omniture

Narada, Masa Depan Pusat Data dengan Penyelesaian Sandaran Berprestasi Tinggi

Zhejiang Narada Power Source Co., Ltd
2025-09-02 20:51 47

HANGZHOU, China, 2 September 2025 /PRNewswire/ -- Menerusi pengalaman selama lebih 30 tahun dalam sektor tenaga, Narada sudahpun membina keupayaan yang kukuh dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembuatan serta aplikasi.

Di China, Narada menjalin perkongsian jangka panjang bersama perusahaan-perusahaan yang terkemuka seperti China Mobile, China Telecom, GDS, ByteDance dan Alibaba. Di peringkat antarabangsa, Narada menonjol sebagai salah satu jenama bateri bukan tempatan yang dipilih oleh lima pusat data A.S. terkemuka dan berjaya berkembang ke pasaran-pasaran premium di seluruh Asia-Pasifik dan juga Amerika Latin.

Syarikat ini berjaya membangunkan satu siri lengkap dengan produk bateri litium voltan tinggi yang meliputi kadar nyahcas 6C/5C/2C/1C bagi memenuhi tuntutan senario aplikasi kuasa bertaraf tinggi seperti pusat data.

Sistem bateri litium voltan tinggi Narada direka untuk menampung keperluan sandaran pusat data bermula daripada 10 minit hingga 2 jam. Sistem ini menawarkan kelebihan utama seperti jejak kompak, pengurusan pintar dan penyelenggaraan yang minimum. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sistem ini digunakan secara meluas di pusat data besar yang dikendalikan oleh pelanggan termasuk GDS di China dan KT di Korea Selatan.

Bateri asid plumbum berkuasa tinggi siri HRL yang direka khas oleh Narada untuk pusat data menawarkan hayat reka bentuk selama 15 tahun dan keupayaan nyahcas kadar tinggi yang mantap. Bateri ini amat sesuai untuk senario sandaran kritikal yang berterusan selama kurang daripada 15 minit, lantas dapat memenuhi tuntutan terhadap keandalan yang tinggi serta penggunaan berketumpatan tinggi.

Kes-kes aplikasi dunia sebenar menunjukkan bahawa, dibandingkan dengan bateri asid plumbum lazim, siri HRL memberikan penambahbaikan yang ketara dari segi prestasi keseluruhan dan kecekapan integrasi sistem: peningkatan output kuasa sebanyak 35%, pengurangan jejak sebanyak 30%, keperluan galas beban 10% lebih rendah, pengurangan emisi karbon sebanyak 37.5% dan pengurangan kos permulaan sebanyak 15%—lantas memberikan faedah-faedah ekonomi yang unggul kepada pengguna.

Narada akan mempererat kerjasama strategik bersama pusat-pusat data yang terkemuka di peringkat global dan merebut peluang pertumbuhan di pasaran-pasaran digital baru muncul.

Source: Zhejiang Narada Power Source Co., Ltd
Related Stocks:
Shenzhen:300068
Keywords: Computer/Electronics Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Corporate Expansion Data Analytics