JIAXING, China, Amsterdam dan AUSTIN, Texas, 1 September 2025 /PRNewswire/ -- APsystems, peneraju bertaraf global bagi Elektronik Kuasa Tahap Modul (MLPE) dan pembekal utama bagi penyelesaian mikropenyongsang solar berbilang platform, telahpun mencapai kedudukan #1 sebagai pengilang penyongsang solar yang paling boleh dibankkan di dunia, menurut Laporan Pemeringkatan Pengilang Penyongsang Sinovoltaics edisi 2025.
Penghormatan yang menjadi rebutan ini memperkukuh reputasi APsystems sebagai penyedia elektronik kuasa solar yang kukuh dari segi kewangan, inovatif dari segi teknologi dan dipercayai di peringkat global, serta menggambarkan pertumbuhan dan prestasinya yang mantap sepanjang lebih daripada 15 tahun dalam industri solar.
"Mendapat kedudukan #1 di peringkat global oleh Sinovoltaics bukan sekadar satu penghormatan—ia merupakan satu pengesahan kepada visi jangka panjang dan komitmen kami terhadap kecemerlangan," kata Olivier Jacques, Presiden Global, APsystems. "Kami membina APsystems yang berasaskan inovasi, keberuntungan yang kukuh, ekosistem dan kestabilan yang relevan dengan pasaran—faktor-faktor yang benar-benar penting kepada pelanggan, rakan kongsi dan juga penyokong kewangan kami."
Laporan Sinovoltaics menilai kesihatan kewangan dan kebolehbankan pengilang penyongsang global dengan menggunakan model Altman Z-score—formula yang diiktiraf secara meluas kerana meramalkan kemungkinan sesebuah syarikat mengalami kesulitan kewangan. APsystems bukan sahaja menerajui industri ini dengan skor tertinggi tetapi turut menunjukkan kekuatan kewangan yang konsisten sepanjang tetingkap analisis selama tiga tahun iaitu dari tahun 2022 hingga 2025.
"Kebolehbankan merupakan aspek yang kritikal dalam bidang solar," kata Dr. Zhi-min Ling, pengasas bersama dan Pengerusi APsystems. "Pemasang, EPC dan pembiaya perlu mengetahui bahawa teknologi yang mereka gunakan pada hari ini akan disokong pada hari esok. Pelanggan kami mengharapkan kami bukan sahaja untuk prestasi dan inovasi—tetapi untuk keandalan dalam tempoh jangka panjang. Laporan ini mengesahkan bahawa APsystems akan berada di sini, tahun demi tahun, bagi menunaikan janji berkenaan."
Memahami Kedudukan Sinovoltaics
Laporan Pemeringkatan Pengilang Penyongsang Sinovoltaics ialah kedudukan kewangan bebas yang paling komprehensif dalam industri ini bagi syarikat-syarikat penyongsang. Dengan menggunakan Altman Z-Score—model ramalan yang menilai modal kerja, perolehan tersimpan, EBIT, nilai pasaran dan jualan—ia menilai kestabilan kewangan setiap pengilang dan kemungkinan bertahan hidup dalam tempoh 2–10 tahun akan datang.
Pengilang-pengilang dikategorikan kepada tiga zon: "Selamat," "Kelabu" dan "Kesusahan." APsystems mencapai Altman Z-Score tertinggi, lalu meletakkannya dengan kukuh dalam Zon Selamat dan membezakannya daripada berdozen-dozen rakan sebaya di peringkat global.
Rekod Prestasi Kekuatan dan Inovasi
Sejak penubuhannya di Silicon Valley pada tahun 2010, APsystems berkembang ke lebih 150 negara dengan penghantaran produk MLPE melebihi 6GW (menjelang akhir tahun 2024) dan lebih daripada 590,000 sistem mikropenyongsang ditubuhkan di peringkat global. Syarikat ini turut mengekalkan keberuntungan yang konsisten dan rizab waranti tidak disentuh, dengan berjuta-juta sistem mikropenyongsang masih beroperasi secara andal dalam bidang ini lebih sedekad selepas pemasangan.
Bermula daripada siri mikropenyongsang dwimodul DS3 yang paling laris terjual hinggalah platform 3-fasa komersial QT2 termaju, unit pasang-dan-pakai EZ1 dan sistem storan tenaga APstorage, APsystems terus menerobos sempadan teknologi solar—mendapat kepercayaan daripada pemasang, pengedar, pemilik rumah dan institusi kewangan di seluruh dunia. Lebih-lebih lagi, dengan mengintegrasikan teknologi storan solar dan tenaga yang canggih dengan inovasi dipacu AI, syarikat ini mentakrifkan semula kemungkinan merentas penyelesaian tenaga kediaman, komersial dan DIY.
Latar Belakang APsystems
APsystems ialah pembekal global #1 bagi penyelesaian MLPE berbilang platform untuk industri PV solar, menawarkan mikropenyongsang, storan tenaga dan peranti penutup pantas. Produk-produk utama daripada syarikat ini termasuk QS2 baharu, seiring bersama mikropenyongsang siri DS3, EZ1, QT2 serta barisan produk APstorage ELS, ELT. Dengan Unit Komunikasi Tenaga (ECU) proprietari dan platform EMA berasaskan web, APsystems mengupayakan pemantauan dan pengurusan pintar bagi setiap penyongsang dan modul PV dalam tatasusunan solar.
Menerusi unit perniagaan di seluruh benua Amerika, EMEA dan Asia-Pasifik, APsystems ialah sebuah syarikat dagangan awam yang menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan di lebih 150 negara. APsystems disenaraikan di SSE: 688348.SS. Ketahui lebih lanjut di APsystems.com.