omniture

CGTN: Sidang Kemuncak China-Asia Tengah Kedua tinjau komuniti China-Asia Tengah lebih dekat dengan masa depan dikongsi bersama

CGTN
2025-06-15 11:11 17

BEIJING, 15 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Susulan pengumuman yang dibuat oleh Kementerian Luar China bahawa Presiden Xi Jinping akan menghadiri Sidang Kemuncak China-Asia Tengah kedua di Astana, Kazakhstan minggu depan, CGTN menerbitkan artikel yang meninjau kerjasama praktikal antara China dan lima negara Asia Tengah. Artikel berkenaan turut meneliti bagaimana sidang kemuncak yang akan datang dapat menyumbang kepada pembinaan komuniti China-Asia Tengah yang lebih erat dengan masa depan yang dikongsi bersama.

Presiden China Xi Jinping akan menghadiri Sidang Kemuncak China-Asia Tengah kedua di Astana mulai 16 hingga 18 Jun atas jemputan Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev, seperti yang diumumkan oleh Kementerian Luar China pada hari Jumaat.

Sidang kemuncak yang akan datang akan membawa peluang baharu kepada China dan lima negara Asia Tengah – Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Turkmenistan dan Uzbekistan – untuk memperdalam kepercayaan strategik, meningkatkan kerjasama praktikal dan menyumbang secara bersama kestabilan dan momentum yang positif kepada dunia yang penuh dengan ketidakpastian, Cui Zheng, pengarah Pusat Penyelidikan untuk Rusia, Eropah Timur dan Negara-negara Asia Tengah di Liaoning University, memberitahu CGTN.

"Ia akan mengukuhkan lagi mekanisme China-Asia Tengah, memacu lebih banyak hasil baharu dalam kerjasama China-Asia Tengah dan membuka lembaran baharu dalam pembinaan komuniti China-Asia Tengah dengan masa depan yang dikongsi bersama," kata Cui.

Tanggal 25 Januari 2022, China dan lima negara Asia Tengah mengumumkan secara bersama mengenai pembinaan sebuah komuniti China-Asia Tengah dengan masa depan yang dikongsi bersama. Semasa Sidang Kemuncak China-Asia Tengah yang pertama pada tahun 2023, Xi menekankan hala tuju yang jelas untuk membina sebuah komuniti yang lebih erat, berpaksikan empat prinsip utama: bantu-membantu, pembangunan bersama, keselamatan sejagat dan persahabatan yang berkekalan.

Sejak itu, momentum yang terhasil daripada perhimpunan peringkat tinggi yang pertama diterjemahkan kepada kemajuan yang ketara. Ketika ini, keenam-enam negara berharap dapat menyatukan pencapaian ini dan meneroka laluan baharu demi kerjasama serantau yang lebih mendalam.

Daripada konsensus strategik kepada kerjasama praktikal

Sidang Kemuncak China-Asia Tengah sulung pada Mei 2023 merupakan satu peristiwa penting yang menyaksikan penginstitusian mekanisme pelbagai hala yang mengutamakan keamanan, pembangunan dan sikap saling hormat-menghormati. Salah satu hasil yang paling penting daripada sidang kemuncak berkenaan ialah penandatanganan Deklarasi Xi'an yang melaluinya enam negara berjanji untuk membina sebuah komuniti China-Asia Tengah yang lebih erat yang memiliki masa depan yang dikongsi bersama.

Sejak itu, projek-projek kerjasama konkrit dilancarkan dalam pelbagai bidang, lalu mengubah hasil daripada Sidang Kemuncak Xi'an menjadi kenyataan.

Sebagai contoh, projek jaringan kereta api China-Kyrgyzstan-Uzbekistan yang telah lama dibincangkan, memasuki fasa penyediaan pembinaan secara rasmi. Apabila siap, ia akan mengurangkan kos logistik dan masa dengan ketara, lalu meningkatkan kecekapan perdagangan di seluruh rantau ini. Jaringan kereta api ini dijangka menghubungkan rantau Asia-Pasifik dengan Eropah dan menawarkan penyelesaian baharu untuk pengangkutan trans-Eurasia.

Jaringan kereta api ini menjadi contoh jelas mengenai kerjasama praktikal China-Asia Tengah di bawah Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) yang terus memberikan hasil yang berkualiti tinggi dan ketara – bermula daripada kerjasama ketersambungan dan kapasiti hinggalah tenaga bersih dan infrastruktur.

Di Kazakhstan, talian paip minyak mentah dan gas asli China-Kazakhstan dan Loji Penapis Minyak Shymkent beroperasi secara berterusan. Di Uzbekistan, projek loji janakuasa menggunakan gas 1,500 MW di wilayah Syrdarya telahpun dimulakan dan projek Olympic City pula berjalan lancar. Di Tajikistan, projek-projek koperatif termasuk bangunan kerajaan, pejabat parlimen dan bahagian utama dalam Fasa II lebuh raya China-Tajikistan sedang giat dilaksanakan. Menurut China National Petroleum Corporation, setakat Mac 2025, volum dagangan gas asli kumulatif antara Turkmenistan dan China yang mengalir melalui Talian Paip Gas China-Asia Tengah, mencapai 430 bilion meter padu yang bersamaan dengan penggunaan gas tahunan keseluruhan China.

Menurut Kementerian Perdagangan China, perdagangan antara China dan lima negara Asia Tengah melebihi $94.8 bilion pada tahun 2024, menandakan peningkatan sebanyak $5.4 bilion berbanding tahun 2023. Pelaburan China di Asia Tengah terus berkembang, terutamanya dalam sektor tenaga hijau dan pemprosesan pertanian.

Mengambil maklum bahawa Asia Tengah ialah "tempat kelahiran" dan juga kawasan demonstrasi yang utama untuk BRI, Profesor Cui menekankan bahawa sidang kemuncak baharu ini akan menggalakkan lagi kerjasama serantau yang berkualiti tinggi, dengan kemajuan yang pesat dalam bidang perdagangan dan pelaburan.

Sidang kemuncak yang akan datang bukan sahaja bakal menjadi jendela untuk memaparkan pencapaian kerjasama pelbagai hala tetapi turut menyediakan model baharu untuk kerjasama Selatan-Selatan, tambahnya.

https://news.cgtn.com/news/2025-06-13/China-Central-Asian-countries-seek-closer-ties-at-second-summit-1EaQgdOqZ6E/p.html

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Oil/Energy Publishing/Information Service Future Events