Perhimpunan Global Melibatkan Lebih 7,000 Elit Insurans Kewangan
ABU DHABI, UAE, 11 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Persidangan Tahunan International Dragon Award (IDA) 2025 akan diadakan secara besar-besaran mulai 9 hingga 12 Ogos 2025 di Abu Dhabi, ibu kota dinamik Emiriah Arab Bersatu dan "Bandar Minyak" yang terkenal di peringkat global. Acara penting ini dijangka akan menghimpunkan lebih 7,000 wakil—termasuk elit insurans kewangan, eksekutif kanan daripada syarikat insurans, pakar industri serta cendekiawan dari seluruh dunia—bagi meneroka arah aliran, cabaran dan peluang baru muncul dalam industri insurans.
Pada tahun 1998, IMM International menubuhkan secara rasminya International Dragon Award (IDA) yang bertujuan untuk menetapkan penanda aras yang adil dan objektif untuk industri insurans global dan bagi mendukung nilai-nilai "Keunggulan, Kesempurnaan, Kemuliaan" ("Paragon, Perfection, Nobility"). Setelah terlibat dalam industri ini selama lebih dua dekad, IDA mendapat pujian dan rasa hormat yang begitu luas daripada seluruh industri, lantas memantapkan kedudukannya sebagai penghormatan yang dikagumi di peringkat antarabangsa dalam kalangan pengamal insurans kewangan. Hari ini, beberapa institusi insurans kewangan menggabungkan IDA ke dalam kerangka pengiktirafan korporat mereka. Menjelang tahun 2025, lebih 181,000 elit insurans kewangan daripada lebih 250 institusi insurans merentas 17 negara dan wilayah memperoleh penghormatan IDA, termasuk 585 Ahli IDA Life dan 16 penerima induksi ke dalam IDA Hall of Fame yang berprestij. Tahun ini turut menyaksikan 17 pasukan jualan yang cemerlang mendapat gelaran "IDA Hundred-Elite Team" yang disegani.
Sebagai sebuah acara terulung dan berkaliber tinggi yang membawa kepentingan yang utama kepada sektor insurans global, Persidangan Tahunan IDA meraikan pencapaian ahli-ahlinya, sekali gus memperkasakan para pengamal insurans kewangan di seluruh dunia dengan pemahaman industri yang terkini, kepakaran pemasaran serta falsafah kepimpinan. Sejak tahun 2000, IMM International menganjurkan 24 edisi persidangan ini di bandar-bandar utama di seluruh dunia—termasuk Chiang Mai, Singapura, Seoul, Sydney, Kuala Lumpur, Dubai, Melbourne, Bangkok dan beberapa bandar di China. Kemunculan sulungnya di Abu Dhabi pada tahun 2025 merupakan satu pencapaian penting dalam perjalanan global persidangan ini.
Menumpukan pada tema "Kepatuhan" ("Devotion"), persidangan pada tahun ini akan menyatukan lebih 120 eksekutif kanan daripada syarikat insurans, pemimpin agensi jualan yang cemerlang, ejen jualan peringkat atasan serta pakar dan juga cendekiawan daripada pelbagai bidang di peringkat global. Membawakan lebih 60 sesi perkongsian yang bernilai tinggi dan mendalam—termasuk 12 sesi utama, 43 sesi sampingan dan 10 sesi "International Finance Outlook Forum" ("Forum Tinjauan Kewangan Antarabangsa") yang menghimpunkan pakar kewangan serta eksekutif kanan daripada syarikat-syarikat insurans—acara ini akan menawarkan platform yang dinamik, terbuka dan antara disiplin bagi tujuan pertukaran idea yang bermakna, seterusnya mendorong kemakmuran dan pembangunan yang berterusan dalam industri insurans.
Sambutan Besar-besaran IDA: Ribuan Bangkit Menuntut Penghormatan IDA
Tatkala industri insurans global mengemudi cabaran baharu yang muncul dalam iklim ekonomi yang tidak menentu pada tahun 2025, satu kohort bingkas yang terdiri daripada ahli-ahli profesional insurans yang cemerlang memilih untuk bangkit menentang hambatan yang akhirnya melayakkan mereka menerima penghormatan IDA yang berprestij lantaran prestasi mereka yang luar biasa dan keazaman yang tidak berbelah bahagi.
Sebagai penghormatan yang tertinggi kepada penggerak utama industri ini, persidangan ini mengkurasikan dua acara penting dengan teliti: "Honor Salute" dan "Dragon Night". Semasa sesi upacara ini, lebih 4,000 ahli IDA akan mengorak langkah sepanjang Walk of Fame yang ditonjolkan dengan nilai-nilai "Keunggulan, Kesempurnaan, Kemuliaan" serta melangkah dengan penuh bangga ke pentas anugerah bagi meraikan detik gemilang yang dikongsi oleh para pencapai kejayaan yang berdedikasi.
