![]() |
Sistem Berbilang Agen Berasaskan AI Menyampaikan Ujian Perisian yang Lebih Pintar, Pantas dan Menyeluruh
SAN FRANCISCO, 20 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- LambdaTest, platform ujian berasaskan AI terkemuka, telah melancarkan keluaran beta peribadi bagi Ujian Agen-ke Agen, iaitu platform pertama di dunia yang direka khas untuk mengesahkan dan menilai agen AI. Seiring dengan kebangkitan agen AI dalam aliran kerja pembangun, platform ini dijangka merevolusikan cara organisasi menguji dan mengesahkan agen AI mereka merangkumi aliran perbualan, pengecaman niat, konsistensi nada, penaakulan kompleks dan banyak lagi.
Apabila perusahaan semakin bergantung pada agen AI untuk menggerakkan pengalaman pelanggan, satu cabaran kritikal telah muncul: tiada kaedah piawai untuk menguji pelbagai agen AI. Agen-agen ini berinteraksi dengan pengguna dan sistem secara dinamik serta tidak dapat dijangka, menjadikannya sukar untuk memastikan kebolehpercayaan dan prestasi mereka. Kaedah ujian tradisional tidak memadai apabila sistem yang diuji sememangnya bersifat tidak dapat dijangka.
Organisasi memerlukan kaedah baharu yang lebih pintar untuk menguji aplikasi AI pada skala besar, di sinilah Ujian Agen-ke-Agen memainkan peranan. Platform Ujian Agen-ke-Agen oleh LambdaTest adalah yang pertama seumpamanya. Platform ini menggunakan rangkaian agen ujian AI khusus untuk mengesahkan agen AI berasaskan sembang dan suara dengan ketelitian tinggi.
Pasukan boleh memuat naik dokumen keperluan sedia ada dalam pelbagai format seperti teks, imej, audio dan video, manakala sistem secara automatik menjalankan analisis multi-modal untuk menghasilkan senario ujian yang relevan, mensimulasikan cabaran dunia sebenar yang boleh menjejaskan agen AI yang diuji. Setiap senario merangkumi kriteria pengesahan yang tepat dan jangkaan respons, dinilai dalam HyperExecute, awan orkestrasi ujian generasi baharu oleh LambdaTest, yang mampu memberikan kelajuan pelaksanaan ujian sehingga 70% lebih pantas berbanding grid automasi standard.
Platform ini menonjolkan pelbagai metrik utama seperti Bias, Kelengkapan, Halusinasi dan lain-lain, bagi membantu pasukan menganalisis kualiti agen AI mereka
Dengan mengintegrasikan teknologi AI agentik dan GenAI, ia menjana senario dunia sebenar seperti nada keperibadian agen, pertimbangan privasi data, serta melaksanakan kes ujian dengan ketepatan yang tiada tandingan. Ini memastikan liputan ujian yang jauh lebih luas dan pelbagai berbanding dengan alat ujian tradisional. Tidak seperti sistem agen tunggal, Ujian Agen-ke-Agen oleh LambdaTest memanfaatkan pelbagai model bahasa besar (LLM) yang digunakan oleh agen untuk penaakulan dan penjanaan ujian. Pendekatan berbilang agen ini menghasilkan set ujian yang jauh lebih menyeluruh dan terperinci, membolehkan pengujian aplikasi AI yang lebih mendalam serta kukuh.
"Setiap agen AI yang anda gunakan adalah unik, dan itulah kekuatan terbesarnya sekaligus risikonya yang paling besar! Apabila aplikasi AI menjadi semakin kompleks, pendekatan ujian tradisional jelas tidak mampu menyaingi sifat dinamik agen AI," kata Asad Khan, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama LambdaTest. "Platform Ujian Agen-ke-Agen kami berfikir seperti pengguna sebenar, menjana senario ujian pintar yang peka terhadap konteks dan meniru situasi dunia nyata yang mungkin mencabar AI anda. Setiap ujian disertakan dengan titik semakan pengesahan yang jelas serta respons yang dijangka."
Perusahaan yang menggunakan Ujian Agen-ke-Agen akan menikmati penciptaan ujian yang lebih pantas, penilaian agen yang efisien, kitaran ujian yang dipendekkan, serta peningkatan ketara dalam liputan ujian. Sistem berbilang agen ini mampu meningkatkan liputan ujian sebanyak 5 hingga 10 kali ganda, memberikan pandangan yang lebih menyeluruh mengenai prestasi agen AI.
Selain itu, integrasi dengan HyperExecute membolehkan pasukan menerima maklum balas dengan pantas, sekaligus mengurangkan masa antara ujian dan iterasi. Dengan mengautomasikan sebahagian besar proses ujian, syarikat juga mengurangkan kebergantungan pada usaha QA manual, sekali gus menjimatkan kos dengan ketara. Dengan 15 agen ujian AI yang direka khas, dari penyelidik keselamatan hingga pengesah pematuhan, Ujian Agen-ke-Agen oleh LambdaTest memastikan setiap pelaksanaan adalah sekuat, selamat, dan boleh dipercayai sepenuhnya. Membantu pasukan melancarkan agen AI mereka dengan penuh keyakinan.
Ketahui lebih lanjut tentang Ujian Agen-ke-Agen oleh LambdaTest di sini: https://www.lambdatest.com/agent-to-agent-testing
Untuk menonton pelancaran langsung platform ini, sertai Persidangan Testμ 2025 pada 20 Ogos 2025: https://www.lambdatest.com/testmuconf-2025
Maklumat Tentang LambdaTest
LambdaTest merupakan Platform Kejuruteraan Kualiti berkuasa GenAI yang membolehkan pasukan menguji dengan lebih pintar, cekap, dan melancarkan produk dengan lebih pantas. Dibina untuk skala besar, ia menawarkan awan ujian menyeluruh dengan lebih 10,000 peranti sebenar dan lebih 3,000 pelayar.
Dengan pengurusan ujian berasaskan AI, pelayan MCP, dan automasi berasaskan agen, LambdaTest menyokong Selenium, Appium, Playwright, serta semua rangka kerja utama. Agen AI seperti HyperExecute dan KaneAI membawa kuasa AI dan awan ke dalam aliran kerja ujian perisian anda, membolehkan ujian automasi lancar dengan lebih 120 integrasi.
Agen LambdaTest mempercepatkan ujian anda sepanjang SDLC, dari perancangan dan penulisan ujian hingga automasi, infrastruktur, pelaksanaan, RCA dan pelaporan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://lambdatest.com
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1721228/Lambda_Test_Logo.jpg?p=medium600