omniture

Pengerusi Hoardsun Tech Group: Perkasa Pertumbuhan AI BRICS melalui Optoelektronik AI

Xinhuanet
2025-07-24 14:10 73

RIO DE JANEIRO, 24 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Laporan ini difailkan oleh Xinhuanet.com:

Forum Media dan Kumpulan Pemikir BRICS, dianjurkan secara bersama oleh Xinhua News Agency dan Empresa Brasil de Comunicação (EBC) telahpun diadakan di Rio de Janeiro pada 16 Julai 2025. Chen Rongsheng, Pengerusi Hoardsun Tech Group dan Hengmei Optoelectronics (HMO) mengambil bahagian dalam perhimpunan ini dengan menyertai para eksekutif dan penggubal dasar dalam dialog peringkat tinggi mengenai pembangunan kecerdasan buatan (AI) merentas ekonomi BRICS.

Chen Rongsheng, Chairman of Hoardsun Tech Group and Hengmei Optoelectronics (HMO), speaks at the forum's opening ceremony on July 16.
Chen Rongsheng, Chairman of Hoardsun Tech Group and Hengmei Optoelectronics (HMO), speaks at the forum's opening ceremony on July 16.

Semasa menyampaikan ucaptama, Chen berkata bahawa negara-negara BRICS memasuki fasa kolaborasi AI transformatif yang dicirikan oleh skala dan penjajaran strategik. Menurutnya, Hoardsun Tech Group komited untuk mempererat perkongsian dalam pasaran BRICS selaras dengan arah aliran global menuju kerjasama AI antarabangsa yang lebih luas. Syarikat ini berusaha untuk mempercepat inovasi dalam sistem optoelektronik didayakan AI dan menyumbang kepada pembinaan seni bina maklumat global yang lebih seimbang, boleh dicapai dan bingkas. Hoardsun sudah lama mengkhusus dalam komponen paparan dan penyelesaian audio-visual dipacu AI, menyampaikan teknologi visual yang lebih cerah, lebih pintar dan lebih mudah dicapai untuk berjuta-juta isi rumah di seluruh blok BRICS, termasuk di Brazil.

Chen menekankan selanjutnya keperluan untuk ahli-ahli BRICS, sebagai suara yang utama dalam kalangan ekonomi baru muncul untuk membentuk kerangka tersendiri demi kerjasama teknologi dan institusi. Melalui integrasi teknikal dan pertukaran budaya yang dipertingkat, menurutnya blok ini dapat membantu mewujudkan model-model baharu untuk tadbir urus AI—yang dapat menyelaraskan kepelbagaian global dengan kemestian pembangunan yang dikongsi bersama.

Hoardsun Tech Group ialah sebuah syarikat berteknologi tinggi yang memfokuskan pada industri-industri baru muncul yang strategik. Berpandukan strategi teras "Cip, Rangkaian, Awan dan Skrin", kumpulan ini memegang kedudukan utama bagi semikonduktor generasi ketiga, komunikasi satelit keupayaan celusan tinggi, sistem kenderaan pintar, bahan paparan termaju dan perkhidmatan aplikasi digital. Ia menubuhkan kemudahan pembuatan di China dan luar negara, dengan operasi menjangkau lebih daripada 20 negara dan wilayah di seluruh dunia.

 

Source: Xinhuanet
Keywords: Computer/Electronics Publishing/Information Service Artificial Intelligence