omniture

LG MELANCARKAN KEMPEN "RADIO OPTIMISM" UNTUK MENYEBARKAN "LIFE'S GOOD" MELALUI MUZIK

LG Electronics
2025-06-25 18:55 64

Kempen Baharu LG Menggunakan Muzik sebagai Bahasa Sejagat untuk Memupuk Hubungan yang Lebih Mendalam dan Meluaskan Janji Life's Good dalam Ruang Digital

SEOUL, Korea Selatan, 25 Jun 2025 /PRNewswire/ -- LG Electronics (LG) hari ini melancarkan kempen jenama baharu, "Radio Optimism", yang direka khas untuk membantu mengukuhkan hubungan manusia yang bermakna dan menyebarkan rasa optimisme melalui pengalaman muzik bersama. Inisiatif ini sejajar dengan janji jenama LG, "Life's Good", dan menangani cabaran yang semakin meningkat dalam membentuk hubungan tulen dalam dunia yang didorong oleh teknologi.

Radio Optimism is designed to help strengthen meaningful human connections and spread optimism through shared musical experiences.
Radio Optimism is designed to help strengthen meaningful human connections and spread optimism through shared musical experiences.

 

Kempen Radio Optimism bertujuan untuk menangani rasa keterasingan yang sering dirasai dalam era yang didominasi oleh interaksi dangkal, seperti tanda suka dan komen di media sosial. Dengan memanfaatkan kuasa muzik, LG berhasrat untuk memupuk ikatan yang lebih erat antara individu, sekali gus menggalakkan kehidupan yang lebih bermakna.

"Apabila teknologi terus berkembang, hubungan manusia yang bermakna menjadi semakin penting untuk memperkayakan kehidupan kita. LG terus komited untuk membawa optimisme ke dalam kehidupan harian pelanggan, selaras dengan janji jenama kami yang berterusan, 'Life's Good'," kata Kim Hyo-eun, ketua Bahagian Pengurusan Jenama LG.

Kempen ini mengukuhkan komitmen LG untuk mencipta pengalaman yang memperkaya dalam ruang digital, tempat pengguna masa kini meluangkan banyak masa. Selaras dengan misi ini, LG terus berinteraksi dengan golongan muda melalui kempen berbentuk penyertaan yang menghidupkan falsafah Life's Good. Kempen "Optimism Your Feed" tahun lalu memanfaatkan algoritma media sosial untuk memupuk rasa positif di platform tersebut. Inisiatif baharu ini secara khusus bertujuan untuk menangani keterasingan yang paradoks dalam era keterhubungan melampau.

"Salah satu petunjuk kebahagiaan yang paling boleh dipercayai ialah mempunyai hubungan yang mendalam dan bermakna," kata Jean M. Twenge, Profesor Psikologi di Universiti Negeri San Diego. "Namun hari ini, ramai orang menghabiskan lebih banyak masa dalam talian dan semakin kurang berhubung secara bersemuka. Media sosial khususnya cenderung mewujudkan hubungan yang cetek berbanding hubungan mendalam yang benar-benar diperlukan oleh individu. Ini merupakan perkara biasa bagi seseorang untuk mempunyai ratusan pengikut tetapi tiada siapa untuk diajak berbicara dalam kehidupan sebenar apabila mereka memerlukan sokongan. Kita perlu membina hubungan yang lebih bermakna dengan orang di sekeliling kita. Langkah ini mungkin dapat membalikkan kemerosotan ketara dalam tahap kebahagiaan yang telah berlaku sepanjang dekad lalu."

Satu kajian global baharu* oleh LG tentang hubungan sosial mendedahkan bahawa 68 peratus individu mendapati semakin sukar untuk mencari rakan sejati, dan satu pertiga melaporkan mempunyai satu atau kurang hubungan bermakna dalam sebulan lalu, manakala 8 peratus langsung tidak mengalami sebarang hubungan bermakna. Diilhamkan oleh keunikan radio tradisional dalam menghubungkan manusia melalui muzik dan penceritaan, kempen Radio Optimism mengubah konsep ini menjadi platform interaktif di mana para peserta boleh mencipta dan menghantar lagu yang diperibadikan kepada insan tersayang. Pengguna boleh mencipta lagu baharu dengan mudah menggunakan alat berkuasa AI yang dilatih sepenuhnya berdasarkan set data muzik terpilih. Alat-alat ini mentafsir arahan pengguna untuk menghasilkan karya muzik yang unik serta menjana seni kulit album yang sepadan, sekali gus memberikan pengalaman yang menarik dan diperibadikan. Sebaik sahaja dihasilkan, lagu-lagu ini boleh dihantar kepada penerima untuk mempereratkan hubungan mereka dan turut tersedia untuk ditemui oleh orang lain di seluruh dunia.

Menurut tinjauan tersebut, hampir 9 daripada 10 responden percaya bahawa hubungan yang bermakna membawa kepada pandangan hidup yang lebih optimis. Dengan menyediakan platform untuk individu meluahkan perasaan mereka, kempen ini bertujuan untuk memupuk hubungan yang lebih mendalam dan membantu mereka memperkayakan kehidupan sambil menyebarkan optimisme dengan cara tersendiri.

Laman web kempen ini tersedia dalam bahasa Inggeris dan Sepanyol, dengan rancangan untuk menyokong lebih banyak bahasa dalam beberapa bulan akan datang bagi membolehkan penyertaan yang lebih meluas. Laman web rasmi boleh didapati di RadioOptimism.lg.com. Maklumat lanjut boleh didapati di www.lg.com/lifesgood/.

* Metodologi Tinjauan
Tempoh: Kerja lapangan dijalankan dari 29 April – 1 Mei 2025, melalui Focaldata
Negara: 5 - AS, UK, Australia, India dan Kanada
Umur: 18-45
Saiz Sampel: 5,000 peserta dari AS, UK, Australia, India dan Kanada, dengan 1,000 peserta bagi setiap pasaran, serta pembahagian yang mewakili peringkat kebangsaan mengikut umur, jantina dan wilayah.

Maklumat tentang LG Electronics, Inc.
LG Electronics merupakan peneraju inovasi global dalam teknologi dan elektronik pengguna dengan kehadiran hampir di setiap negara dan pekerja antarabangsa melebihi 74,000 orang. Empat Syarikat LG – Home Appliance Solution, Media Entertainment Solution, Vehicle Solution dan Eco Solution telah mencatatkan jumlah hasil global melebihi KRW 88 trilion pada tahun 2024. LG merupakan pengeluar utama produk pengguna dan komersial yang merangkumi televisyen, perkakasan rumah, penyelesaian udara, monitor, komponen dan penyelesaian kenderaan, dan jenama premium LG SIGNATURE dan LG ThinQ yang bijak adalah nama yang dikenali di seluruh dunia. Layari www.LGnewsroom.com untuk berita terkini.

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2717752/Radio_Optimism_1.jpg?p=medium600
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2717753/Radio_Optimism_2.jpg?p=medium600
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2717754/Radio_Optimism_3.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2585362/5087251/LG_logo.jpg?p=medium600

By harnessing the power of music, LG aims to foster deeper bonds among individuals, promoting a more fulfilling life.
By harnessing the power of music, LG aims to foster deeper bonds among individuals, promoting a more fulfilling life.

 

The Radio Optimism campaign includes an interactive platform where participants can create and send personalized songs to their loved ones.
The Radio Optimism campaign includes an interactive platform where participants can create and send personalized songs to their loved ones.

 

Source: LG Electronics
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Social Media New products/services Artificial Intelligence