omniture

Good Game, Rancangan Realiti Permainan Global As-live Pertama di Dunia diumumkan

Good Game Group Inc.
2025-07-03 14:09 70

NEW YORK, 3 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Good Game Group Inc. telah mengumumkan pelancaran Good Game, Rancangan Realiti Permainan Global 'As-live' Pertama di dunia, yang menggabungkan keseronokan televisyen realiti dengan dunia permainan berdaya saing yang tinggi, untuk menobatkan Superstar Selebriti Permainan pertama di dunia. Syarikat tersebut telah mengikat kontrak dengan bintang kriket India terkenal, Rishabh Pant, sebagai duta jenama global dan bekerjasama dengan Spunnge Media Private Limited untuk rancangan pertamanya.

Good Game, world’s first As-Live gaming reality show announced globally
Good Game, world’s first As-Live gaming reality show announced globally

Good Game akan tersedia di peringkat global melalui Rakan Penyiaran terpilih dan saluran YouTube Good Game, disokong oleh sesi tontonan bersama merentasi pelbagai platform media sosial. Syarikat tersebut kini sedang membuka peluang kepada jenama yang berminat untuk menjadi penaja dan rakan kerjasama, khususnya yang ingin menjangkau komuniti Pemain yang berada di persimpangan budaya pop, permainan video dan hiburan.

Bercakap tentang rancangan itu, Rai Cockfield, Pengasas Good Game berkata,"Semua orang adalah Gamer. Dengan 3.3 bilion pemain, permainan menjana lebih banyak pendapatan daripada gabungan filem dan TV. Good Game ingin menceritakan kisah penghibur yang memacu kebangkitan fenomena ini. Integrasi produk semula jadi (bukan hanya penempatan) adalah penting untuk menceritakan kisah jenama bersama kisah Gamer. Kami teruja dengan minat awal yang ditunjukkan oleh jenama terhadap peluang unik ini antara kandungan, komuniti dan perdagangan." 

Rishabh Pant, Bintang Kriket India dan Ikon Belia berkata, "Saya berbesar hati untuk bekerjasama dengan Good Game, yang dikenali menerusi kerja mereka yang menyeronokkan dan inovatif. Saya tidak sabar menantikan rancangan ini dan berharap dapat menikmati pengalaman yang menyeronokkan sepanjang perjalanan ini. Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan ini untuk pelancaran global mereka."

"Kami berbesar hati dan teruja kerana Rishabh menjadi duta global pertama kami. Rishabh ialah seorang ikon dalam dunia sukan dan kriket, setelah membuktikan dirinya sebagai antara pemain terbaik di pentas terbesar dan paling mencabar di dunia. Rai menambah

Good Game ialah rancangan realiti kompetitif 'as-live' pertama, yang digarapkan sebagai Pertandingan Bakat Global untuk Gamer, Pencipta Kreatif dan Penghibur untuk menguji kemahiran mereka dalam permainan, hiburan, perniagaan dan promosi. Pemenang mendapat wang tunai dan hadiah sebanyak $100,000 dan akan bersaing dengan Gamer terbaik Asia Pasifik dalam Good Game APAC. Rancangan ini akan dinilai oleh selebriti terkemuka di setiap pasaran, daripada dunia permainan, sukan dan hiburan. Visi jangka panjang adalah untuk membolehkan peserta mengembangkan kerjaya mereka merentasi genre hiburan, dan menarik penonton antarabangsa di samping membina jenama peribadi mereka.

Good Game: Laman web | YouTube | X | Instagram

Butiran Hubungan:

Robert Penington - robert@thronepr.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2723689/Good_Game_Series_Poster.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2723690/Good_Game_Group_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Good Game Group Inc.
Keywords: Advertising Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Social Media Television New products/services