Berpandukan ciri-ciri ideal penghormatan IDA, penerima penghormatan IDA yang terkemuka ini bersungguh-sungguh memenuhi misi yang murni untuk menawarkan perkhidmatan kepada 36 isi rumah setiap tahun. Menerusi kepakaran profesional yang luar biasa dan dedikasi yang budiman, mereka bukan sahaja menyediakan perlindungan insurans yang teguh untuk klien mereka, bahkan turut memberi contoh standard kecemerlangan yang tertinggi dalam industri insurans. Majlis penyampaian anugerah "Honor Salute" dan "Dragon Night" meraikan pencapaian individu dan menonjolkan nilai yang berterusan bagi profesionalisme serta perkhidmatan mereka.
Antara banyak anugerah, dua daripadanya mempunyai perbezaan yang tersendiri:
Menyumbang kepada Legasi Industri, Menempa Kegemilangan Bersama:
Pengumuman Rasmi Pemeringkatan Global untuk Syarikat-syarikat Ahli IDA
Pada tahun 2024, IDA mengeluarkan Pengumuman Rasminya yang Sulung bagi Pemeringkatan Global untuk Syarikat-syarikat Ahli IDA di Hong Kong, China yang mendedahkan arah aliran pembangunan utama serta penunjuk kecemerlangan dalam industri insurans kewangan global. Pemahaman ini memberikan panduan yang tidak ternilai untuk institusi-institusi insurans kewangan dan juga pasukan-pasukan jualan. Bagi institusi-institusi insurans, bilangan ahli IDA berperanan sebagai metrik produktiviti dan kualiti yang kritikal. Kehadiran ahli IDA yang semakin ramai dalam sesebuah institusi insurans kewangan menggambarkan keupayaannya untuk berkembang mengikut arah aliran industri dan mengekalkan pertumbuhan yang mantap dari segi prestasi & produktiviti keseluruhan, perekrutan & latihan serta pengekalan bakat.
Agar dapat terus menyokong kemajuan industri ini, Jawatankuasa Eksekutif IDA akan mengeluarkan Pengumuman Rasmi bagi Pemeringkatan Global 2025 untuk Syarikat-syarikat Ahli IDA di persidangan Abu Dhabi yang akan datang. Sementara itu, Jawatankuasa Pakar Analitis Data IDA ditubuhkan secara rasmi yang terdiri daripada ahli-ahli profesional insurans terkenal yang dilantik atas kepakaran mereka dalam pemahaman industri serta analisis arah aliran dan juga profesionalisme dan kredibiliti yang terkemuka. Pakar-pakar ini akan berkolaborasi dengan Jawatankuasa Eksekutif IDA bagi menyumbang secara bermakna kepada kemajuan dan kecemerlangan yang berterusan dalam sektor insurans kewangan.
Pengumuman rasmi pada tahun ini turut membawakan penyampaian anugerah "IDA World Record" yang diwujudkan untuk meraikan pencapaian kemuncak dan memberi inspirasi kepada pengamal insurans kewangan di seluruh dunia untuk membuat perbandingan terhadap pencapai terbaik, berusaha demi kemajuan dan penambahbaikan berterusan yang akhirnya dapat mencipta rekod IDA mereka sendiri.
Pengumuman Rasmi bagi Pemeringkatan Global untuk Syarikat-syarikat Ahli IDA merangkumkan misi dan kesungguhan IMM International serta IDA untuk meningkatkan kecekapan profesional, imej dan kedudukan sosial pengamal dalam industri insurans kewangan global. Ia mentakrifkan penanda aras yang jelas bagi kecemerlangan yang berpanjangan dan pertumbuhan mampan, sekali gus menawarkan rujukan, panduan dan sokongan yang berharga kepada institusi-institusi insurans kewangan berhubung mekanisme institusi serta pembangunan produk—yang akhirnya dapat memacu transformasi dalam industri insurans global menuju pembangunan yang berkualiti tinggi.
Melangkah ke hadapan, IDA akan meneruskan komitmennya yang teguh untuk memupuk kemakmuran, pembangunan dan kemajuan dalam sektor insurans kewangan global, menjalin kerjasama dengan institusi-institusi terkemuka dan ahli-ahli profesional yang luar biasa dalam usaha mereka untuk mencapai kecemerlangan yang tiada tandingan.