SHANGHAI, 24 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 12 Jun 2025, Huawei Digital Power mengadakan Forum Keselamatan Pembentukan Grid & Sistem Storan Tenaga (ESS) di Shanghai, mengundang pelanggan, rakan kongsi, syarikat insurans dan organisasi pensijilan daripada industri PV dan ESS untuk membincangkan dan berkongsi pandangan tentang trend pembangunan serta aplikasi teknologi pembentukan grid, amalan perniagaan dan pembinaan ekosistem keselamatan ESS. Di forum ini, Huawei Digital Power, seiring bersama pelanggan, rakan kongsi, syarikat insurans dan organisasi pensijilan, melancarkan Inisiatif Keselamatan ESS bagi meningkatkan keselamatan ESS ke tahap yang lebih tinggi.
Huawei Digital Power Hosts the Grid Forming & ESS Safety Forum for Innovative Business Strategies and Safety Ecosystem
Steven Zhou, Presiden Barisan Produk PV Pintar & ESS di Huawei Digital Power menyampaikan ucapan pembukaan. Beliau menyatakan bahawa dengan kemajuan dalam peralihan tenaga global, ESS memainkan peranan penting dalam menyokong integrasi tenaga boleh baharu yang berskala besar ke dalam grid dan memastikan operasi grid yang stabil, memberikan peluang dan juga cabaran yang tidak pernah berlaku sebelum ini. ESS pembentuk grid, dengan keupayaan sokongan grid yang sangat baik, menjadi teknologi yang canggih dan popular. Selain itu, keselamatan ESS menjadi keutamaan tertinggi untuk pembangunan industri yang berterusan. Huawei Digital Power baru sahaja melancarkan penyelesaian PV Pintar+ESS 9.0 FusionSolar serba baharu yang mempromosikan teknologi pembentukan grid bermula daripada ESS hinggalah PV+ESS dan dalam semua senario, seterusnya mencapai aplikasi yang komprehensif.
Mematuhi piawaian keselamatan yang tinggi merupakan kunci untuk mengekalkan kestabilan grid. Huawei Digital Power mencadangkan empat piawaian keselamatan: tak mudah terbakar, tidak meletup, tidak merebak dan tidak memudaratkan. Reka bentuk keselamatan sel-ke-grid dapat meningkatkan keandalan sistem. Huawei akan terus berinovasi dan berkolaborasi dengan pelanggan, rakan kongsi dan organisasi industri bagi menggalakkan penerimagunaan piawaian keselamatan dan memacu inovasi model perniagaan, seterusnya memastikan semua pihak dalam rantaian industri boleh mendapat manfaat daripada kemajuan teknologi serta mencapai masa depan lestari.
Strategi Perniagaan Pembentukan Grid: Menggalakkan Keselamatan Aktif dan Mempercepat Pembinaan Sistem Kuasa Baharu
Robert Liew, Pengarah Penyelidikan APAC di Wood Mackenzie serta Patrick Zank, Pengurus Pembangunan Perniagaan di VDE, berkongsi pandangan mengenai sejauh mana teknologi pembentuk grid dapat menyokong pelaburan tenaga boleh baharu dan idea berhubung bagaimana piawaian disatukan dan kepercayaan pasaran memainkan peranan penting dalam mempromosikan aplikasi berskala besarnya.
Vannsith Ith, Pengarah Bahagian Pengurusan Kuasa di SchneiTec serta Billy Qiu, Pengurus Teknikal bagi Tenaga Pintar di TÜV SÜD, berkongsi butiran mengenai projek ESS skala utiliti yang pertama di Kemboja. TÜV SÜD menjalankan ujian empirikal ke atas keupayaan pembentukan grid dalam sistem PV+ESS pembentuk grid Huawei di Kemboja, selaras dengan PPP 58232. Keputusan ujian memberikan asas kukuh untuk membina grid pintar yang stabil dan andal yang menunjukkan pembangunan projek-projek pembentuk grid di Asia Tenggara.
Chen Danqing, Ketua Pegawai Teknologi Perniagaan ESS Pembentuk Grid di Huawei Digital Power menyatakan bahawa terdapat empat cabaran teknikal yang utama terhadap penggunaan komersial teknologi pembentukan grid yang berskala besar, termasuk kestabilan operasi selari berbilang peranti, peredam ayunan jalur lebar, sokongan beban lampau yang kuat serta keselamatan dan keandalan peranti.
