omniture

EZVIZ Pelopori Algoritma Pengesanan Haiwan Liar Dibangunkan Sendiri, Mengimbangi Keselamatan Kediaman dengan Kewujudan Bersama Ekologi melalui Teknologi Inklusif dan Bertanggungjawab

EZVIZ
2025-06-26 10:30 67

HANGZHOU, China, 26 Jun 2025 /PRNewswire/ – EZVIZ, peneraju global dalam teknologi rumah pintar, mengumumkan pelancaran antarabangsa bagi algoritma pengesanan haiwan liar yang dibangunkan sendiri – satu pencapaian penting dalam keupayaan kecerdasan visual syarikat. Sebagai antara syarikat pertama dalam industri yang memperkenalkan penyelesaian pengesanan haiwan liar berkuasa AI, EZVIZ akan memperkenalkan ciri ini buat julung kalinya pada kamera luar berkuasa bateri yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Ciri ini juga akan tersedia kemudian melalui kemas kini perisian atau perkhidmatan berasaskan langganan.

Dibangunkan oleh EZVIZ AI Lab, algoritma ini menggunakan analisis data berbilang mod dan pengecaman situasi termaju untuk mengesan haiwan liar secara tepat dan masa nyata. Ia mampu mengecam sehingga 26 spesies berbeza, termasuk haiwan yang berpotensi berbahaya seperti ular, beruang, dan serigala, serta spesies yang dilindungi atau bermigrasi seperti singa, gajah, dan zebra. Pengguna akan menerima amaran segeravserta rakaman video apabila haiwan liar dikesan berhampiran kawasan kediaman mereka, bagi membantu mengelakkan konflik yang boleh membahayakan keselamatan atau menjejaskan biodiversiti.

"Pembangunan dan aplikasi algoritma ini menunjukkan satu kemajuan teknikal yang penting dan komitmen kami yang mendalam terhadap teknologi yang membantu," kata Po Wang, pencipta algoritma ini yang bertanggungjawab ke atas pusat perniagaan antarabangsa EZVIZ. Seorang jurutera produk veteran dan penyokong teknologi yang mantap, Wang mengetuai pembangunan dan pelancaran global algoritma ini. 'Kami membayangkan pencapaian ini sebagai keupayaan awam sejagat - yang mana melalui jangkauan global berjuta-juta produk rumah pintar EZVIZ, ia dapat menyediakan keselamatan yang boleh dicapai dan penjagaan berpusatkan insan kepada komuniti di mana-mana sahaja. Pada masa yang sama, ia membuka kemungkinan yang baharu untuk perlindungan ekologi dan pemerhatian terhadap hidupan liar.'

Pelancaran ini dilaksanakan pada masa yang penting, dengan pertembungan antara manusia dan haiwan liar semakin meningkat. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO), di peringkat global, sekitar 5 juta orang dipatuk ular setiap tahun dan dianggarkan 180,000 kematian berlaku akibat gigitan haiwan. Laporan bersama oleh World Wildlife Fund dan Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenal pasti konflik manusia-haiwan liar sebagai salah satu punca utama penurunan populasi haiwan liar.

Dengan mengintegrasikan teknologi AI ini ke dalam produk rumah pintar yang diedarkan secara meluas, EZVIZ menyediakan penyelesaian pemantauan luar yang praktikal dan boleh diskala, memberi manfaat kepada manusia dan juga alam sekitar. EZVIZ berhasrat untuk terus membangunkan algoritma ini dan memperluas ketersediaannya sebagai sebahagian daripada misinya yang berterusan untuk melindungi kehidupan, menghargai alam semula jadi, dan memperkasakan masyarakat melalui teknologi yang inklusif dan bermakna.

Source: EZVIZ
Keywords: Computer/Electronics Animal Welfare New products/services Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things