ASHBURN, Va., 22 Julai 2025 /PRNewswire/ --DXC Technology (NYSE: DXC), penyedia perkhidmatan teknologi global terkemuka dan syarikat Fortune 500, DXC hari ini telah diiktiraf sebagai Peneraju oleh ISG, firma penyelidikan dan nasihat teknologi global terkemuka dalam kajian Provider Lens™ Snowflake Ecosystem Partners 2025 merangkumi semua kategori di Amerika Syarikat dan Eropah. Strategi berfokuskan data oleh DXC, transformasi dipacu AI Generatif, pemerkasaan proses migrasi secara automatik dan efisien, pengambilan data yang dioptimumkan dari segi kos, serta latihan dan pembangunan tenaga kerja.
"DXC menawarkan rangkaian keupayaan Snowflake yang kukuh, menyeluruh dan menyeliputi dari awal hingga akhir, menggabungkan kepakaran nasihat yang mendalam, pelaksanaan khusus industri, integrasi GenAI, serta perkhidmatan terurus yang mantap termasuk integrasi MLOps," kata Santhosh Alby, Penganalisis Utama ISG. "Usaha syarikat ini diperkukuh oleh budaya inovasi dan pembelajaran berterusan bagi menyampaikan platform data yang berskala, selamat dan bersedia untuk masa hadapan."
Snowflake ialah platform data awan terkemuka yang membolehkan lebih daripada 11,000 syarikat di seluruh dunia membina, menggunakan dan berkongsi data, aplikasi dan AI. DXC dan Snowflake telah bekerjasama untuk menyediakan penyelesaian data dan AI yang maju, termasuk penyelesaian analitik mobiliti terhubung untuk industri automotif. Kajian Snowflake Ecosystem Partners 2025 menilai keupayaan penyedia perkhidmatan dalam memberi nasihat kepada pelanggan mengenai strategi ekosistem Snowflake, memodenkan landskap data, memperkasa analitik lanjutan, serta mengurus persekitaran Snowflake dengan berkesan. Laporan ini menonjolkan kekuatan DXC dalam tiga kategori:
"Snowflake memainkan peranan penting dalam pengurusan dan analitik data moden, membolehkan kami menyampaikan penyelesaian yang lebih pantas dan pintar kepada pelanggan dengan menggabungkan data, AI dan tadbir urus dalam satu platform," kata Pete McEvoy, Pengarah Urusan dan Ketua Global Data AI di DXC. "Pelaburan kami dalam ekosistem Snowflake menyerlahkan komitmen kami untuk menyediakan kecekapan berasaskan AI dan data yang mampu memacu kemajuan pelanggan kami. Pengiktirafan daripada ISG ini mengukuhkan lagi impak strategi kami dan nilai yang sedang kami cipta untuk pelanggan."
Kajian ini turut menampilkan penekanan DXC terhadap latihan dan pembangunan, dengan menyediakan akses 24/7 kepada lebih dua juta bahan pembelajaran melalui DXC Learning Platform. Selain itu, DXC Academies menawarkan program peningkatan dan penyesuaian kemahiran yang kukuh bagi membantu kakitangan memperoleh pensijilan daripada penyedia seperti Snowflake.
Penawaran Data & AI oleh DXC membantu pelanggan membuat penanda aras, menentukan keutamaan, memilih dan melaksanakan infrastruktur yang sesuai untuk memanfaatkan data sebagai aset dan kelebihan daya saing. Lebih daripada 50,000 jurutera dan perunding pakar di bawah Perkhidmatan Perundingan & Kejuruteraan DXC membangunkan persekitaran awan yang disesuaikan mengikut keperluan setiap pelanggan, sekali gus mempercepatkan migrasi, menjamin keselamatan dat, dan mengoptimumkan penyelenggaraan.
Laporan penuh Kajian ISG 2025 Provider Lens™ Snowflake Ecosystem Partners 2025 boleh dilihat di sini. Untuk maklumat lanjut tentang penawaran Data & AI DXC, klik di sini.
Maklumat Tentang DXC Technology
DXC Technology (NYSE: DXC) membantu syarikat global menjalankan sistem dan operasi kritikal misi sambil memodenkan IT, mengoptimumkan seni bina data dan memastikan keselamatan dan kebolehkembangan merentasi awan awam, persendirian dan hibrid. Syarikat terbesar di dunia dan organisasi sektor awam mempercayai DXC untuk mengatur kedudukan perkhidmatan bagi memacu tahap prestasi, daya saing dan pengalaman pelanggan baharu di seluruh estet IT masing-masing. Ketahui lebih lanjut tentang cara kami menyampaikan kecemerlangan untuk pelanggan dan rakan sekerja kami di DXC.com.
Maklumat tentang ISG
ISG (Information Services Group) ialah firma penyelidikan dan penasihat teknologi global yang terkemuka. Rakan kongsi perniagaan yang dipercayai oleh lebih daripada 900 pelanggan, termasuk lebih 75 daripada 100 perusahaan terbaik dunia, ISG komited untuk membantu syarikat, organisasi sektor awam, dan penyedia perkhidmatan dan teknologi mencapai kecemerlangan operasi dan pertumbuhan yang lebih cepat. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.isg-one.com.
Angelena Abate, Pengarah Kanan, Pemasaran & Komunikasi, +1.646.234.8060, angelena.abate@dxc.com