SYDNEY, 30 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Vivid Sydney, iaitu festival berbilang bentuk seni yang terbesar di Hemisfera Selatan, mempelawa para artis, penghibur dan pemikir yang berwawasan dari seluruh dunia untuk membantu membentuk program 2026nya.
Anggaran awal untuk Vivid Sydney 2025, mencadangkan acara ini mendorong jumlah kunjungan melebihi 25 juta orang sejak festival ini dimulakan pada tahun 2009, dengan perbelanjaan pelawat sebanyak lebih daripada $1.3 bilion dijana sepanjang tempoh penjayaannya.
Kembali mulai Jumaat 22 Mei hingga Sabtu 13 Jun 2026, Vivid Sydney sekali lagi akan mentransformasikan Harbour City melalui tonggak Cahaya, Muzik, Idea dan Makanan—mengundang khalayak untuk menghayati sepenuhnya kreativiti termaju dan penceritaan yang berani. Kerajaan New South Wales (NSW), melalui Destination NSW, kini sedang mencari idea daripada pencipta, penerbit, pemimpin pemikiran dan penginovasi untuk membantu menjayakan festival tahun 2026.
Menteri Pekerjaan dan Pelancongan Kerajaan NSW, En. Steve Kamper berkata:
"Sambutan yang menggalakkan terhadap Vivid Sydney 2025 menyampaikan satu mesej yang jelas bahawa festival ini kekal menjadi pemacu kreativiti, budaya dan impak ekonomi yang hebat.
"Vivid Sydney bukan sahaja menerangi jalan-jalan kami - ia memantapkan kedudukan Sydney sebagai ibu kota budaya global yang terkemuka dan destinasi yang wajib dialami di Asia-Pasifik.
"Kini, kami menyeru gelombang golongan kreatif yang seterusnya untuk membantu membentuk Vivid Sydney 2026. Sama ada anda seorang artis, pereka, penghibur, penerbit atau jurumasak, ini merupakan peluang anda untuk menjadi sebahagian daripada sesuatu yang sungguh luar biasa dan berkongsi visi anda."
Kembali sebagai Rakan Kongsi Utama untuk Vivid Sydney 2025 ialah Samsung Electronics Australia dan Kia. Samsung mengaktifkan festival ini di kawasan darat dan juga perairan di Cockle Bay, Darling Harbour menerusi Space to Dream, yang meneroka potensi kreativiti tanpa sempadan yang diilhamkan oleh Galaxy AI. Kia mempamerkan kenderaan elektrik EV3 baharunya yang amat dinanti-nantikan sepanjang Vivid Light Walk.
Rakan Kongsi Rasmi termasuk Estée Lauder, kembali untuk tahun kedua menerusi pemasangan mereka: While You Were Dreaming—suatu gabungan yang berseri-seri antara sains, keindahan dan imaginasi, seiring bersama dengan Ausgrid, yang membekalkan kuasa kepada program Tumbalong Nights Vivid Sydney.
Airbnb sekali lagi menjadi Rakan Kongsi Komuniti Vivid Sydney yang menyokong program sukarelawan, manakala Rakan Kongsi Amal festival ini untuk 2025 Sydney Children's Hospitals Foundation membawakan Dream Scene ke Darling Harbour – sebuah kanvas digital yang melaluinya impian kanak-kanak menjadi kenyataan dalam landskap mimpi yang kian berkembang.
Rakan Kongsi Sokongan Vivid Sydney termasuk Dexus, Event Engineering, Kennards Hire, Mandylights, Nova, Port Authority of NSW, SBS, Stan, The P.A. People, TDC dan Transdev.
Untuk mengetahui lebih lanjut atau bagi menyerahkan Ekspresi Minat, kunjungi: www.vividsydney.com
- Tamat -