omniture

Tribesigns dan Sihoo Perkenal Promosi Perabot Jenama Bersama Tingkatkan Pengalaman Bekerja Pejabat Rumah pada Hari Perdana

Tribesigns
2025-06-26 21:15 86

NEW YORK, 26 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Tribesigns, pengilang dan peruncit perabot yang terkemuka di peringkat global, mengumumkan pada hari ini mengenai satu perkongsian jenama bersama yang baharu bersama Sihoo, jenama global yang terkemuka bagi perabot ergonomik yang bertujuan untuk memenuhi pelbagai keperluan dalam persekitaran pejabat rumah mahupun persekitaran kerja profesional.

Tribesigns yang didorong oleh moto "Designed for Life" ("Direka Bentuk demi Kehidupan"), menawarkan perkhidmatan kepada lebih 30 juta keluarga di seluruh dunia menerusi beraneka jenis produk perabot yang kebanyakannya merupakan perabot yang eksklusif untuk pasaran. Terkenal dengan meja komputer dan meja eksekutif yang terkemuka di pasaran, Tribesigns terus-menerus memberikan reka bentuk eksklusif yang mengutamakan fungsian dan gaya. "Kami berasa sangat teruja dapat bekerjasama dengan Sihoo pada Jun 2025 bagi mencipta pengalaman kerja yang benar-benar imersif," kata Andy Huang, Ketua Pegawai Pemasaran Tribesigns.

Tribesigns x  Sihoo Co-Branding Partnership
Tribesigns x Sihoo Co-Branding Partnership

"Sihoo sentiasa berdedikasi untuk menawarkan produk ergonomik yang sihat dan selesa. Disokong oleh lebih 100 pakar ergonomik dan didorong oleh inovasi berpusatkan manusia, koleksi kerusi, meja berdiri dan aksesori ruang kerja Sihoo dipercayai oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia," kata Pengarah Pasaran A.S. Sihoo, Lam.

Seperti yang disyorkan oleh slogan jenama bersama 'When Design Meets Comfort' ('Apabila Reka Bentuk Bertemu Keselesaan'), meja komputer Tribesigns dan kerusi ergonomik Sihoo melengkapi antara satu sama lain dengan sempurna, memberikan gabungan yang lancar antara reka bentuk estetik dan keselesaan ergonomik bagi memenuhi sepenuhnya keperluan pengguna di rumah mahupun pengguna pejabat.

Promosi jenama bersama antara Tribesigns dan Sihoo akan dilancarkan secara bersama oleh kedua-dua pihak di Amerika Syarikat melalui laman web rasmi mereka, kedai Amazon dan platform media sosial seperti Facebook, Instagram, Pinterest dan TikTok. Promosi akan berlangsung mulai 8 hingga 11 Julai semasa Hari Perdana (Prime Day) Amazon tahun ini yang menawarkan harga terendah bagi tahun ini.

Untuk maklumat yang terperinci mengenai perkongsian jenama bersama Tribesigns dan Sihoo serta meneroka lebih banyak produk perabot, sila kunjungi laman web rasmi mereka dan kedai Amazon.

Tribesigns: https://tribesigns.com/collections/tribesigns-sihooAmazon
Sihoo: https://sihoooffice.com/, Amazon
Halaman Urus Janji Penjenamaan Bersama: https://bit.ly/4kJXRFK

Latar Belakang Tribesigns: 

Tribesigns ialah pereka dan pengilang perabot global yang terkemuka. Ia menyediakan produk perabot dalaman yang direka secara unik kepada pelanggan, seperti meja pejabat rumah, rak buku, meja konsol, penyusun, rak kasut, rak pakaian, lampu tidur, almari laci bercermin, meja makan, rak dapur, meja persidangan, meja penyambut tetamu, perabot tambah dan sebagainya.

Latar Belakang Sihoo:

Sihoo ialah jenama global yang terkemuka bagi perabot ergonomik dan ditubuhkan pada tahun 2011. Berpandukan kepercayaan "Sit Well, Think Better" ("Duduk Selesa, Berfikir Lebih Baik"), Sihoo berdedikasi untuk meningkatkan keselesaan, tumpuan dan kesejahteraan di tempat kerja melalui reka bentuk ergonomik yang pintar.

 

Source: Tribesigns
Keywords: Computer/Electronics Furniture & Furnishings Home Improvement Household Products Household/Consumer/Cosmetics Office Products Retail Joint ventures Licensing/marketing agreements New products/services