BEIJING, 15 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Ekspo Budaya Wain dan Pelancongan Antarabangsa China (Ningxia) Kelima, berserta Concours Mondial de Bruxelles ke-32, telahpun diadakan di Yinchuan, ibu kota Wilayah Autonomi Ningxia Hui barat laut China mulai 9 hingga 12 Jun yang menyumbang kepada dialog global industri wain di serata dunia.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Yinchuan komited untuk membina "ibu kota wain dunia." Satu siri dasar sokongan telahpun dilaksanakan bagi meningkatkan pelaburan, memperkenalkan teknologi termaju dan menggalakkan jalinan kerjasama antarabangsa.
Kini, Yinchuan memiliki kelompok pengeluaran anggur wain yang paling tertumpu di China, dengan ladang anggur berkeluasan sejumlah 273,000 mu (kira-kira 18,200 hektar), serta mengumpulkan 155 kilang wain dan perusahaan penanaman anggur.
Di samping itu, pengeluaran wain tahunan Yinchuan mencecah 75 juta botol pada tahun 2024, menyumbang kira-kira 26.8 peratus daripada jumlah keluaran wain estet yang dihasilkan di peringkat domestik. Sebanyak 19 jenis wain tempatan dipilih sebagai hadiah negara dan dieksport ke lebih daripada 40 negara dan wilayah.
Kaki bukit sebelah timur Gunung Helan di Ningxia dahulunya pernah tandus dan berpasir dalam beberapa tahun yang lalu. Demi memulihkan ekosistem ini, Yinchuan mengusahakan pendekatan bersepadu dalam aspek perlindungan dan penambahbaikan gunung, sungai, hutan, tanah ladang, tasik, padang rumput dan juga padang pasir.
Sementara itu, berpandukan pembangunan terselaras "ekologi + industri", bandar ini memajukan usaha pemulihan ekologi di kaki bukit sebelah timur Gunung Helan dan dalam masa yang sama mendorong pertumbuhan yang bersepadu bagi industri wain, pelancongan budaya dan pemuliharaan ekologi. Usaha ini memupuk pembangunan berkualiti tinggi yang dapat mengimbangi penggunaan sumber dengan tadbir urus ekologi serta menjajarkan pertumbuhan ekonomi dengan perlindungan terhadap alam sekitar.
Selain itu, di kilang wain yang terletak sepanjang kaki bukit sebelah timur Gunung Helan, setiap langkah dipantau dengan teliti oleh kakitangan kilang wain bagi memastikan kualiti anggur yang premium, bermula daripada penanaman yang berasaskan sains hinggalah teknologi pembuatan wain yang canggih.
Sebagai tempat asal dan hab industri wain Ningxia, Yinchuan menggiatkan usaha untuk membangun menjadi sebuah "ibu kota wain dunia" yang memiliki standard yang tinggi. Bandar ini kini menempatkan 37 kilang wain berkelas dan 53 perusahaan dengan indikasi geografi yang diperakui dan industri wainnya mencatatkan jumlah nilai keluaran sebanyak 36 bilion yuan (kira-kira 5.02 bilion dolar A.S.) pada tahun 2024.
Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/346092.html