Menerusi pengalaman yang luas dalam bidang PV dan ESS, khususnya dalam teknologi mesra grid dan pembentuk grid, Huawei Digital Power mencadangkan sistem teknologi ESS Pembentuk Grid Rentetan Pintar. Sistem teknologi ini mencakupi keupayaan pembentukan grid dalam seluruh proses penjanaan, penghantaran, pengagihan dan penggunaan kuasa, seterusnya mentakrifkan semula piawaian teras bagi keupayaan pembentukan grid. ESS pembentuk grid khususnya harus memiliki keupayaan pembentukan grid untuk semua tahap prestasi, dalam semua keadaan grid dan sepanjang kitaran hayat penuh. Ia boleh memberikan sokongan berketentuan dan stabil untuk sistem kuasa, lantas memenuhi keperluan pelbagai model perniagaan pada masa akan datang. ESS Pembentuk Grid Rentetan Pintar Huawei sudahpun menjalani ujian empirikal yang ketat dalam projek-projek di Qinghai dan Xizang serta diaplikasikan dengan jayanya dalam projek-projek peringkat GW.
Ekosistem Keselamatan ESS: Memperkukuh Keselamatan bagi Mengekalkan Pertumbuhan Industri
Chen Weipeng, Presiden Perniagaan Serantau (Insurans Am) Munich Re Group, berkongsi pandangannya mengenai tema melindungi projek-projek ESS. Chen Xiong, Pengurus Besar Perkhidmatan Kuasa Elektrik dan Produk Elektronik, TÜV Rheinland China menyatakan bahawa keselamatan sistem yang sebenar harus mencakupi seluruh kitaran hayat ESS.
Huawei Digital Power Hosts the Grid Forming & ESS Safety Forum for Innovative Business Strategies and Safety Ecosystem
Steve Zheng, Presiden Perniagaan ESS Pembentuk Grid, Huawei Digital Power, menyatakan bahawa ESS mempunyai tiga ciri tipikal: ketumpatan tinggi, voltan tinggi dan arus tinggi. Dalam kitaran hayat, ketakkonsistenan elektrokimia, ketakpastian grid dan keupayaan pengurusan digital ESS yang tidak mencukupi boleh mengakibatkan risiko keselamatan yang besar.
Bagi menangani isu-isu ini, Huawei Digital Power melancarkan sistem keselamatan inovatif yang mengintegrasikan pek bateri "Panshi", seni bina rentetan dua peringkat dan diagnosis kesihatan pintar bagi memastikan keselamatan ESS sepanjang kitaran hayatnya.
Bersama-sama organisasi berwibawa antarabangsa DNV, Huawei Digital Power berjaya menjalankan ujian pencucuhan melampau pada ESS Pembentuk Grid Rentetan Pintar, bagi mengesahkan sepenuhnya keupayaan perlindungan keselamatannya dalam senario pencucuhan melampau. Di samping itu, semasa forum ini berlangsung, ujian penembusan paku, perendaman air dan larian terma telahpun didemonstrasikan di Makmal Komprehensif ESS Pembentuk Grid Dongguan Huawei. Keputusan ujian ini mengesahkan dengan efektif prestasi keselamatan sistem mengikut empat piawaian keselamatan iaitu tidak mudah terbakar, tidak meletup, tidak merebak dan tidak memudaratkan, serta tiga piawaian keselamatan asas iaitu mesra grid, mesra beban dan mesra alam. Huawei Digital Power akan terus menyediakan penyelesaian PV+ESS serta bekerjasama dengan rantaian industri bagi mencapai masa depan lestari dan hijau.
Huawei Digital Power Hosts the Grid Forming & ESS Safety Forum for Innovative Business Strategies and Safety Ecosystem
Huawei Digital Power, seiring bersama pelanggan, rakan kongsi dan organisasi, melancarkan Inisiatif Keselamatan ESS. Inisiatif ini bertujuan untuk menambah baik spesifikasi pemadaman api khusus ESS, menggalakkan promosi global dan lelaran tahap keselamatan ESS yang berterusan, mewujudkan keupayaan keselamatan ESS yang boleh divisualisasikan dan diurus sepanjang kitaran hayat dan menubuhkan sistem penilaian risiko projek ESS sepanjang proses, seterusnya melindungi masa depan tenaga, membina asas keselamatan serta memajukan keselamatan ESS ke tahap yang lebih tinggi secara bersama.