omniture

MALAYSIA, MELALUI PERSIDANGAN TVET ASEAN, TONJOL KEPERLUAN KEMAHIRAN DIGITAL DAN HIJAU DI TENGAH-TENGAH TRANSFORMASI SERANTAU

HRD Corp
2025-08-14 09:30 17

KUALA LUMPUR, Malaysia, 14 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Persidangan TVET ASEAN (ASEAN TVET), sebuah platform utama di bawah Tahun Kemahiran ASEAN (AYOS) 2025, dimulakan pada hari ini dengan seruan bersatu untuk rantau ini mempersiapkan tenaga kerjanya untuk pendigitalan termaju dan peralihan hijau, lalu membuka jalan untuk sebuah ekosistem TVET yang sedia mendepani masa depan.

From left: Dr. Syed Alwi bin Mohamed Sultan, Chief Executive of HRD Corp; Steven Sim Chee Keong, Minister of Human Resources; Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Deputy Prime Minister, Minister of Rural and Regional Development and Chairman of the National TVET Council; Datuk Azman bin Hj. Mohamad; Secretary-General, Ministry of Human Resources (KESUMA); Datuk Abu Huraira bin Abu Yazid, Chairman of the Board of Directors, HRD Corp
From left: Dr. Syed Alwi bin Mohamed Sultan, Chief Executive of HRD Corp; Steven Sim Chee Keong, Minister of Human Resources; Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Deputy Prime Minister, Minister of Rural and Regional Development and Chairman of the National TVET Council; Datuk Azman bin Hj. Mohamad; Secretary-General, Ministry of Human Resources (KESUMA); Datuk Abu Huraira bin Abu Yazid, Chairman of the Board of Directors, HRD Corp

Anjuran bersama Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) dan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran Malaysia (PTPK), kedua-duanya di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), persidangan ini menghimpunkan kira-kira 1,500 penggubal dasar, pemimpin industri, penyedia TVET dan pendidik di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Sepanjang dua hari, acara ini akan memacu kolaborasi bagi memajukan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pemangkin untuk peralihan digital dan hijau yang inklusif. Sebanyak 57 peserta pameran mempamerkan inovasi, penyelesaian latihan dan teknologi yang menyokong kemahiran ini.

Merasmikan acara ini, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dan Pengerusi Majlis TVET Negara, menyeru agar ASEAN memenuhi permintaan yang kian meningkat terhadap bakat digital dan hijau.

"Persidangan ini haruslah mencetuskan dasar yang dapat memenuhi keperluan pasaran, menjadikan majikan sebagai rakan kongsi sejati dan mempercepat pembelajaran termaju. Inilah caranya ASEAN akan membentuk tenaga kerja yang bersifat inklusif, berupaya mendepani masa depan dan bersedia menerajui industri TVET global," katanya.

Beliau mencadangkan penubuhan Pasukan Petugas Kemahiran Hijau dan Digital ASEAN bagi tujuan menyatukan rantau ini dengan tindakan konkrit dan sasaran yang boleh diukur.

Yang Berhormat Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia, menekankan peluang ASEAN untuk memimpin dalam ekonomi digital dan hijau melalui kolaborasi serta pembangunan kemahiran yang inklusif.

"Dalam era apabila AI mampu melaksanakan tugas berfikir, dunia masih memerlukan mereka yang boleh membina, membaiki, mengendalikan, menyelia dan mengatur. Elemen-elemen ini akan mampu bertahan lebih lama daripada kitaran gembar-gembur teknologi. Latihan kemahiran merupakan mata wang pada hari ini," katanya, menyeru agar sinergi yang lebih besar dalam rangka kerja pensijilan bersama dan pengiktirafan bersama untuk memajukan pasaran kemahiran ASEAN.

Menyertai persidangan ini secara maya, Tuan Yang Terutama Dr. Kao Kim Hourn, Setiausaha Agung ASEAN, menggesa perkongsian yang lebih kukuh antara institusi-institusi latihan dan industri ini untuk mempercepat pembangunan kemahiran hijau.

"Usaha kita haruslah memastikan kita memimpin, bukan menjadi pengikut dalam ekonomi hijau global," katanya sambil mengingatkan bahawa tanpa tindakan yang tegas, jurang kemahiran boleh melambatkan kemajuan ekonomi.

Persidangan ini, bertemakan 'Memajukan Transformasi Digital dan Hijau melalui Sistem TVET Inklusif dan Sedia Masa Depan', meneliti pengintegrasian kemampanan ke dalam kemahiran dan juga latihan demi peralihan yang adil.

Mewakili Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Kaori Nakamura-Osaka, Penolong Ketua Pengarah dan Pengarah Serantau untuk Asia dan Pasifik, berkata, "TVET mempunyai potensi yang unik untuk memacu transformasi digital dan hijau. Latihan kemahiran haruslah diselaraskan dengan peralihan ini, dengan teknologi baru muncul diterapkan ke dalam pembelajaran. Tiada siapapun yang akan dipinggirkan."

Acara-acara AYOS yang akan datang termasuk Persidangan & Pameran Modal Insan Kebangsaan (NHCCE), Forum Kemahiran Global (GSF) dan Forum Menteri Tenaga Manusia ASEAN untuk Pembangunan Modal Insan (AFMM-HCD), meneruskan usaha Malaysia untuk mencapai kolaborasi yang berani, keterlibatan industri yang lebih kukuh dan menerapkan kelestarian alam sekitar ke dalam sistem kemahiran.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.aseanyearofskills.org.

Source: HRD Corp
Keywords: Workforce Management/Human Resources Trade show news