omniture

HIMSS APAC 2025: Menteri Kesihatan Malaysia Lawat Pameran GuidelineX Teroka Sistem Sokongan Keputusan Klinikal AI

GUIDELINEX
2025-07-23 13:16 3

KUALA LUMPUR, Malaysia, 23 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia melawat pameran GuidelineX di HIMSS APAC 2025 yang mana beliau terlibat dalam perbincangan yang komprehensif berhubung sistem sokongan keputusan klinikal (CDSS) yang dikuasakan AI. Menteri ini meneliti aplikasi praktikal teknologi GuidelineX yang menyokong 61 juta lawatan pesakit dalam hospital dan memudahkan 1.4 bilion lawatan pesakit luar setiap tahun di seluruh China, masing-masing mewakili 25% dan 33% daripada lawatan pesakit nasional ke hospital.

Dr. Ahmad menyatakan usaha berterusan oleh Malaysia berhubung kesihatan digital dan menunjukkan minat terhadap hasil yang dilaporkan oleh GuidelineX, termasuk pengurangan sebanyak 46% dalam kadar tromboembolisme vena (HA-VTE) yang diperoleh di hospital melalui sistem amaran berasaskan AI. Khususnya, AI GuidelineX menyaring 10,233 individu untuk penyakit Fabry dalam tempoh tiga bulan, mengenal pasti dengan cekap lima kes yang disahkan dan dua individu dengan gen GLA VUS, seterusnya menunjukkan potensi besar AI-CDSS dalam memajukan pengesanan awal serta strategi kesihatan penduduk. "Agar berjaya, kita harus melihat secara dalaman dan juga ke luar," ujar Dr. Ahmad, menekankan bahawa transformasi kesihatan digital melibatkan "lebih daripada sekadar menggunakan sistem - ia memerlukan pendekatan yang holistik terhadap inovasi dan penjagaan pesakit."

Malaysia’s Minister of Health, Dr. Dzulkefly Ahmad, Visited the GuidelineX Booth.
Malaysia’s Minister of Health, Dr. Dzulkefly Ahmad, Visited the GuidelineX Booth.

Sebagai penyedia bagi penerimagunaan klinikal AI yang terkemuka di Asia, GuidelineX menawarkan penyelesaian natif-awan generasi akan datang yang telahpun dilaksanakan di 1,061 hospital besar menjelang akhir tahun 2024, termasuk 50% daripada 100 hospital utama terbaik negara. Dr. Jenny Shao, Ketua Pegawai Perubatan GuidelineX, membentangkan aplikasi AI dalam pengurusan penyakit kronik dan laluan klinikal onkologi yang melaluinya menteri memberi respons dengan mengiktiraf potensi penting yang dimiliki oleh AI untuk meningkatkan penjagaan kesihatan klinikal.

GuidelineX memberi tempat kepada AI sebagai pembantu pintar dan khusus yang diintegrasikan secara mendalam ke dalam aliran kerja klinikal dan bukannya alat tegar yang memerlukan penyesuaian pakar perubatan. Falsafah ini memacu ekosistem produknya untuk menyampaikan pengesyoran AI klinikal yang boleh diambil tindakan yang diterima pakai 1 bilion kali setahun oleh doktor-doktor di seluruh dunia. Menteri menyatakan persetujuan yang mendalam dengan visi produk ini semasa demonstrasi.

Hubungan Media: 

Xuan Hua
+86-18813160136
huaxuan@guidelinex.com

Source: GUIDELINEX
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital New products/services Trade show news Artificial Intelligence