omniture

CISCE ke-3 Bakal Bermula di Beijing: Tonjol Pembangunan Rantaian-Penuh

China International Supply Chain Expo
2025-07-15 23:23 62

BEIJING, 15 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Ekspo Rantaian Bekalan Antarabangsa China (CISCE) kali ke-3 akan berlangsung mulai 16–20 Julai 2025 di Pusat Pameran Antarabangsa China di Beijing. Dianjurkan merentas enam bidang keutamaan—Pembuatan Termaju, Pertanian Hijau, Teknologi Digital, Kehidupan Sihat, Kenderaan Pintar dan Tenaga Bersih—selain zon Perkhidmatan Rantaian Bekalan khusus, CISCE ke-3 ini akan menonjolkan perkembangan semasa dalam pembuatan global dan industri-industri yang berkaitan. Acara ini menekankan peranan kuasa produktif generasi akan datang dalam membentuk transformasi industri dan memperkukuh daya saing antarabangsa. Ekspo pada tahun ini bertujuan untuk menggalakkan keterlibatan yang lebih mendalam antara perusahaan Cina dan antarabangsa demi memupuk ekosistem industri yang lebih bersepadu dan berpandangan jauh.

CISCE 2025 akan memperkenalkan dua zon pameran baharu buat julung kalinya: zon Pelancaran CISCE yang dikhususkan untuk mempamerkan produk, teknologi, proses dan senario aplikasi terkini oleh peserta pameran; dan zon Rantaian Inovasi yang melaluinya 14 organisasi yang mengambil bahagian akan mendemonstrasikan rantaian transformasi inovasi yang lengkap melalui tiga modul utama—"Sokongan Dasar", "Pengupayaan Platform" dan "Penyelarasan Perkhidmatan", membawakan proses inovasi kitaran penuh bermula daripada penyelidikan asas dan pembangunan teknologi hinggalah aplikasi industri dan gerak balas pasaran.

Pada tahun ketiganya, CISCE akan membawakan perwakilan antarabangsa yang luas dan penekanan yang tinggi terhadap inovasi, dengan 651 syarikat dan institusi dari 75 negara dan wilayah serta organisasi antarabangsa (termasuk agensi PBB) mengadakan pameran di acara ini. Sehingga kini, 170 delegasi luar negara telahpun mengesahkan akan mengambil bahagian dalam pemadanan perniagaan. Lebih 65% peserta terdiri daripada syarikat Fortune 500 atau peneraju industri, manakala jumlah penglibatan peserta pameran—termasuk 500 sekutu rantaian bekalan—diunjurkan mencecah 1,200. Ekspo ini dijangka akan menyambut lebih 200,000 pengunjung profesional.

CISCE kali ke-3 akan berfungsi sebagai sebuah forum global untuk meneroka trend dalam pembangunan industri dan rantaian bekalan, memajukan inovasi dan meluaskan kerjasama antarabangsa. Pemimpin perniagaan, penggubal dasar dan outlet media di seluruh dunia diundang untuk menghadiri acara rantaian bekalan unggulan di Beijing ini.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman web CISCE: https://en.cisce.org.cn/.

Source: China International Supply Chain Expo
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Mining/Metals Telecommunications Transportation Trade show news General Manufacturing Supply Chain/Logistics