![]() |
PHILADELPHIA, 21 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Minaris Advanced Therapies dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Dr. Orla Cloak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.
Dr. Cloak adalah seorang eksekutif berpengalaman dengan lebih 20 tahun pengalaman kepimpinan komersial dalam industri Farmasi dan Sains Hayat. Beliau mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam memacu inovasi, kecemerlangan operasi, pertumbuhan perniagaan yang mampan dan kepimpinan strategik. Sebelum menyertai Minaris Advanced Therapies, Orla memegang beberapa jawatan kepimpinan di Lonza dalam tempoh 17 tahun, yang terbaru berkhidmat sebagai Naib Presiden Kanan dan Ketua perniagaan Biosains Lonza. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dari University College Dublin dan Ijazah Doktor Falsafah Mikrobiologi dari University of Ulster.
Iain Baird, Pengerusi Lembaga Pengarah, Minaris Advanced Therapies mengulas : "Bagi pihak lembaga pengarah, saya gembira untuk mengalu-alukan Orla ke Minaris Advanced Therapies. Kepimpinannya akan memainkan peranan penting dalam mencapai misi kami untuk menyokong pelanggan untuk berjaya mengkomersialkan terapi inovatif mereka."
Orla Cloak, Ketua Pegawai Eksekutif, Minaris Advanced Therapies mengulas: "Saya berbesar hati untuk menyertai Minaris Advanced Therapies pada masa yang penting. Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan pasukan berbakat di sini untuk membina asas kukuh syarikat dan memacu fasa pertumbuhan seterusnya."
Mengenai Minaris Advanced Therapies:
Minaris Advanced Therapies adalah organisasi pembangunan dan pembuatan kontrak global (CDMO) dan pembekal ujian kontrak yang memberi tumpuan secara eksklusif kepada terapi Sel dan Gen. Minaris Advanced Therapies beribu pejabat di Philadelphia, Pennsylvania, dan mempunyai lebih daripada 650,000 kaki persegi infrastruktur di seluruh Amerika Syarikat, Eropah dan Asia. Organisasi ini telah menghasilkan dan mengeluarkan lebih daripada 7,500 kelompok GMP dan mempunyai rangkaian global yang menyokong pembangun terapi melalui pembangunan peringkat awal, ujian klinikal dan pembuatan komersial.
Minaris Advanced Therapies adalah syarikat portfolio Altaris.
Mengenai Altaris:
Altaris adalah firma pelaburan dengan tumpuan eksklusif untuk memperoleh dan membina syarikat dalam industri penjagaan kesihatan. Sejak penubuhannya pada tahun 2003, Altaris telah melabur dalam lebih daripada 50 syarikat dalam pelbagai sub-sektor penjagaan kesihatan, dengan matlamat yang konsisten untuk memberikan nilai kepada sistem penjagaan kesihatan dan menjana pulangan kewangan yang menarik bagi pelabur. Altaris beribu pejabat di New York City dan menguruskan modal ekuiti sebanyak $ 10 bilion. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.altariscap.com
Hubungan Media:
Tihesha Aaron
corp.communications@minaris.com
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2679651/Minaris_Advanced_Therapies_Logo.jpg?p=medium600
Gambar - https://mma.prnasia.com/media2/2734229/Dr_Orla_Cloak.jpg?p=medium600