XIAMEN, China, 20 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Mulai 11–13 Jun, Ekspo Kuasa PV SNEC kali ke-18 telahpun diadakan di Shanghai dan menarik perhatian global. Antaisolar mempamerkan sistem penjejakan pintar unggulannya, AT-Spark, berserta rangkaian penuh penyelesaian lekapan solar untuk projek atas bumbung dan juga projek dipasang di tanah. Semasa berlangsungnya acara ini, syarikat ini menandatangani perjanjian yang berjumlah lebih 2GW dengan rakan kongsi global, lantas menunjukkan potensi pembangunannya yang mantap.
Menandatangani Perjanjian lebih 2GW bersama Rakan Kongsi Global
Antara 11 dan 12 Jun, Antaisolar menandatangani perjanjian dengan rakan kongsi termasuk RAYSTECH GROUP PTY LTD, Shandong Industrial Equipment Installation Group, SPV CO., LTD, CLEAN KINETICS PTE., LTD dan OSW. Perjanjian ini menjangkau Eropah, Australia, Amerika Tengah, Asia Tenggara, Korea Selatan dan China yang meliputi perkongsian strategik, urus janji projek dan kerjasama pengedaran.
Menjelang akhir tahun 2024, Antaisolar mencapai 41.7GW penghantaran di peringkat global serta menubuhkan pejabat di 21 negara dan wilayah, selain giat meluaskan ekosistem globalnya bagi memberikan sokongan tempatan untuk projek-projek global.
Penampilan Sulung Global! Sistem Penjejakan Pintar AT-Spark Dilancarkan Secara Rasmi
Tanggal 11 Jun, Antaisolar melancarkan sistem penjejakan pintarnya yang terkini AT-Spark. Diperkenalkan oleh Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) En. Yang Shuibu, AT-Spark membawakan tiub tork oktagon yang dibangunkan sendiri untuk rintangan angin yang dipertingkat dengan struktur yang ringan. Galas dwisfera berpaten membolehkan penjajaran kendiri cerun dan mempermudah pemasangan.
AT-Spark dikuasakan oleh SmartTrail, sistem kawalan penjejakan pintar daripada Antaisolar yang menawarkan empat mod perlindungan cuaca melampau. Dengan menggunakan algoritma pintar, AT-Spark memaksimumkan output tenaga dan mengurangkan Kos Elektrik Terlaras (LCOE), lalu menjadikannya ideal untuk projek-projek PV skala utiliti.
Pelancaran ini menggambarkan strategi dipacu inovasi daripada Antaisolar. Syarikat ini mengendalikan empat pusat R&D di Sepanyol, Shanghai, Xiamen dan Zhangzhou bersama lebih 120 jurutera profesional. Menurut Laporan Bahagian Pasaran Penjejak PV Solar Global 2025 Wood Mackenzie, Antaisolar menduduki tempat ke-9 di peringkat global bagi penghantaran penjejak pada tahun 2024 dan tersenarai dalam 6 Teratas di pasaran-pasaran utama termasuk Amerika Latin, Asia-Pasifik dan juga China.
Tatkala SNEC 2025 melabuhkan tirainya, Antaisolar tetap komited terhadap kerjasama global dan memacu inovasi dalam industri solar. Berpandukan misinya untuk "MEMBANGUNKAN DUNIA HIJAU" ("RAISE A GREEN WORLD"), syarikat ini terus menggalakkan transformasi digital dan pintar dalam sektor PV.
Latar Belakang Antaisolar
Antaisolar, pakar bagi penyelesaian sistem pelekap PV pintar digital, merupakan perintis bagi penyelesaian tenaga boleh baharu yang mengkhusus dalam kawalan struktur dan automasi. Ia tersenarai pada kedudukan antara 500 syarikat tenaga baharu global teratas dan merupakan salah satu daripada sepuluh jenama sistem pengesanan teratas di seluruh dunia.