembangkan peluang dan mencapai hasil yang positif. Setakat 31 Mac 2025, Apollo mempunyai kira-kira $785 bilion aset di bawah pengurusan. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi www.apollo.com.
Maklumat Tentang SCF Partners
Ditubuhkan pada tahun 1989, SCF menyediakan modal ekuiti dan bantuan pertumbuhan strategik untuk membina dan mengembangkan syarikat perkhidmatan tenaga, kelengkapan dan teknologi terkemuka yang beroperasi di seluruh dunia. SCF telah melabur di lebih daripada 80 syarikat platform dan membuat lebih daripada 370 pengambilalihan tambahan dan membangunkan 18 syarikat perkhidmatan dan kelengkapan tenaga tersenarai awam sepanjang sejarah penubuhannya. Firma itu beribu pejabat di Houston, Texas dan mempunyai pejabat di Aberdeen dan Australia. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.scfpartners.com.
Hubungan Media:
Kat Eaton
Pengurus Kanan, Komunikasi Pemasaran
T.D. Williamson
kat.eaton@tdwilliamson.com
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2707823/TDW_PipelineTruck_InvestorNews.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2583620/TD_Williamson_Logo.jpg?p=medium600