ZHONGSHAN, China, 20 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Bertempat di MWC Shanghai 2025, Tongyu Communication Inc. (002792.SZ) memperkenalkan MacroWiFi buat julung kalinya, iaitu penyelesaian liputan WiFi kawasan besar, berserta lima kategori produk yang utama: komunikasi satelit untuk sambungan bumi-satelit, antena stesen utama berkecekapan tinggi, antena Integrasi MIMO Besar-besaran dan antena penapis logam keping, liputan altitud rendah. Pameran produk ini menonjolkan kemajuan Tongyu dalam bidang satkom (komunikasi satelit), 5G-A, evolusi 6G, ekonomi altitud rendah dan penghantaran terakhir yang menawarkan penyelesaian yang lebih inovatif untuk industri ini.
Memandangkan pendigitalan global telahpun memecut, satkom muncul sebagai teknologi yang amat penting untuk ketersambungan global. Tongyu memperkenalkan penyelesaian saling sambung satelit-bumi yang menggabungkan teknologi satelit Orbit Bumi Rendah (LEO) dan Orbit Geopegun (GEO). Penyelesaian ini menyediakan sambungan yang andal dan cekap untuk perkapalan maritim, komunikasi penerbangan, tindak balas kecemasan dan kawasan terpencil. Selain itu, dengan menubuhkan pangkalan pengeluaran di Hubei, China dan melabur dalam perniagaan satelit melalui usaha sama dan dana industri, syarikat ini meningkatkan fokusnya secara strategik ke atas muat beban satelit, stesen bumi dan terminal untuk aplikasi komersial bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap sambungan satelit yang andal.
Winnie Wu, Naib Presiden Tongyu Communication, menyatakan bahawa penyelesaiannya mencakupi muat beban dalam kenderaan, stesen bumi dan terminal satelit. Ia berjaya digunakan dalam satelit percubaan internet satelit dan kini menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan untuk pengendali antarabangsa yang utama. "Sebagai pengusaha yang utama dalam inovasi teknologi komunikasi global, Tongyu terus melakar kemajuan teknologi yang penting, seterusnya menunjukkan kepakaran yang utama dalam industri ini."
Mempelopori inovasi teknologi, Tongyu terus-menerus menerobos sempadan dan menerajui pembangunan industri. Awal tahun ini, syarikat ini melancarkan penyelesaian MacroWiFi yang menggunakan antena gandaan tinggi dan protokol penghantaran julat panjang bagi menyampaikan liputan WiFi sejauh 1.5 hingga 2 km. Projek-projek perintis kini sedang berjalan di Asia Tenggara.
Di samping itu, antena yang baru dilancarkan untuk altitud rendah ini, ia menyediakan liputan yang lancar dari bumi hinggalah 600 meter, menyokong aplikasi seperti logistik dron dan komunikasi kecemasan, begitu juga rangkaian selular biasa. Inovasi ini meningkatkan kecekapan operasi dan membantu membangunkan ekonomi altitud rendah, seterusnya mencipta peluang pertumbuhan dan kolaborasi yang baharu dalam sektor-sektor yang berbeza.
Latar Belakang Tongyu Communication
Tongyu Communication Inc., ditubuhkan pada tahun 1996, mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan, pembuatan dan penjualan antena komunikasi mudah alih, peranti frekuensi radio dan penyelesaian komunikasi satelit. Dengan kemudahan pengeluaran di China dan subsidiari-subsidiari di seluruh Eropah dan pelbagai lokasi di seluruh dunia, Tongyu Communication membina tapak kehadiran global yang mantap. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.tongyucom.com.